CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23016|Reply: 0

Robot Kilang Tesla rosak, 'serang' jurutera

[Copy link]
Post time 27-12-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Robot Kilang Tesla rosak, 'serang' jurutera


JENAMA Tesla ketika menyertai pameran antarabangsa di Beijing pada 1 Disember lalu. FOTO AFP


Washington: Seorang jurutera Tesla luka di tangan kiri akibat diserang oleh jentera robot yang rosak semasa memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Daily Mail dari UK pada Selasa, merujuk kepada laporan kecederaan pada 2021 yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Travis County.

Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin, memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.

Jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan "luka dalam", menurut laporan itu.

Akhbar itu memetik Tesla sebagai berkata bahawa jurutera itu tidak memerlukan cuti sakit.


Walaupun Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa, insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja, merujuk kepada peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

Pada masa yang sama, laporan itu merujuk kepada Hannah Alexander, seorang peguam bagi Workers Defence Project yang juga wakil pekerja kontrak kilang itu yang percaya jumlah kecederaan yang dialami di kilang itu kurang dilaporkan berdasarkan perbualannya dengan pekerja di kilang itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... sak-serang-jurutera

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.399775 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list