CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12806|Reply: 9

Cinta Pertama jadi cinta kedua

  [Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 19-12-2023 04:51 PM |Read mode
Disebabkan sekarang tgh musim Hafiz Rosdi, saya pun nak confess.

Masa sekolah mmg ada bercinta dgn sorang ni. Cinta pertama atau cinta monyet tak pasti, bertahun-tahun tapi on-off sampai 1 masa sehari sebelum raya kami putus. Sebabnya? Dia ada orang lain..dan dia kahwin dgn org yg sama bahagia pun sampai sekarang.

Saya patah hati. Bawa diri sampai berjumpa pasangan yg sekarang. Lama juga bercinta, 8 tahun baru dapat kawin. Dalam masa 8 tahun tu Si A ada mencari saya balik, tapi bukan nak menyambung cinta cuma nak berkawan semula. Saya masih ingat masa tu dia call rumah. Tak dpt dinafikan saya dan dia mcm ada 1 instinct yg kitorang berdua je tahu. Dan saya tahu waktu tu dia yang call. Oh, mak ayah saya sangat lah garang dan pantang kalau gf/bf call rumah.


Ayat pertama dia, "Kenal tak sape ni?". Saya jawab, "Ingat'. Hati rasa mcm nak pecah, berdebar habis. Mana tak dah bertahun2 tak dengar suara tiba2 dia muncul. Dan kitorang pun berkawan la semula...seingat saya sekali je kitorang keluar berdua. Itu pun dia tolong hantar sy dr rumah ke tempat kerja tggu dlm 30 minit lepas tu hantar balik rumah. Tempat kerja dgn rumah dalam 20km. Memang semata2 teman je, takde berenti lepak2 ke takde mmg takde. Tu je sekali kitorang keluar. Msg pun jarang, call je kadang2 sb zaman tu sms/ call masih mahal namampus.


Dipendekkan cerita, dia pernah cakap "Sape2 yg kawin dulu dia kena pergi. Kalau ko kawin dulu aku datang. Tapi bila aku kawin ko tak payah datang lah". Ditakdirkan saya yg kawin dulu.....dan dia dtg. Dia kata dia nampak saya atas pelamin tapi dia tak cari sb nak balik cepat, ada hal. Dia cuma bagi duit, tak beli  hadiah pun, tak sempat. Tapi saya rasa dia tak beli sb tak nak saya teringat2 kat dia kot.


Lepas saya kawin, masing2 delete no fon. Setaun kot lepas tu baru dia kawin, dan mmg dia tak ajak pun. Dan kitorang idling untuk beberapa tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok noted TT. Cerita nie dah habis ke ada sambungan?
Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 19-12-2023 07:43 PM
Ada sambungan. Tak habis confess lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Anonymous replied at 19-12-2023 07:43 PM
Ada sambungan. Tak habis confess lagi

Ok noted. Take yr time & no need to stress.
Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 20-12-2023 09:38 AM
Edited by Anonymous at 20-12-2023 09:45 AM

Ok sambung.

Lepas idling beberapa tahun lebih kurang 5 tahun lepas kitorang contact semula melalui fb. Tak ingat siapa yg tegur dulu boleh jadi dia, boleh jadi saya. Benda ni berterusan sampai sekarang. Kadang2 dia ada komen/ like gambar tp semuanya gambar anak. Komen pun general mcm "besar dah awang ni" dan saya tak pernah reply komen. Gambar dia saya tak pernah komen, cuma berani like tu pun cuma gambar raya/ anak. Dia dan saya masing2 jenis jarang post gambar atau status dekat fb. Sebulan sekali post pun belum tentu.


Berbalik pada fb messenger, saya atau dia akan ucap selamat mcm "Selamat hari raya semek" atau "Selamat hari raya boi". Ada yg dibalas, ada dibiarkan sepi sampai tahun depan pulak. Dari mula kenal saya dan dia bahasakan 'aku' 'ko' je. Sejak contact balik ni, saya perasan masing2 dah tak guna mcm tu lagi. nak guna 'saya awak' atau nama je mcm janggal pulak takut jadi fitnah. Jadi nya kitorang tak guna apa2. Dia dan saya mcm faham, mcm sy ckp instinct tu sama mcm dia dan saya rasa.   

Dan.....tiap kali dpt msg saya akan delete conversation. Risau kalau pasangan saya terbaca dan terasa. Kalau saya dekat tempat dia pun saya akan fikir bukan2 walaupun cuma msg setahun sekali wish pun general je. Tp dah lain jantina, ada pulak history bersama...mcm ada something tak kena. Hubungan kitorang cuma setakat itu cuma di fb messengger. Komen/ like dia saya tak pernah delete. Pasangan saya pernah tanya sape tu saya kata kawan lama sekolah. Saya rasa dia boleh agak sb lama dulu saya pernah bagitau nama Si A ni. Fb dia pula mmg guna nama sendiri.


Si A tak pernah bagi atau minta no fon begitu juga saya. Berhubung cuma setakat situ. Meaning kalau salah sorang nak hilangkan diri, cuma deactivate fb dan putus lah sampai situ. Saya selesa kitorang mcm ni, masih ada had. Tak berlebihan. Untuk saya curang dan tinggalkan pasangan saya sekarang semata2 Si A saya rasa tak mungkin. Saya masih teringat masa dia tinggalkan saya dulu. Saya dapat msg masa dlm kereta otw balik kampung untuk raya. Mak ayah dekat depan saya dgn adik beradik berhimpit dekat belakang. Strugglenya saya nak tutup hati yang tengah berperang dgn mcm2 perasaaan. Saya tak lupa, sisa rasa sakit tu masih ada. Pasangan saya yg dtg dan mengisi lompong kosong tu. Kembalikan senyuman saya.. Saya tak lupa jasa dia.

Perasaan saya antara kedua nya berlainan. Dgn Si A lain, dgn pasangan saya sekarang lain. Tak reti saya nak gambarkan perasaan tu. Sesetengah hanya Si A yg faham, sesetengah lagi hanya pasangan saya yg faham.


Cuma, kalau ditakdirkan pasangan saya dan dia pergi dulu...sama2 duda janda baru lah saya akan cuba untuk sambung balik. Sementara tu, in sha allah tak. Poligami juga tak pernah terlintas. Saya selesa mcm ni, takde bertanya khabar. Cuma setahun sekali mcm update sesama sendiri "aku hidup lagi. tunggu aku".

Akhir kata, betul lah Si A cinta pertama saya..tapi sekarang dia dah jadi kedua.  


Terima kasih.




Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:27 AM | Show all posts
perkara yg lepas jgn dikenang. nama pun ex..
hargai kehidupan yg elok skrg ni..
lain ler kalo skrg hidup tak bahagia..

nanti jangan yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Anonymous
Anonymous  Post time 20-12-2023 11:50 AM
zehra2 replied at 20-12-2023 11:27 AM
perkara yg lepas jgn dikenang. nama pun ex..
hargai kehidupan yg elok skrg ni..
lain ler kalo skrg  ...

Jgn salah faham, saya tak berniat nak sambung dgn yg lama selagi pasangan saya masih hidup. Bukan kata perasaan saya dah terbahagi. Saya pun tak mengejar yang lama. Masing2 ada cara tersendiri untuk menghargai sesuatu..

Kalaupun dia tiba2 nak sambung, saya akan pergi. Saya hanya akan betul2 cari semula bila saya tak terikat dgn sesiapa. Tak berbaloi saya bergaduh disebabkan yang Si Lama.

Kalau boleh saya tak nak bernasib seperti Hafiz Rosdi. Meruntuhkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm....semuga tidak ada sesi seperti apis terjadi. Kalo si A yg tinggalkan TT, seharusnya  TT bolayan kan dia. Tapi tu kalo terjadi pada meols lah. Baik fokus pada somi & family sendiri dari berterusan komunikasi dgn orang yg pernah tinggalkan kita dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pn ada cinta pertama aku tk kan balik kt dia sbb laki aku dh baik.. Wlpn kiteorg salu gaduh mulut
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik nolia ke yg confess ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 217475 Replies : 3931
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31674 Replies : 214
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92243 Replies : 874
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 808 Replies : 0
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 20460 Replies : 339
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 29797 Replies : 237
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 228021 Replies : 1342
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,”  Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
YgBenar“Saya menceraikan anda, saya menceraika
Views : 50052 Replies : 49
Kena lagi episod 3:Netizen terkesima grafik atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris seolah muka 'wanted'
YgBenarKena lagi episod 3:Netizen terkesima gra
Views : 15187 Replies : 14
[JTBC/Netflix 2024] MISS NIGHT & DAY - Jung Eun Ji, Lee Jung Eun, Choi Jin Hyuk
Rahah[JTBC/Netflix 2024] MISS NIGHT & DAY - J
Views : 3764 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.406025 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list