Seorang jurutera Tesla luka di tangan kiri akibat diserang oleh jentera robot yang rosak semasa memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Daily Mail dari UK pada Selasa, merujuk kepada laporan kecederaan pada 2021 yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Travis County.
Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin, memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.
Jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan "luka dalam,” menurut laporan itu.
Akhbar itu memetik Tesla sebagai berkata bahawa jurutera itu tidak memerlukan cuti sakit.
Walaupun Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa, insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja, merujuk kepada peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.
Pada masa yang sama, laporan itu merujuk kepada Hannah Alexander, seorang peguam bagi Workers Defence Project yang merupakan wakil pekerja kontrak kilang itu yang percaya jumlah kecederaan yang dialami di kilang itu kurang dilaporkan berdasarkan perbualannya dengan pekerja di kilang itu.
Beliau memberi nasihat supaya jangan percaya sangat dengan laporan mengenai penjelasan Tesla itu.
- Bernama-Sputnik
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 27-12-2023 07:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 27-12-2023 07:03 PM
Dok rumah je. Jimat duit, elak kobid.
Sis still kat Sabah Ka...or dah posting pi perlis...
Aii berangan nak drive ikut highway trans Borneo tuh...ala ala mcm agong, queen dan anak beranak diaorg tuhh...free tol kan
Post time 27-12-2023 07:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
wirazam replied at 27-12-2023 11:05 AM
Sis still kat Sabah Ka...or dah posting pi perlis...
Aii berangan nak drive ikut highway trans Bor ...
Dah kenapa pula aku nak pi Perlis, Wira hooiiii dah helok2 aku dok zon selamat dok tempat sendiri ni nak pi tempat Rita Rudaini pulok.
Plan la cuti2 dengan kengkawan, datang sini buat konvoi ala YDPA. Nak lagik best jangan tinggal homestay ka hotel. Korang pi carik camping or glamping site huntok jadik tempat persinggahan. Tapi idok digalakkan datang hujung tahun sebab musim hujan.
Ye dah banyak lagu AI cover kat youtube, fans biasa lah dok compare siapa nyanyi lagi sedap. I paling suka plankton cover lagu Jiwa yang Bersedih. Ingatkan penyanyi mana lah dok cover.
Post time 27-12-2023 09:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-12-2023 01:47 PM
Mary_jane replied at 27-12-2023 12:51 PM
Ye dah banyak lagu AI cover kat youtube, fans biasa lah dok compare siapa nyanyi lagi sedap. I pal ...
Sedap pulak tu, choi!
Aiol kat Youtube suka layan AI si Freddie nyanyi2. Lagu Let It Go pun hada tapi feveret aiol lagu All I Want For Christmas sebab berjiwa Freddie sangat AInya menyanyi. Pehtu aiol boleh imagine Freddie tergedik2 nyanyi lagu ni atas pentas.
Post time 27-12-2023 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:36 PM
Macam keluar tajuk je komen aku tapi kesah la. Hada kaitan dengan sains dan teknologi juga yakni tem ...
alang2 terkeluar topic ni, iols mcm menyampah plak dgn chatgpt (??) sbb anak iols bila bc soalan je zasss tanya "beliau" tanpa berfikir. yg dia fikir alter ayat bg cun sesuai dgn soalan
kalau essay sap sap soi ye siap cantik plak tu kejadian karangannya.
mcm dlm otak anak iols tu takde info lgsg, eh sakit plak hati iols tp bijak betul otak yg develop "beliau" itu