CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8256|Reply: 15

Kismah Johar Pernah Berdepan Sikap Biadab Heroin Baharu

[Copy link]
Post time 23-12-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Kismah Johar mendedahkan pernah berdepan pengalaman buruk ketika berada di set penggambaran bersama heroin yang merupakan aktres baharu.


Kismah, 72, berkata, pelakon berkenaan bukan hanya tidak mahu menegurnya tetapi mempamerkan sikap sombong selain merasakan diri lebih hebat berbanding orang lain.






"Artis baru sekarang banyak pengikut... Kadang-kadang dekat set penggambaran pun tidak menegur tapi kita pula kena tegur mereka.


"Mungkin saya sudah tua, dia tidak berminat nak tegur.


"Kalau kami dulu sebelum masuk set akan berkumpul dan buat latihan... Tapi artis sekarang tak mahu, diva! Terus masuk set konon sudah sedia," katanya kepada mStar.


Kismah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur pada malam Rabu lalu.


Tidak cukup dengan itu, aktres berkenaan dakwa Kismah pernah bertindak memberi arahan kepadanya ketika mahu menjayakan salah satu babak dalam drama lakonan mereka.


"Ada sekali saya masuk set dengan dia, dia pula yang ajar kita tapi saya beritahu kita ada pengarah.


"Jadi dengar cakap pengarah dan jangan buat keputusan sendiri. Nanti pengarah cakap lain, kita pula buat lain," katanya.


Ditanya mengenai mutu lakonan pelakon terbabit, Kismah berpendapat kualiti ditunjukkan tidak mencapai tahap diharapkan.


"Dia cuma rasa hebat dengan kecantikan dan bilangan pengikut di media sosial. Memang berbeza sangat pelakon dahulu dan sekarang," ujarnya.






Dalam perkembangan lain, Kismah memuji kredibiliti pelakon Datuk Aaron Aziz sebagai pengarah filem Sayu Yang Syukur.


Menurut Kismah, Aaron merupakan seorang pengarah yang memahami dan profesional sepanjang 60 hari penggambaran filem itu berlangsung.


"Aaron memang the best! Sangat memahami kru dan pelakon. Kalau ada teguran, dia tegur secara profesional tidak seperti sesetengah pengarah yang kasar.


"Kami semua sangat seronok... Pelakon, kru semua baik-baik belaka. Ini jujur daripada hati saya," katanya.


Filem Sayu Yang Syukur mengisahkan tentang Liana yang dilakonkan Nora Danish terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui Qudaim (Aaron).


Pertemuan tersebut menjadi satu permulaan baharu buat Liana apabila maruahnya tercalar sekali gus bimbang sekiranya nama baik keluarganya turut terjejas.


Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Disember ini.


Selain Aaron dan Nora, Sayu Yang Syukur ini turut dibintangi Arja Lee, Fairi Khalil, Datuk Ahmad Tamim Siregar, Kishmah Johar, Raja Emma dan ramai lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape.. dd.. anak tok selam kee.. byk film dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols masuk awal sangat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa jer.lain la ko orang politik,selagi berkuasa tetap orang cium tangan walaupun dah bau batu nissan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala.acik..
Acik.banyak.berlakon dgn bbnu
Susah nak cam.yang mana.

Haha

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa acik pun dulu berlakon biasa2 je..nanges marah sepesen je..sejak2 dn keluarga iskandar baru la nampak perubahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa kadang kadang bukan sebab sombong. Tah tah budak baru tu introvert ke pemalu ke #donebekap
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 04:44 PM | Show all posts
soal tegur menegur ni... kalau pagi tadi dah tegur... pastu masuk keje malam nak tegur lagi ke... berapa ramai pulek nak tegur nanti...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 23-12-2023 01:06 PM
Alaa acik pun dulu berlakon biasa2 je..nanges marah sepesen je..sejak2 dn keluarga iskandar baru la  ...

Sebab dapat direktor yang bagus. Direktor memainkan peranan penting cungkil habis bakat pelakon at its best.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:04 AM | Show all posts
ritu ada pernah dgr interview kak kek kat radio sinar, masa tu dia promo drama siri dia kat ceria, cerita pengalaman berlakon dgn budak2 baru.. kita yg dengar pun rasa mcm panas hati..wah2 sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:13 AM | Show all posts
sape yg dh tgk cite ni..bes ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:43 AM | Show all posts
kekwat retis bbnu mlysia.. pdhal blakon ramai kayu kayan je.
beza dgn budaya industri kt korea yg hormat dgn senior2 depa. itu yg i nmpk realiti tv show mereka la..wlau byk je sisi hitam industri kpop sana tuh. mn budaya yg baik ptt kita jdkan contoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak ambek Shu Shukri jadi extra?  Nama udah lebey kurang tajok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss replied at 26-12-2023 11:43 AM
kekwat retis bbnu mlysia.. pdhal blakon ramai kayu kayan je.
beza dgn budaya industri kt korea yg h ...

Sama je wakk.. dulu2 kes irene red velvet.bukan ke kes power tripping.herdik krew katanya.smpai jd kecoh.
Yg sebelum tu lg ada sorg idol tu.ai lupa nama.brgaduh dgn idol senior masa brlakon ke masa variety show smpai kena cancelled.terus sunyi sepi smpai skrg pdhal time tu tgh top2 meletop
Sama je mana2 industri.rasa diri tu popular.hebat.ramai peminat.smpai lupa diri.hilang rasa hormat kt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-12-2023 01:58 PM
Awat tak ambek Shu Shukri jadi extra?  Nama udah lebey kurang tajok.

Ni cerita dh kena peram 8 tahun.time tu dia masih bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp tajuk mcm xbest sgt la.xmenarik minat org ke cinema
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042451 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list