CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5993|Reply: 9

[Tempatan] 37 kampung di Kelantan banjir, TNB terpaksa putuskan bekalan elektrik

  [Copy link]
Post time 26-12-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-12-2023 04:44 AM

Terkini:

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Sebanyak 37 kawasan di Kelantan yang dinaiki banjir masih belum mendapat bekalan elektrik, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Ia susulan penutupan bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas faktor keselamatan penduduk.

Antara kawasan berkenaan adalah Kubang Rambutan, Sekolah Menengah Ugama Al Falah, Booster Jeram Perdah, Balai Polis Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan Terusan.

"Turut mengalami penutupan bekalan adalah kawasan di JPS Bakat 2, Pusat Penyembelihan GP, Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, PS Bendang Guchil, SKGual Sitok dan Gual Sitok.

"Kebakat, Gual Petai Beruk, Gual Bunut, Kubang Kual, Kusar, Gertak Nombor 3, Tasek Permai, Unit Pencegahan Penyeludupan Rantau Panjang, Gual Tokdeh, Kedap, Taman Desa Wira Jaya 2-3, Prima Lubok Jong 1-3, Taman Desa Wira, Taman GM Vista, Ladang Ayam Bukit Saji, Putat 7 dan Taman Rantau Baru juga berdepan penutupan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

TNB berkata, kesemua kawasan berkenaan akan disambung bekalan elektrik setelah air surut serta pepasangan elektrik TNB berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, ketika ini, usaha bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat sedang giat dijalankan agar bekalan dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Penduduk terjejas turut diingatkan supaya tidak menghidupkan peralatan eletrik sekiranya ia dalam keadaan basah atau dilitupi air serta kekotoran banjir, selain itu jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

"Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

"Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai," menurut pihak itu.

#TNB
#BEKALAN ELEKTRIK
#BANJIR KELANTAN




KOTA BHARU: Banjir di Kelantan makin buruk dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 12,645 mangsa pagi ini, berbanding 11,329 mangsa malam tadi.

Semua mangsa banjir membabitkan 3,876 keluarga itu ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Sehingga jam 8 pagi ini, lapan daerah di Kelantan yang dilanda banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 7,210 orang yang berlindung di 26 PPS manakala Kuala Krai merekodkan 2,666 mangsa di 25 PPS, Tanah Merah 1,801 mangsa di 19 PPS, Machang merekodkan 468 mangsa di enam PPS diikuti Gua Musang 271 mangsa di lima PPS.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Selain itu Jeli membabitkan 255 mangsa di dua PPS dan Kota Bharu merekodkan 35 mangsaserta Pasir Puteh 39 mangsa.














This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena kat negeri walaun..ujian!
Kalau kena kat negeri lain… maksiat, Allah murka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 12:23 AM | Show all posts
Gelombang ke 3
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Elak kes renjatan letrik, biar lah bergelap.. kesian sungguh yg banjir tiap tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah lindungi sskjp.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 28-12-2023 12:48 AM
Elak kes renjatan letrik, biar lah bergelap.. kesian sungguh yg banjir tiap tahun ni.

Boleh guna torches kan? Rasanya mereka pun bersiap sedia dengan segala bekalan. Tiap2 tahun banjir, dah biasa. Macam Ada makcik Yang viral dulu. Tiap kali cuti hujung tahun, anak2 dia akan balik pasang rumah rakit. Siap pindah peralatan ke dalam rumah rakit yang ditambat dengan rumah asal agar tidak hanyut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2023 12:50 PM | Show all posts

ada berapa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sonic-bertaik replied at 26-12-2023 01:39 PM
Kalau kena kat negeri walaun..ujian!
Kalau kena kat negeri lain… maksiat, Allah murka.

Diorg kan ummah paling beriman kat tanah melayu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 02:19 AM | Show all posts
aku kesian kan sskjp..tapi disebabkan mulut2 walaun jadi malas nak ambil kesah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 07:41 AM | Show all posts
moga dipermudahkan. walau pun dah biasa dgn musim banjir ni tp kita dah semakin maju.. jd harapnya tkde lah lg ada yg mati kerana banjir ni.
bila suh pindah, pindah je lah
kenapa mcm tk byk update psl banjir kali ni ya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061068 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list