CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8851|Reply: 22

[Jenayah] "Kami Dah Terlampau Jauh Dengan Record Yang Kami Pecahkan Dan Mencipta Record Baru" - Dah 8 Tahun Masih Tiada Piala, TMJ Merayu Selangor Tolong Break Record Harimau Selatan!

[Copy link]
Post time 21-12-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode


Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mencabar Selangor FC (SFC) memecahkan rekod yang dilakukan pasukan itu khususnya selepas menamatkan saingan Liga Super tanpa kalah.

Musim ini, JDT melakar sejarah baharu apabila muncul pasukan pertama di Malaysia meraih ‘double invicible quadruple’ dan menjuarai Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Piala FA.

Skuad Harimau Selatan juga melakar rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super pada musim 2016, 2020, 2022 dan 2023

“Tolonglah break record ini. President FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) orang Selangor, Exco majority termasuk Datuk Shahril orang Selangor dan dalam FAS (Persatuan Bolasepak Selangor),

“Head of Referee Dato Sundra orang Selangor, CEO MFL (Liga Bolasepak Malaysia) Dato Stuart orang Selangor. Raja Muda Selangor 45 juta setahun Kerajaan Selangor bantu dah 8 tahun masih tiada piala.

“Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua Piala. Kalau tak, tak merasa,” tulis TMJ menerusi laman instagram.

TMJ turut menasihatkan sesetengah pihak supaya hanya fokus kepada pasukan sendiri dan tidak lagi membuat sebarang perbandingan memandangkan skuad Harimau Selatan sudah berada di kelas tersendiri.

“Kami dah terlampau jauh dengan record record yang kami pecahkan dan mencipta record yang baru. Ingatlah wakai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.

“Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan/accident tetapi telah dirancang oleh yang Maha Esa. When you have good intention, you are always Blessed,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2023 09:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols merasa kerabat raja negeri lain prefer nak focus pada perkara lain selain bola. Hannah TMJ sahaja yang minat bola tara ini. Lagipun kalau semua best player dia dah sapu, lain lain orange malas nak compete dgn dia.

Menang la kau sorang2 gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik dia fokus kat Forest City tu. Instead fokus pada pasukan bola sepak Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:22 AM | Show all posts
TMJ turut menasihatkan sesetengah pihak supaya hanya fokus kepada pasukan sendiri...
Mungkin dia pon kena ambil nasihat sendiri... fokus kat JDT je. yang gigih sangat nak fokus kat Selangor ni dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:27 AM | Show all posts
jaguh kampung je tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 21-12-2023 10:03 AM

Tapi Raja Muda Selangor ada degree
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bazir je, belanja kemain mewah  tp setakat jaguh kampung je. Mujur ank raj@ lain takde hobi mahal mcm  topoi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 10:19 AM | Show all posts
“Qualified Asia tournament pun kerana JDT menang semua Piala. Kalau tak, tak merasa,”

amboi bako, siap bagi petrol lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 10:56 AM | Show all posts
tahniah menang sebab borong player
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2023 05:23 PM | Show all posts
nazurah replied at 21-12-2023 09:14 AM
Iols merasa kerabat raja negeri lain prefer nak focus pada perkara lain selain bola. Hannah TMJ saha ...

hannah tmj? sebab dapat pujian kerr

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:06 PM | Show all posts
banter jer ni.... biasa dlm bolasepak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
No komen pasal bola
cuma nk ckp, awat dah gemuk balik
dah sopa ikan buntal
opps
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:05 PM | Show all posts
Tu dia meriak sambil sebut nama tuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2023 04:40 PM | Show all posts
boikot bola
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak kena cakap mcm tu?
Nak membakar semangat org ke lagu tu?
Cynical.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Berenti la beli best player negeri lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la sebabnya kenapa final piala malaysia tu aq harap sanggat terengganu menang lawan jdt ni...apakan daya xsampai 10 min lawan dh jdt dpt penalti musnah harapan aq,harap sangat ada yg boleh mengulangi kejayaan kl menang 2-0 piala malaysia tahun bila ntah aq dh x ingat...tapi kalo kalah pon tetaplah dia merempan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatlah wakai sahabatku, ALLAH sentiasa membantu dan berkati orang atau pihak yang benar.

“Rezeki yang dikurniakan ini bukan secara kebetulan/accident tetapi telah dirancang oleh yang Maha Esa. When you have good intention, you are always Blessed,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Istidraj tu ape ek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.265477 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list