CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madmualij

RE: Kisah rawatan @page53 Makcik cleaner angker

    [Copy link]
Post time 24-2-2011 05:37 PM | Show all posts
menjadi renungan/panduan utk aku... kandang2 tu mmg ler kan, liat semacam jek... bengong punye jin..
sbb tu aku selalu baca2 bahan2 agama... surah2 ke, bole ler tersedar & cepat2 lawan itu setan jahanam :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 07:36 PM | Show all posts
hoho menarik citer ni..pengalaman TT sndiri ke? waaaa~ TT ni kire golongan perawat jugak la eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 08:32 PM | Show all posts
menjadi renungan/panduan utk aku... kandang2 tu mmg ler kan, liat semacam jek... bengong punye jin.. ...
leotazz818 Post at 24-2-2011 17:37



    Tul loetazz818, Rohani wajib diisi agar tidak ada ruang2 untuk meraka duduki hati kita, dan kita tidak boleh salahkan mereka iblis/setan/jin sebagai punca kita tak solat dan melakukan ibadat2.. sbb itu dah tugas mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:34 PM | Show all posts
madmualij, harap dpt kongsikan lagi pengalaman2 saudara merawat org yg kena gangguan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 08:36 PM | Show all posts
hoho menarik citer ni..pengalaman TT sndiri ke? waaaa~ TT ni kire golongan perawat jugak la eh? {:3_ ...
zyrawky Post at 24-2-2011 19:36



    perawat picisan je.. saja nak kongsi pengalaman kat sini sebagai pedoman dan iktibar untuk diri sendiri yang utamanya dan kawan2 kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:46 PM | Show all posts
tak kisah la perawat picisan ke apa yg penting ilmu & pengajaran yg saudara dpt kongsikan dgn para forrumers tu yg penting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 08:48 PM | Show all posts
Reply 25# madmualij


    macam tu sambungla lagi pengalaman TT tu..hoho baguslah ramai perawat skrg nih..senang rujuk kalau ada pape kes..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 09:39 PM | Show all posts

RE: Sihir

Post Last Edit by madmualij at 1-3-2011 09:09

Ramai yang menggunakan internet sebagai medium baru untuk mencari jodoh. Ianya kadang membawa sejuta kebaikan dan kadang membawa seribu kecelakaan.. cilakanya ramai lelaki menggunakan ilmu hitam untuk tujuaan tertentu.. maka terperangkap lah wanita lurus dan jujur dalam mengharapkan kasih sayang mayanya. Pengalaman yang sy nak bawa ni adalah pengalaman sebenar dari salah seorang pesakit sy yang telah menerima rawatan baru2 ni. Sy namakan pesakit ni Nia.. semoga menjadi iktibar buat semua dan berhati-hati dengan air yang tenang..

Nia ketika itu baru berumur awal 20an.. dia menerima tekanan dari org tuanya yang suruh menamatkan zaman bujangnye lebih awal.. setelah hari2 kena leter dan tak larat nak dengar dah.. Nia ambil keputusan untuk cari kenalan di internet.. dan berkenalan lah dengan beberapa orang lelaki .. makin lama makin ramai lelaki yg dikenalnya. Dilihat sekali pandang semunya lelaki ini jujur2 belaka..semuanya dengan niat ikhlas untuk menawan hati Nia.. entah mcm mana dalam ramai2 tu Nia pilih sorang lelaki ni sebagai boypren dia..saya namakan samad dan akhirnya mereka pun menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih. bila dah jadi lagu tu.. lelaki lain yang minat dengan Nia tak puas hati la.. hari2 cube nak menawan hati Nia yang dah sedia ditawan oleh samad. Biarlah dari kerabat sultan pun.. cinta Nia tetap pada samad. Tetapi percintaan dengan samad tidak kekal setelah beberapa bulan (mungkin tak dapat apa yang diinginkan pada Nia..) jadi mereka pun berpisah.. tetapi samad tetap mencintai Nia..Hatinya tetap ada Nia.. walaupun pada ketika ini samad sudah berpunya.. Maka bermulahlah episode sihir mensihir kepada Nia....

Yang pertama Nia telah disihir oleh samad untuk terus dicintai Nia dengan menggunakan minyak dagu.. Kedua Nia disihir jantan keparat lain supaya Nia kuat nafsu apabila berjumpa dengannya, ketiga jin saka dari jantan keparat lain yang minat pada Nia sebelum ini telah menyerang nia kerana menolak cintanya. keempat Disihir oleh kekasih samad kerana samad masih mencintai Nia lebih dari 3 bomoh untuk melenyapkan Nia dari muka bumi ini...

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 11:59 PM | Show all posts
fuh...kes berat nie??? teruskan sambungan TT.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 03:44 AM | Show all posts
Selepas berpisah dengan samad jongos, Nia dah rasa lain macam pada  tubuhnya seperti pedih2 pada perut.. pekak telinga kiri dan bila ada waktu-waktunya Nia akan rasa seperti dipukul dengan kuat diperut, belakang, muka dan kaki..muntah darah! rupanya Nia pun disantau tidur malamnya sentiasa terganggu dengan mimpi2 ngeri dan menakutkan.. ada saja mimpi hantu bagi warning padanya jgn berhubung dengan samad lagi. Esoknya mimpi lain pulak.. banyak mimpinya lebih pada ancaman mati.. ada juga waktu2 yang Nia akan terbau colok dan rokok daun dalam biliknya.. ada waktu2 juga kaki Nia akan mengeluarkan pasir, lipan, lipas, semut semuanya akan keluar.. sakitnya tidak terhingga.. sekiranya Nia kerluar untuk pergi kerja atau kemana2 saja akan ada je insiden yang hampir2 meragut nyawanya.. kalau melintas jalan mesti dengan tiba2 ada kereta akan pecut cuba untuk melangar Nia.. Kalau di tempat kerja bila mengadap bos.. Nia dengan tidak semena2 akan merasuk.. muntah darah.. dan akhirnya diberhentikan kerja beberapa kali.. yaALLAH beratnya penderitaan Nia..

Pada satu hari tiba2 Nia rasa mcm nak matiii.. nafasnya semput2.. Nia terasa mcm rohnya ditarik.. dari hujung kaki hingga ke ubun2 kemudian nafas terhenti seketika.. lepastu boleh pulak bernafas.. dan ada satu masa Nia akan kaku seperti mayat.. Ibu bapa Nia risau dengan keadaan anaknya.. lalu berikhtiar dengan bomoh di kampungnya.. bomoh kata boleh sembuh! tapi kena sediakan rm4000 dulu.. nak taknak ibu bapa Nia terpaksa sediakan.. melepas rm4000 tetapi penyakit Nia mcm tu jugak.. lepastu mereka berikhtiar lagi asal ada nama bomoh pawang ustad pasti mereka pegi.. Setiap kali bomoh2 or ustad ni nak membantu pasti bomoh2 n ustad ni akan di ganggu.. akhirnya surrender.. Nia berikhtiar lagi, tak kurang juga ramai yang ambil kesempatan diatas kesempitan orang.. Nia tersilap masuk lubang lagi.. ibu bapanya bawa berubat dengan seorang ustad.. selesai rawatan.. ustad tersebut minta rm2000 pada ibubapa Nia.. tergamam dengar kos rawatan tu.. mereka gagahkan jugak untuk bayar..

bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:20 AM | Show all posts
perghh... ustad skg main duit aje... err.. jujur ke nak ubatkan org? atau lebih kpd ambik kesempatan? kalau mcm tu tak pyh le gelaran ustad.. wat malu jek. :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 10:36 AM | Show all posts
Reply 31# leotazz818


    Kadang bukan ustad pun.. guna je gelaran ustad padahal bomoh sebenarnye.. ramai macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:54 AM | Show all posts
perghh... ustad skg main duit aje... err.. jujur ke nak ubatkan org? atau lebih kpd ambik kesempatan ...
leotazz818 Post at 25-2-2011 09:20



    setuju.....dalam keadaan mangsa dalam derita dan susah.....masih ada lagi yg ambil kesempatan....kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:39 PM | Show all posts
Reply  leotazz818


    Kadang bukan ustad pun.. guna je gelaran ustad padahal bomoh sebenarnye. ...
madmualij Post at 25-2-2011 10:36



    aku teringat pd 1 kisah.. baru lagi ni.. bulan lepas kalau tak silap.. suami tealady ofis aku ni sakit. jadi dia bawak la ke hospital.. doc ckp tak tau sakit ape.. dah koma pulak tu... sampai nak ambik air tulang belakang tu. mcm2 ckp tak de harapan hidup dah.. suruh kakak tealady ni bersedia segala kemungkinan. ape lagi, sedih giler kakak tealady ni...
dia ckp kat doc tu, boleh tak jgn ambik air tulang belakang lagi.. biar dia cuba ikhtiar cara lain dulu... dr situ berjumpa la akak ni dgn 1 ostad. katanye kadi jugak le ape...
ishh.. mcm2 dia mintak, kalau kita tak bole carikan ape yg dia mintak.. dia akan carikan utk kita... tapi siapkanlah aje duitnye.. tak de la kita tanye dulu berape RM.. kan ada ustad tu selalunye ckp ikhlas je kan... si ustad ni tidak, sekali mintak 300, 500, 800. ikut tersebut dimulut dia la .. ada la 5-6 kali mintak dgn jumlah yg mcm2... dia tak berubat kat depan pesakit (suami kakak tu) dia buat kat rumah dia aje.. maybe sbb org tu kat spital, susah la dia nak buat kerja dia kot..  ingat lagi kakak tu ckp.. ustad tu mintak air 7 masjid le, limau kaki rimau le?{:1_126:} , mcm2 la.. sume pelik2.. tp dia kata boleh sediakan utk kita.. kita kena sedia duit je.. huhuhu
dipendekkan cerita, dgn kuasa Allah.. sembuh la suami kakak ni.. doc pon tak jadi ambik air tulang belakang.. bak kata kakak ni ... tak pe la.. duit bole carik.. laki terchinta tak de ganti2 daa...   abis la hangus dlm RM 1800 gitu.. errkkk {:1_125:}
berkait dgn kisah di atas, ada la kawan aku kat ofis ni anak dia sakit.. lahir dah la tak cukup bulan pulak tu, masa lahir tu tumpah darah dulu tu ko.. bila time budak2 bole jalan.. anak dia tak bole jalan.. hanya bole berdiri je.. itu pon tak tegap cam budak biasa.. mcm bongkok sambil pegang dinding atau ape2 yg bole dipegang.. sian tau.. comey je babynye... mak baby tu dok bawak ulang2 ke hukm utk buat terapi/fisiolagi.. & dipendekkan cerita lagi.. bila kakak tealady ni ckp betapa handalnye ostad ni merawat laki dia sampai sembuh, nak la jugak kawan aku ni mencuba.. mane la tau anak dia pon sembuh.. bole berjalan...
bila berhubung je dgn ostad ni.. blom ape2 dah mintak duit... nak itu .. ini.. pelik2 sungguh barang dia mintak. pendek kata tak tercari oleh kita org biasa2 nih... ostad tu kata, anak dia ni di ikut oleh roh seorang pompuan tua & roh budak kecik..kawan aku ni dah rasa lain mcm.. tak sampai separuh rawatan.. dia tak mau teruskan... bukan sbb takut ke ape, tapi asik mintak duit dia... letih la mcm ni.. lain la kalau dia ni kaya, aduii... lepas dr tu dia dah tak cari la perawat lain.. dia teruskan aje dgn rawatan hospital tu..
baru2 ni anak dia kena buat MRI scan.. sbb nak tau kenapa anak dia tak bole jalan.. hmm itu ler citernye... skg anak kawan saya tu dah nak masuk 3 thn dah.. mcm tu jugak la keadaannye
sori.. ayat aku kelam kelibut... kat ofis, takut bos lalu belakang.. kang kantoi berporum..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 04:13 PM | Show all posts
Walaupun bayar rm2000 tetapi masalah Nia makin bertambah teruk.. akhirnya ibu bapa Nia putus asa.. mereka taknak teruskan lagi rawatan dengan mana2 bomoh n perawat. Mereka anggap anak mereka ini Gila jadi redha jelah.. Nia sgt sedih tetapi tidak putus asa lagi mencari kesembuhan..Kini Nia tinggal di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan ..Selepas dari kes ditipu hidup2 itu, Nia ambil tindakan bijak, hampir 30 perawat dari pelbagai darul dan pertubuhan rawatan islam dah Nia Ikhtiar.. sakitnya beransur kurang untuk beberapa hari kemudian gangguan tu datang balik.. hampir 3 tahun Nia menanggung sakit misterinya ini..

Sehinggalah pada suatu hari saya dapat panggilan dari Nia.. Nia nak buat rawatan..dan menceritakan serba sedikit masalahnya.. saya katakan insyaALLAH boleh diikhtiarkan.. Nia tiada kenderaan untuk datang kerumah saya.. takpe.. saya buat rawatan ke rumah Nia.
Pada hari yang dijanjikan saya pun pergi lah ke rumah Nia, masih didepan pintu rumah.. Nia dah hampir2 kerasukan.. saya minta Nia sabar ingat ALLAH.. jgn biarkan benda itu kuasai kita..Nia kembali tenang, saya mintak izin nak solat dulu.. tgh saya ambil whuduk tiba2 kawan-kawan serumah Nia mohon untuk jangan buat rawatan di rumah mereka.. takpelah.. saya ajak Nia kerumah saya. InsyaALLAH rumah saya rumah family takda apa nak dirisaukan. Tapi ajak lah sorang muhrim untuk temankan Nia.. tak ada seorang pun kawan2 serumah Nia nak temankannya.. Kesian.. akhirnya Nia menghubungi sahabatnya dari shah alam untuk datang temankanya.. selesai semua.. kami pun ke kereta.. Nia n sahabatnya duduk belakang. Nia duduk je dalam kereta.. tiba-tiba Nia gelak HEHEHEHEHEHEHEHE! risau jugak saya kena cekik dengan Nia dari belakang.. kebetulan Nia duduk betul dibelakang saya.

Jin: HOI MU NAK BAWAK AKU PEGI MANA HAAA!!!  
Saya: pegi jalan2 nak ikut ?
Jin: Buduh!!! aku taknakkk!! kau jangan ganggu urusan KAMII!
saya: ganggu apanye ? pas gi jalan2 kita gi minum air tawar ke air zam zam ke nak? nak?
Jin: TAKNAK!!! AKU AKAN BUAT PERJALANAN INI TERGANGGU!!! HAHAHAH!!!
saya: ok ok aku tunggu.

Terus Nia tersedar , Saya start kete terus menuju kerumah sahabat saya yang terhampir diapun perawat jugak. sebab dari rumah Nia nak pusing balik kerumah sy tu jauh jugak. Dalam perjalanan saya tunggu jugak apa yang Jin ni nak ganggu, akhirnya sampai rumah sahabat saya tu dengan selamat Alhamdulillah... Turun je dari kereta sekali lagi Nia nak merasuk.. saya mintak Nia ingat ALLAH.. zikir ALLAH dalam hati jgn putus dan leka teruskan zikir..

Bersambung lagi da...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 04:33 PM | Show all posts
aku teringat pd 1 kisah.. baru lagi ni.. bulan lepas kalau tak silap.. suami tealady ofis  ...
leotazz818 Post at 25-2-2011 15:39



    wallaualam mungkin org tu betul ostad kot mungkin jugak tak...bab bayaran tu takdelah saya nak komen.. sbb mungkin hidup dia bergantung duit dari rawatan jadi dia cas le gitew huhuhuhu mungkin le. Panggilan ostad maksudnya cikgu, tapi mentality org malaysia nie asal boleh baca doa, leh ngubat dah dipanggil ostad..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 06:03 PM | Show all posts
thanks cerita yg best...bertambah lg perawat dlm forum ni...

silakan tt sambung cerita lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 06:39 PM | Show all posts
salam saudara madmualij,adakah saudara ni seorang perawat? adakah saudara mempunyai website atau blog untuk dibaca,adakah apa yg saudara ceritakan kisah yang berlaku pada tuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 08:19 AM | Show all posts
dah jawab dah kat atas, yup ni pengalaman merawat sy
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 08:17 PM | Show all posts
dah jawab dah kat atas, yup ni pengalaman merawat sy
madmualij Post at 27-2-2011 08:19


xde sambungan kisah nia tu ke
boleh yea kita kawal diri kita dari kena rasuk sbb masa saya kena dulu xdelah pulak org nak ingatkan saya macam saudara ingatkan nia, ada xde ayah selalu pesan suruh baca 3 Qul, ayat Qursi tapi mgkn bila ada gangguan saya sendiri terlupa tertibnya, itu yg mudah sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059758 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list