CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28265|Reply: 0

Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Price

[Copy link]
Post time 25-12-2023 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Price


Lat - Foto Fail Bernama

IPOH - Seniman Diraja Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize pada majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Price Ke-3 yang berlangsung di Guangzhou, China, Jumaat lepas.

Lat yang berusia 72 tahun berkata, beliau berasa bangga dengan pengiktirafan oleh jawatankuasa anugerah itu melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian di China.

"Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagipun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau yang selamat tiba di Malaysia pada Sabtu lepas berkata, buku komik dan kartun yang dihasilkannya sebelum ini telah ditatap luas di merata tempat di luar negara, termasuk China sejak tahun 70-an lagi.

Mengesahkan dirinya juga merupakan peserta tunggal dari luar China dalam majlis anugerah kali ini, Lat turut dipelawa untuk melibatkan diri dalam pemilihan karyawan pada masa hadapan, namun memaklumkan kepada jawatankuasa anugerah itu bahawa beliau tidak begitu aktif pada usianya ketika ini.

Lat berkata, beliau juga sempat berbual dengan pelukis komik tersohor China, Cai Zhizhong, yang sudah lama menerbitkan buku-buku falsafah China terkenal di negara itu dan peringkat antarabangsa.

Menurut Lat, Zhizhong yang menyampaikan anugerah itu sendiri kepadanya sudah meminati karyanya sejak tahun 70-an lagi.

"Saya duduk dengan dia sepanjang masa (pada majlis berkenaan), dia kata, "anda wira saya". Tak salah saya, dia baca buku saya dari dulu tahun 70-an, 80-an lagi.



"Dia beritahu saya dia sukakan karya saya sebab saya melukis mengenai kehidupan berbilang bangsa. Itulah perbezaan saya dengan orang lain, macam saya buat Kampung Boy itu orang Melayu (mengenai), apabila saya buat Town Boy, semua itu mengenai berkenalan dengan orang lain, kaum lain," katanya.

Pada masa sama, Lat berkata, beliau juga dapat bertukar koleksi komik Kampung Boy, Town Boy dan lukisannya sebelum ini dengan karya Zhizhong.

Lat berkata, buku komik Zhizhong adalah mengenai falsafah berdasarkan kepada cerita lama, cerita rakyat dan cerita legenda yang kemudiannya dihasilkan dalam bentuk mesej falsafah Cina.

"Buku dia ringkas tetapi ada mesej, itu yang dia terkenal," katanya.

Sementara itu, dalam surat jemputan pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat menyatakan gaya karya seni beliau yang unik telah menarik jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk China.

"Selepas penilaian oleh jawatankuasa pakar, sukacita kami memaklumkan bahawa jawatankuasa memutuskan untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize kepada anda (Datuk Lat).

"Kami berharap anugerah ini mampu menzahirkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan dedikasi anda dalam industri komik,” menurut surat berkenaan. - Bernama

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/a ... hizhong-comic-price

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044980 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list