View: 22298|Reply: 0
|
Cegah kemiskinan dan ingat kematian antara 6 kelebihan Surah al-Waqiah
[Copy link]
|
|
Cegah kemiskinan dan ingat kematian antara 6 kelebihan Surah al-Waqiah
Membaca Surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin harian, maka ALLAH akan menjauhkan kefakiran selamanya.
AL-QURAN merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak.
Surah al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran dan mempunyai 96 ayat.
Dinamakan al-Waqiah kerana diambil dari lafaz al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Surah al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa fadhilat dan kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
Membaca surah al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya.
Majoriti akan ceritakan kisah Surah al-Waqiah dan senaraikan 6 kelebihan Surah ini yang anda boleh nikmati keindahan isinya jika mengamalkannya.
Surah al-Waqiah apabila dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. — Gambar hiasan
Kisah Surah al-Waqiah
Surah al-Waqiah diturunkan di Makkah dan mempunyai 96 ayat dan ia adalah surah yang ke-56 dalam kitab suci al-Quran.
Namun, Imam Qurtubi menukilkan pandangan al-Hasan, I’krimah, Jabir dan A’ta’, menyatakan bahawa terdapat 97 ayat dalam surah ini.
Surah al-Waqiah dinamakan begitu kerana ia diambil dari lafaz al-Waqiah di ayat pertama surah tersebut yang bermaksud kiamat.
Ia juga digelar sebagai surah kekayaan kerana banyak hadis dan Riwayat yang menceritakan tentang kelebihan yang dibawa oleh Surah ini.
Kelebihan Surah al-Waqiah adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasad serta mengurangkan kesakitan. — Gambar hiasan
Kelebihan Surah al-Waqiah
1. Menghindar diri menjadi lalai
Kelebihan pertama bagi pembaca surah ini adalah mereka dapat menghindarkan diri dari tergolong dalam kalangan orang yang lalai atau leka.
Ini kerana surah ini menceritakan tentang hari kiamat.
Bagi mereka yang selalu membaca dan menghayati surah ini, sudah pasti mereka akan menjadi Muslim yang bagus.
Seperti sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” — Hadis Riwayat Ubay bin Ka’ab
2. Wajah bercahaya di akhirat
Pengamal surah ini juga akan dikurniakan dengan wajah yang bercahaya dan bersinar pada hari akhirat jika mereka amalkan surah ini sebelum tidur.
Dikatakan bahawa wajah anda akan bercahaya seperti bulan purnama.
Selain itu, surah ini juga telah menjadikan rambut Rasulullah SAW beruban.
Seperti Ibnu Abbas R.A berkata kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” — Hadis Riwayat At-Tirmizi
Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan membantu kita di dunia dan di akhirat. — Gambar hiasan
3. Melindungi diri menjadi miskin
Kelebihan seterusnya bagi Surah al-Waqiah adalah ia boleh melindungi pengamalnya dari kemiskinan serta dimurahkan rezeki dalam kehidupan mereka.
Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini dan salah satunya adalah Abdullah bin Mas’ud R.A. :
“Aku mendengar nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan miskin selamanya. Ibn Mas’ud berkata, ”Aku telah menyuruh anak perempuanku membacanya setiap malam." (Diperakui oleh Abu Ubaid)
4. Mengingatkan kita tentang kematian
Pengamal surah ini juga pastinya akan selalu ingat tentang kematian. Ini kerana Surah al-Waqiah menceritakan tentang hari kiamat dan apa yang akan terjadi kepada umat Islam.
Ia menceritakan tentang apa akan terjadi kepada pendosa dan mereka yang selalu melakukan kebaikan di atas muka bumi. Oleh itu, sesiapa yang baca surah ini pasti memberi kesedaran buatnya.
Mereka akan mencuba mengubah diri supaya menjadi dalam kalangan orang yang dikasihi oleh ALLAH SWT.
5. Menceritakan tentang syurga
Surah ini juga sangat istimewa kerana ia menceritakan tentang suasana dan keindahan berada di dalam syurga.
Ayat 27 hingga 40 menjelaskan tentang gambaran di syurga seperti makanan yang ada di sana dan banyak lagi.
Bagi mereka yang mengamalkan surah ini, mereka akan lebih semangat untuk menjadi Mukmin yang lebih baik.
6. Surah al-Waqiah menceritakan tentang neraka
Selain dari syurga, Surah al-Waqiah juga menceritakan tentang azab api nereka di mana anda boleh membacanya di ayat 41 hingga ayat 56 kerana ia dijelaskan dengan baik.
Dengan mengetahui tentang keseksaan yang akan dihadapi oleh penghuni neraka, maka ramai akan terbuka hati untuk mengubah diri supaya tidak tergolong dalam kumpulan itu.
Kesimpulannya, Surah al-Waqiah merupakan surah yang sangat istimewa dan harus dijadikan amalan untuk semua umat Islam. — Majoriti
SUMBER:https://majoriti.com.my/mukmin/2 ... han-surah-al-waqiah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|