CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28170|Reply: 107

[Jenayah] 'Anak saya bukan rempit'

  [Copy link]
Post time 20-12-2023 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 20-12-2023 04:24 AM

‘Anak saya bukan rempit’, begitulah luahan seorang ayah yang masih bersedih meratapi kehilangan anaknya baru baru ini.

Ayah kepada Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut dilanggar pegawai kanan polis baru baru ini menegaskan anaknya cuba membuat bising sahaja.
Lalu dia mahu tahu, apa hak sampai nyawa anaknya dicabut hanya kerana membuat bising dengan ekzos motosikal?

Bercakap kepada pegawai polis yang datang ke rumahnya, ayah kepada Zaharif berkata: “Dia bunuh anak saya, dia boleh reverse kereta dan tengok, wajahnya tiada reaksi langsung.”

“Kemudian dia buat cerita brek dia ‘tak makan’, kononnya orang di situ nak pukul dia. Sedangkan saya sendiri yang berada di situ cakap [dekat orang ramai] jangan usik dia. Jadi tidak ada orang pukul dia.”

“Kemudian dia tengok anak saya yang jururawat, dia fikir itu adalah pegawai perubatan yang datang. Dan dia terus cabut [beredar].”

Ayah kepada Zhariff juga memberitahu anaknya menderita selama 40 minit di tempat kejadian.

Dia juga kecewa kerana pegawai kanan polis itu langsung tidak ada rasa simpati mahu membantu menghantar anaknya ke hospital atau bertanyakan keadaan anaknya.

“[Seorang pelajar] beruniform sekolah, atas alasan ekzos bising, kamu langgar dia sehingga mati,” tegasnya lagi sambil menyatakan bahawa tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama kepada anak orang lain selepas ini.

Seterusnya ayah arwah juga tahu bahawa pegawai kanan polis itu ada ‘kabel kuat’ dan dia mahu tahu siapakah mereka.

“Saya akan kalah, kalau masuk ke mahkamah pakai peguam pun saya akan kalah. Kerana dia ada kabel besar,” tambahnya lagi.

Namun selepas itu dia meminta maaf kerana agak emosi sehingga memburukkan polis.

“Anak saya tak akan kembali dah Datuk. Namun saya nak, dengan tulus dan ikhlas, saya minta maaf Datuk, kerana berkasar [bahasa]. Minta maaf kepada semua pegawai kerana saya telah burukkan polis.”

“Tetapi saya buat ini kerana Allah, saya tak nak perkara ini terjadi kepada orang lain, kepada anak anak yang sedang meningkat naik ini yang duduk main motor.”

“Anak saya bukan rempit, anak saya tak pernah merempit. Anak saya cuma buat hal bising sahaja”

“Tapi kalau ekzos bising itu salah, kenapa polis tak serbu semua kedai kedai ekzos. Kenapa? Kenapa JPJ tak pergi serbu.”




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 01:08 AM | Show all posts
mmg terkebetulan la plak.. baru tadi aku ngan family makan kat 1 kedai tomyam ni.. ya allah tetiba ade sekor berok naik motor punyer la bising.... mmg sumpah sgat2 annoying.. die punyer annoying tu mmg annoying yg sgat2 menyakitkan hati org taw... mmg la kita x mati dgar bunyi bising motor tu tp at the same time aku paham naper ade org smpai nk membunoh berok2 yg bawak moto bunyi punyer kuat ni...

berok2 bawak motor bunyi kuat ni dorg ingat ada org nak puji atau kagum dgan dorg ker?? plak tu mcm saje berlama2an bunyik motor tu kat org ramai yg sedang makan kat ctu.... tu lah dah kater, even dah ada kejadian budak kena lenyek ngan polis pown xder nyer spesis2 berok ni nak insaf dan bertaubat... nak2 lg ada manusia2 bangsat yg kuat memback up dorg lagila galak dorg wat kerja2 lagha camni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen sebab terpana dengan batu cincin pacik tu. Kemain banyak cincin, besar2 pulak batunya. Bagi buku lima kat muka orang mau kena buat plastik surgery mangsa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 kat taman perumahan iols pun ada cainis bukit dok pi ke hulu ke hilir naik skuter sambil pasang lagu kuat2..
Lepaih org komplen, dah tak ronda2 buat bising lagi..

Tatau la kalau ada org gilis jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2023 12:51 AM | Show all posts
Renung-renungkan...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 20-12-2023 12:51 AM
Renung-renungkan...

Ada yg toreh seat motor jiran sbb ekzos bising.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak pakcik pakai gelang dalam gambar selfie tu. Aiols memang tak husnuzon anak pakcik tak rempit tapi aiols sokong family pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedua salah. Rasekan!

Anak ko annoying.. buat org marah.
Polis tu pun sejenis gila kuasa…baran..dapek lah 302.

Inilah contoh buku bertembung ruas! Pernah aku repot pasal bising polis tu boleh sokong jiran aku plak. Datang dengan muka kerek 2 org macam kita ni sengaja menyusahkan theyols pulak. Rasakan..aku salahkan undang2 Malaysia Boleh land.! Vape kemain buat RUU… gini sekor2 cam lahabau perangai annoying Kerajaan Perumahan Tempatan tak nak buat usul ker? Kemende denda buat bisng bayar seratus woi? Ko pikir majority marhaen duduk Country Heights ke rumah banglow sejibik-sejibik aman permai sepi? Memang patut la sampai gilis mengilis hunus pisau etc. What a bloody joke!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak bini polis tu pun tak buat salah tapi kenapa ramai2 pakat pergi rmh dia?
Suruh wife berhenti then tunjuk gambar mereka? Apa salah mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 04:42 AM | Show all posts
Prengģg alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:28 AM | Show all posts
Tidak perlu nafi apa2.
Jika pun anak dia seorang perompak, tiada org berhak bunuh dia tanpa alasan yang benar
Jika budak tu bunuh orang pun, tidak boleh dia dibunuh begitu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:21 AM | Show all posts
neuteral jew..
mana geng tingkap sebelah yg nak santau bagai tu…dah gi jumpe tok pawang bayar pengeras ke blum?? Jgn plot twist pulek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:23 AM | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 20-12-2023 02:29 AM
Dedua salah. Rasekan!

Anak ko annoying.. buat org marah.

mat preng2 masih trus kan pangai sama sbb enabler n penyokong ramai

mak pak n famili plak x halang

da mati..

playing victim laks
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp x boleh disantau terang2 dia langgar lenyek mati anak org..lainla anak ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:27 AM | Show all posts
monsterwife replied at 20-12-2023 03:34 AM
Anak bini polis tu pun tak buat salah tapi kenapa ramai2 pakat pergi rmh dia?
Suruh wife berhenti th ...

ya btoll..

famili saspek polis tu x salah

apesal ramai2 hantam depa..

adekah bini polis tu suruh saspek laki dia langgar n gelek mat preng2 ni..

--

kalo nak hantam pamili mangsa mmg patut

apesal pamili ni x cegah anaknya modified ekzos

kalo da modified..

musti preng2 punya

apesal x ambik kunci motor tu..

tukar balik ke ekzos asal

selama ni anak ko preng2 ko biar jer ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wrong time at the wrong place
Kena plak dgn orang Baran..
Mmg Habis la
Huhu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 20-12-2023 06:28 AM
Tidak perlu nafi apa2.
Jika pun anak dia seorang perompak, tiada org berhak bunuh dia tanpa alasan y ...

Setuju dgn doktor

Tapi komen² kat sini mcm memang elok pun budak tu kena bunuh sbb ekzos bising ...pastu tunjuk artikel dulu² kena tikam sbb ekzos bising ...

Mana lah otak org yg komen mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:35 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 20-12-2023 07:44 AM

Pak : ‘Anak saya bukan rempit’

Betoi ka pokcik? r u sure?

Pak : anaknya cuba membuat bising sahaja

Ngaku wat bising

Pak : beruniform sekolah, atas alasan ekzos bising, kamu langgar dia sehingga mati

So, pakai baju skolah ada permit utk ekzos bising lah..undang2 mana ko ikut

Pak : Tetapi saya buat ini kerana Allah, saya tak nak perkara ini terjadi kepada orang lain, kepada anak anak yang sedang meningkat naik ini yang duduk main motor

So, lepas ni anak orang lain bertarap plajar yg dok ekzos bising main motor bole preng2 lah, "meningkat naik" - so, ko tak nak lentur buluh dari rebung lah ni. ko nak biarkan jadi macam Anakku Sazali?

Pak : Anak saya bukan rempit, anak saya tak pernah merempit.Anak saya cuma buat hal bising sahaja

Ngaku pong anak ko wat bising. Ko pasti anak ko x rempit

Pak : Tapi kalau ekzos bising itu salah, kenapa polis tak serbu semua kedai kedai ekzos. Kenapa? Kenapa JPJ tak pergi serbu

Salahkan agensi kerajaan laks.. so pasti ler ada modifyekzos kan.

apa sal ko sendiri biar anak ko pi modified ekzos kat kedai. mana budak tu dapat duit

Ramai mak pak mcm ni.. makin ramai ler mat preng2

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:40 AM | Show all posts
itu hari ada porumer mana ntah petik

1) motor tu motor kawan (bukan mangsa punya), pinjam

2) betui ka motor mangsa tu da modified ekjos
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo skrg ni bila tengok orang buat bising, kita boleh lenyek dia dah. Budak rem motor ni dah berpuluh tahun, takkan nak bunuh depa. Apa bila jadi polis rasa ada lesen nak bunuh orang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.075552 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list