CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13140|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jalan ditutup sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

[Copy link]
Post time 20-12-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Jalan ditutup sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Disember 2023 01:55pm




Mohamed Usuf menunjukkan peta laluan yang akan ditutup pada 22 Disember ini.



GEORGE TOWN - Beberapa buah jalan akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride pada 22 Disember ini.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, seramai 1,500 akan menyertai acara kayuhan edisi kelima ini yang akan diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah itu.



Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula jam 10 malam, 22 Disember hingga jam 3 pagi, 23 Disember ini.

"Peringkat pertama iaitu pada jam 8 malam melibatkan Bulatan Queen 1 dan Bulatan Queensbay, peringkat kedua adalah pada jam 9 malam, melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah, Bulatan Batu Maung menghala ke pusat bandar dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke arah kawasan perindustrian.



"Peringkat ketiga ialah pada 10 malam melibatkan kesemua susur masuk dan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang (kedua-dua arah) dan Bulatan Bayan Baru," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Kata beliau, lebih 800 anggota dan pegawai polis akan bertugas dalam acara yang akan dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

"Saya menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif antaranya Jambatan Pertama Pulau Pinang.

"Pengguna jalan raya dari tanah besar menghala ke arah Bayan Lepas/ Bayan Baru perlu melalui Jalan Sultan Azlan Shah manakala mereka dari utara/selatan yang hendak ke Bandar Cassia perlu melalui Bukit Tambun.


"Semua pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal semasa penutupan jalan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056940 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list