CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21150|Reply: 1

[DUNIA] Tarian Wodaabe, pesta memikat wanita tidak kira bujang atau isteri orang

[Copy link]
Post time 20-12-2023 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Tarian Wodaabe, pesta memikat wanita tidak kira bujang atau isteri orang



Republik Niger bersempadan dengan Nigeria, Benin, Mali, Algeria, Libya dan Chad. Negara ini tidak mempunyai pinggir pantai, hanya dikelilingi daratan Afrika Barat.

Apabila tiba bulan Jun hingga Oktober, kawasan tengah Niger mulai mengalami kemarau. Kolam dan lopak air menjadi susut dan kering secara beransur-ansur. Di sebalik suasana itu, kaum Wodaabe kelihatan begitu bersemangat mengemas barang seolah-olah mereka akan berpindah ke satu tempat lain.


Suku kaum Wodaabe merupakan etnik nomad daripada etnik Fulani. Kaum ini banyak mengembara di sekitar Gurun Sahel yang sebahagiannya terletak di Niger.

Tidak lama selepas itu, angin kering gurun yang dikenali sebagai harmatan mulai bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kemunculan angin ini sebenarnya menjadi petanda kepada kaum Wodaabe untuk menyiapkan diri ke gurun utara bagi meraikan pesta gerewol.

Gerewol atau dikenali sebagai pesta percintaan adalah satu perayaan tradisi yang diraikan puak-puak dari suku kaum Taboo yang mendiami kawasan tengah Niger. Wodaabe merupakan salah satu puak yang diletakkan sebagai suku kaum Taboo.

Pesta ini diraikan sebagai usaha untuk mencari jodoh dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Namun begitu, ada pengkaji mengklasifikasikan pesta ini sebagai pesta mengekalkan bangsa kerana matlamat pesta ini adalah untuk mengekalkan zuriat bangsa tulen Wodaabe. Justeru ramai pihak melihat pesta ini sebagai majlis mencari pasangan hidup.



Mengikut beberapa sumber bacaan, pada tahun 1983, bilangan puak Wodaabe dianggarkan sekitar 45 ribu orang saja. Bilangan itu menunjukkan puak nomad ini merupakan kumpulan minoriti daripada etnik Fulani.

Beberapa pengkaji antropologi mengklasifikasikan Wodaabe sebagai orang-orang nomad yang bermigrasi dari selatan Niger ke utara Nigeria dengan merentasi timur laut negara Cameroon dan rantau barat Republik Afrika Tengah. Mereka menjalankan kegiatan penternakan lembu dan terkenal sebagai gembala yang sangat hebat di tanah tandus.

Puak ini sebenarnya terkenal dengan seni kecantikan diri. Baik lelaki mahupun perempuan, kecantikan dijadikan sebagai asas utama dalam kehidupan mereka seharian.

Puak Wodaabe bercakap dalam bahasa Fula. Bahasa ini merupakan salah satu bahasa yang dituturkan tanpa ada tulisan. Oleh itu, penutur bahasa ini cuma kenal bunyi dan ia tidak ada huruf untuk ditulis.

Dalam bahasa Fula, bunyi Wo bermaksud ‘pantang’. Bunyi Aa atau E pula membawa maksud ‘rakyat yang berpantang larang’. Sebab itu ada sesetengah suku lain menterjemahkan Wodaabe sebagai orang-orang yang menghormati pantang larang.


Kaum lelaki Wodaabe akan berhias untuk pesta ini.

Meskipun begitu, pada abad ke-17, semasa era pendudukan dan penjajahan bangsa Eropah di kawasan Afrika, Wodaabe diberi nama sebagai Bororo. Istilah ini difahamkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai bermaksud ‘lembu Feluni’ iaitu merujuk kepada maksud ‘orang-orang yang tinggal dalam kem lembu’.

Sementara itu, apabila hujan mulai mencurah kawasan selatan, kumpulan-kumpulan kecil Wodaabe sudah mulai sampai ke sebuah kawasan tanah rata untuk meraikan pesta gerewol.

Lokasi yang dipilih untuk pesta ini telah ditentukan pada pesta yang lalu. Oleh itu, puak ini sudah jelas tentang pesta yang bakal mereka lakukan tidak lama lagi. Kebiasaannya, di kawasan itu sudah ada pondok-pondok yang didirikan untuk menampung jumlah masyarakat ini yang banyak. Selepas sebulan berkumpul, akhirnya pesta ini bakal dimulai.

Pada hari tersebut, semua lembu akan disimpan di kandang yang telah didirikan khas. Sesuatu yang agak pelik mengenai kaum ini ialah, mereka tidak perlu bimbang tentang penipuan kerana lembu setiap keluarga diajar untuk mengenali tuannya. Sistem itu menyebabkan tidak ada orang yang boleh mengambil lembu orang lain.


Apabila menjelang saja fajar hari gerewol, para wanita Wodaabe akan menyanyikan sebuah lagu unik. Lagu itu berbunyi seperti ini : “Bintang pagi telah datang. Anda gadis cantik dan anda lelaki menawan, bangunlah. Hari gerewol telah bermula”. Nyanyian itu menandakan para lelaki dalam kaum ini akan mulai menghiaskan diri mereka secantik boleh untuk memulakan pertandingan lelaki cantik dalam puak ini.

Perayaan tradisi ini yang dimeriahkan dengan muzik dan tarian akan berlangsung selama tujuh hari tujuh malam.

Pelbagai caya dilakukan lelaki dalam puak ini untuk berhias. Ada yang membuat tatu puak, mencukur kepala untuk memperlihatkan kepala yang lonjong dan panjang selain mengenakan pelbagai perhiasan, rantai dan cincin.

Sesuatu yang pasti semua orang akan mewarnakan muka mereka. Mereka akan mengecat wajah dengan tanah liat merah, mewarnakan bibir serta memakai celak hitam yang tebal.

Selepas nyanyian kedua berkumandang, maka pesta ini pun bermula. Pada peringkat awal, pertandingan gigi cantik akan dimulakan dahulu sebelum pertandingan mata dengan disusuli tarian unik seorang pemikat. Gaya dan persembahan setiap individu sebenarnya sedang diperhatikan oleh gadis-gadis yang sedang mencari pasangan hidup.


Selepas beberapa ketika, si gadis yang menjadi penonton akan memilih siapakah lelaki yang menjadi juara mereka. Lazimnya pemilihan ini dibuat mengikut kriteria yang diingini si gadis itu terhadap lelaki yang mereka ingin kahwini. Keadaan itu mewujudkan suasana semua lelaki yang bertanding akan menjadi juara. Kadang kala ada sesetengah juara menjadi rebutan ramai gadis.

Mengikut tradisi puak ini, si lelaki itu berhak untuk mengahwini semua gadis yang memilihnya dan perkara itu tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, jika seseorang lelaki itu tidak dipilih oleh mana-mana gadis, dia layak untuk bertanding lagi tahun hadapan.

Oh ya, bukan saja perempuan bujang yang boleh memilih calon suami mereka dalam pesta ini, wanita yang sudah berkahwin pun boleh memilih lelaki jika ada yang mereka sukai dan meninggalkan suami sebelumnya.

Berlainan dengan puak yang lain, wanita puak Wodaabe diberi kebebasan untuk bertukar pasangan atau suami mengikut kehendak mereka sendiri.

Kini, pesta gerowol turut menarik minat para pengkaji dan pelancong dari luar untuk datang menyaksikan keunikan perayaan ini semasa ia berlangsung.


Wanita Wodaabe diberi kebebasan untuk bertukar pasangan.


Kaum lelaki yang bertanding akan dihakimi untuk menentukan pemenangnya.

Sumber:https://utusantv.com/2023/06/07/ ... -atau-isteri-orang/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 10:27 AM | Show all posts
wow, wanita dia ada kelebihan boleh tukar laki tuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066486 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list