CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4235|Reply: 2

[Dunia] Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, loji proses nikel meletup

[Copy link]
Post time 25-12-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, loji proses nikel meletup


Jakarta: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan 38 cedera di timur Indonesia pada Ahad dalam satu letupan di loji pemprosesan nikel yang dibiayai China, kata pemilik taman perindustrian yang menempatkan kemudahan itu.

Pulau Sulawesi ialah hab untuk pengeluaran nikel, logam asas yang digunakan untuk bateri kenderaan elektrik dan keluli tahan karat, dan pelaburan Beijing yang semakin meningkat telah mencetuskan keresahan terhadap keadaan di kemudahannya.

Kemalangan itu berlaku sekitar 5:30 pagi (waktu tempatan) di sebuah kilang milik PT Indonesia Tsingshan Stainless Steel (ITSS) di Taman Perindustrian Morowali di wilayah Sulawesi Tengah, kata jurucakap kompleks itu dalam satu kenyataan.

"(Jumlah kematian) meningkat seorang, daripada 12 kepada 13," katanya kepada AFP.

Beliau mengenal pasti mangsa yang maut ialah lapan warga Indonesia dan lima pekerja China.

Siasatan awal menunjukkan letupan berlaku semasa kerja pembaikan pada relau apabila cecair mudah terbakar menyala dan letupan seterusnya menyebabkan tangki oksigen berhampiran turut meletup, kata pegawai itu.

Api telah dipadamkan pagi Ahad, menurut kenyataan itu.

Tsingshan Holding Group, pengeluar nikel terbesar dunia dan pembuat keluli tahan karat terbesar China, memegang pegangan majoriti dalam ITSS.

ITSS ialah penyewa di taman perindustrian itu, yang juga dimiliki majoriti oleh Tsingshan bersama rakan kongsi tempatan Bintang Delapan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... roses-nikel-meletup

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 10:21 AM | Show all posts
Ini adalah kebakaran besar yang menyebabkan kerosakan besar kepada orang dan harta benda. Namun, saya tertanya-tanya mengapa loji pemprosesan nikel yang besar itu boleh meletup dengan mudah? geometry dash lite
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 07:21 PM | Show all posts
Edited by JimmyTrenchard at 17-2-2024 07:23 PM

Ini adalah tragedi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064121 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list