CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6592|Reply: 0

'Bukti tak cukup untuk ke mahkamah'

[Copy link]
Post time 17-12-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
'Bukti tak cukup untuk ke mahkamah'



DALAM setahun, PHM menerima 100 hingga 300 laporan membabitkan semua jenis haiwan.

Isu penderaan dan pengabaian haiwan peliharaan terutama kucing di negara ini dilihat semakin menjadi-jadi dan tidak berkesudahan.

Hampir setiap minggu, ada saja kisah yang menyayat hati membabitkan si bulus ini dengan yang terbaru, 10 ekor kucing ditemui mati di sebuah pasar borong di Jerantut.

Persoalannya adakah tahap kesedaran masyarakat masih rendah atau penguatkuasaan masih kurang bagi mencegah perbuatan ini daripada terus berleluasa.

Wartawan MUHAMAAD RAZIS ISMAIL mendapatkan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) merangkap Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia Animal Crime Transparency - MyAct, ARIE DWI ANDIKA untuk mengupas lebih lanjut permasalahan ini.

Purata berapa banyak kes penderaan kucing yang diterima persatuan dalam tempoh setahun?

Pada setiap bulan, minimum PHM menerima lapan hingga 12 kes penderaan kucing. Malangnya kes ini tiada merit untuk kita panjangkan ke pendakwaan berdasarkan elemen pembuktian tidak lengkap dan tak sempurna berikutan tiada maklumat kukuh yang boleh dibawa ke peringkat penyiasatan serta pendakwaan.

Ini kelemahan yang terpaksa dihadapi. Dalam setahun, kita terima 100 hingga 300 laporan membabitkan semua jenis haiwan. Tapi dalam semua kes itu tidak semua kita dapat jalankan siasatan terperinci kerana pada peringkat awal sudah menunjukkan kelemahan dan tiada punca.



Apakah perbezaan penderaan dan pengabaian haiwan?

Penderaan ini membabitkan mendatangkan kecederaan membabitkan fizikal dan mental haiwan, itu jenayah.

Tapi kalau tidak membabitkan kecederaan kita tidak anggap itu jenayah.

Dia mesti babitkan kecederaan fizikal dan mental. Apabila babitkan jenayah, ia mesti ada elemen mencederakan, itu berkenaan jenayah haiwan, kalau berlaku cedera fizikal dan mental, itu jenayah.

Ada satu lagi dipanggil pengabaian, ia bukan straight forward jenayah.

Apabila tidak diberi makanan dan tidak dipelihara secara sempurna, penggunaan sangkar berkeluasan tidak sesuai dan makanan tidak sesuai atau tidak diberi bantuan perubatan apabila haiwan sakit, saya kira pihak berkuasa mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai pengabaian.

Apabila pengabaian berlaku pihak berkuasa akan memberi notis pertama untuk tambah baik pemeliharaan.



Apakah kes yang paling meruntun hati yang pernah diterima PHM?

Sepanjang terbabit dengan PHM banyak kes meruntun hati, antaranya kes 'kucing dobi' pada 2018 di Gombak, Selangor.

Kucing yang sedang bunting itu dimasukkan ke dalam mesin pengering sehingga hancur lumat dan kedua, adalah kes pertama yang menggunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh polis pada April lalu.

Individu itu melakukan pembunuhan kucing secara dalam kuantiti yang banyak sebelum rangka, organ dan daging cincang kucing ditemui di dalam sebuah kondominium di Seri Bayu, Tasik Permaisuri, itu paling menyayat hati dan meruntun jiwa.



Apakah baka kucing paling mahal yang paling banyak dianiaya?

Penganiayaan kucing tidak kira baka dan banyak membabitkan kucing domestik. Kucing baka mahal ini biasanya berlaku dalam bentuk pengabaian.

Apabila sudah tidak ingin dipelihara kucing ini dilepaskan di jalanan, contohnya kita pernah temui kucing baka parsi dan bengal yang dibuang di jalanan.

Oleh kerana kelemahan sistem kebajikan haiwan di negara ini termasuk tidak mewajibkan penggunaan mikro cip, kita tidak dapat mengesan pemiliknya.



Bagaimana saudara melihat aspek kesedaran penjagaan kucing di Malaysia?

Kesedaran masyarakat masih rendah dan saya boleh katakan berada di tahap 50 peratus atas beberapa faktor.

Pertama, masyarakat masih pesimis dengan tindakan pemandulan, kedua masih lagi sayang duit untuk dapatkan rawatan di veterinar.

Ketiga masih lagi berlaku kezaliman dan tiada ihsan terhadap kucing terutama yang berada di jalanan.



Mengapa penderaan kucing masih lagi berlaku?

Ia disebabkan oleh tahap kesedaran untuk melindungi hak haiwan masih lagi rendah dalam kalangan masyarakat.

Saya tidak nampak ia berpunca daripada isu kesihatan mental sepenuhnya.

Dalam 100 kes, hanya satu saja yang mendera kucing kerana masalah sakit jiwa, contoh kes 'kucing dobi Kepong.'

Selain daripada itu semua pelaku sihat dan sedar apa yang mereka lakukan sama ada sekadar suka-suka dan kedua mereka sememangnya benci dengan kucing.



Bagaimana tuan melihat peruntukan undang-undang sedia ada dapat melindungi kucing?

Daripada segi undang-undang kita sudah ada tapi daripada segi pelaksanaan kita perlukan pembaharuan dalam aspek penguatkuasaan dan penyiasatan.

Perlu pengambilan staf baharu yang spesifik dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan.

Penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan memerlukan kecekapan, penelitian, minat dan pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit.

Tidak semua orang boleh terbabit dalam bidang ini dan saya seru supaya pihak berkuasa membuat penstrukturan semula di bahagian penguatkuasaan undang-undang yang terdiri dalam kalangan graduan universiti yang berkelayakan serta memiliki kelulusan disiplin dalam penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... p-untuk-ke-mahkamah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076654 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list