CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6944|Reply: 0

Pemain Gitar Kumpulan Padi Hanya Dapat Royalti RM90 Setahun, Pertikai Ketelusan Bayaran Royalti Untuk Pencipta Lagu

[Copy link]
Post time 19-12-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Pemain gitar kumpulan Padi iaitu Piyu mengakui kecewa apabila hanya menerima menerima royalti muzik sebanyak 300,000 rupiah Indonesia atau RM90.


Memetik laporan Kompas, pendapatan yang diterima itu adalah hasil daripada pungutan deretan lagu ciptaan Piyu yang dimainkan oleh penyanyi lain di acara atau konsert dalam tempoh setahun.






Kata Piyu, dalam sebuah acara secara langsung, penyanyi boleh mendapat bayaran sehingga ratusan juta rupiah, namun pencipta lagu hanya mendapat jumlah bayaran yang rendah.


"Ini sudah terbukti saya sebagai pencipta lagu ketika acara atau konsert hanya menerima 300,000 rupiah (RM90).


"Itu untuk live event. Kalau penyanyi boleh dapat ratusan juta (rupiah), pencipta lagunya hanya dapat sekian ratus ribu (rupiah) sahaja... Itu pun untuk tempoh setahun," katanya.


Dalam pada itu, Piyu menyifatkan sistem pungutan royalti muzik untuk pencipta lagu tidak dikendalikan dengan telus.


“Seperti ada yang tidak kena dalam sistem pungutan royalti ini. Penganjur menganggap sudah membayar kepada Lembaga Management Kolektif Nasional (LMKN) tetapi kenapa tidak pernah sampai ke pencipta lagu?


“Ini maksudnya ada campur tangan pihak ketiga dan kami harus cari tahu dan lihat laporan kutipan royalti ini,” ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062173 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list