CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8362|Reply: 0

Trend mengaji online makin dapat sambutan

[Copy link]
Post time 15-12-2023 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Trend mengaji online makin dapat sambutan


BERMULA sejak 2018 dengan hanya memiliki 60 pelajar, Azdan Quranic Centre kini berjaya melatih 30,000 golongan dewasa belajar mengaji alQuran secara dalam talian.

Lebih membanggakan, angka itu bukan sahaja melibatkan pelajar tempatan, bahkan termasuk pelajar Melayu yang bermastautin di luar negara seperti dari Itali, Korea Selatan dan Singapura.

Pengasasnya, Anas Azami berkata, medium pengajian secara digital menjadi pilihan berikutan kaedah itu lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding kaedah bersemuka.

Kongsinya, trend tersebut mula mendapat sambutan menggalakkan sejak negara dilanda wabak Covid-19 tiga tahun lalu, sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), “Sebelum PKP, saya buat keputusan nak ajar mengaji secara digital.

Masa itu tengah rancak orang buat live gaming sampai puluhan ribu penonton.

“Bermula daripada Facebook kita buat mengaji secara live, akhirnya mencanak naik sehingga 20,000 penonton. Masa bulan Ramadan, kita buat lima kali live dari pagi sampai malam. Sejak itu, kita ajak mereka tambah ilmu dengan memasuki kelas yang lebih bersistem.

“Menerusi Azdan Master Class Online (AMO) yang diperkenalkan sejak 2019, daripada 300 pelajar, akhirnya bertambah menjadi 10,000 (2020) dan meningkat 30,000 orang,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini kepada Utusan Malaysia.

Anas turut dibantu isteri, Aisyah Baain yang kini merupakan pempengaruh media sosial terkenal dengan video mengajar mengaji secara dalam talian serta kerap muncul di saluran radio dan stesen televisyen.

DUA MINGGU

Berkongsi pengalaman mengajar secara dalam talian, bapa dua anak ini memberitahu banyak menerima pelajar dewasa dalam lingkungan umur 40 tahun ke atas yang masih merangkak mengaji al-Quran.

Bahkan, beliau juga pernah menerima pelajar berusia 83 tahun yang sanggup menuntut ilmu walaupun tidak mahir dengan teknologi terkini.

Berdasarkan testimoni pengajian bagi pelajar kategori asas, paling cepat menguasai bacaan adalah dalam tempoh dua minggu, manakala, paling lama mengambil masa sehingga enam bulan.

“Macam-macam kisah pelajar, ada yang sudah berumur 40 tahun sampai menangis tak boleh nak baca. Kita bimbing dia one to one sampai kenal huruf. Menariknya, dari zero, sampai tahap sudah boleh kesan kesalahan bacaan orang lain.

“Ada kisah seorang guru menghabiskan waktu rehat dengan duduk bawah meja semata-mata belajar al-Quran secara online sampai tahap sudah boleh baca dengan baik.

https://www.utusan.com.my/wp-con ... gaji-10-600x338.jpg

“Sampai didiagnos kanser tahap empat dan akhirnya meninggal dunia. Pengakhiran yang baik dalam keadaan dirinya konsisten belajar alQuran,” kongsinya. Anas berkata, beliau Masa PKP, kawan saya kongsikan video mengaji online dan baru saya sedar banyak sebutan yang salah.

Menariknya, dari zero, sampai tahap sudah boleh kesan kesalahan bacaan orang lain.” menggunakan konsep Asas Azdan yang merangkumi modul satu, asas dan siri tajwid serta mastery al-Quran.


Melihat kekurangan daripada modul sedia ada seperti Muqaddam, Iqra dan Qiraati, beliau memikirkan keperluan untuk menambah baik dengan memperkenalkan modul tersebut.

“Ada banyak sebab kenapa golongan dewasa selama ini mengambil masa bertahuntahun untuk belajar mengaji. Misalnya, sesuatu huruf itu tidak pasak dalam ingatan kerana belajar banyak benda dalam satu masa.

“Contohnya dua huruf dan dua bunyi belajar serentak. Kadang-kadang satu bunyi pun sukar faham. Jadi kita buat sistem pemfailan belajar satu huruf dengan banyak bunyi sampai faham,” katanya.

Berdasarkan kaedah lama, pelajar sukar membezakan sifat huruf yang hampir sama seperti huruf ‘ta’ dan ‘tho’ serta tidak tahu membunyikan sukun dan sabdu dengan baik.

“Kita mahu pelajar menikmati setiap proses yang dilalui. Daripada kategori asas, tajwid dan mastery.

“Mereka yang belajar sampai tahap mastery, kita akan bawa bergraduasi dan buat majlis khatam al-Quran semasa menunaikan umrah di Mekah dan Madinah,” katanya.

Bahkan, beliau juga pernah menerima pelajar berusia 83 tahun yang sanggup menuntut ilmu walaupun tidak mahir dengan teknologi terkini.



Berdasarkan testimoni pengajian bagi pelajar kategori asas, paling cepat menguasai bacaan adalah dalam tempoh dua minggu, manakala, paling lama mengambil masa sehingga enam bulan.

“Macam-macam kisah pelajar, ada yang sudah berumur 40 tahun sampai menangis tak boleh nak baca. Kita bimbing dia one to one sampai kenal huruf. Menariknya, dari zero, sampai tahap sudah boleh kesan kesalahan bacaan orang lain.

“Ada kisah seorang guru menghabiskan waktu rehat dengan duduk bawah meja semata-mata belajar al-Quran secara online sampai tahap sudah boleh baca dengan baik.

“Sampai didiagnos kanser tahap empat dan akhirnya meninggal dunia. Pengakhiran yang baik dalam keadaan dirinya konsisten belajar alQuran,” kongsinya.

Anak berkata, beliau menggunakan konsep Asas Azdan yang merangkumi modul satu, asas dan siri tajwid serta mastery al-Quran.

Melihat kekurangan daripada modul sedia ada seperti Muqaddam, Iqra dan Qiraati, beliau memikirkan keperluan untuk menambah baik dengan memperkenalkan modul tersebut.

“Ada banyak sebab kenapa golongan dewasa selama ini mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar mengaji. Misalnya, sesuatu huruf itu tidak pasak dalam ingatan kerana belajar banyak benda dalam satu masa.



“Contohnya dua huruf dan dua bunyi belajar serentak. Kadang-kadang satu bunyi pun sukar faham. Jadi kita buat sistem pemfailan belajar satu huruf dengan banyak bunyi sampai faham,” katanya.

Berdasarkan kaedah lama, pelajar sukar membezakan sifat huruf yang hampir sama seperti huruf ‘ta’ dan ‘tho’ serta tidak tahu membunyikan sukun dan sabdu dengan baik.

“Kita mahu pelajar menikmati setiap proses yang dilalui. Daripada kategori asas, tajwid dan mastery.

“Mereka yang belajar sampai tahap mastery, kita akan bawa bergraduasi dan buat majlis khatam al-Quran semasa menunaikan umrah di Mekah dan Madinah,” katanya.

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasion ... kin-dapat-sambutan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.653426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list