CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24346|Reply: 8

“Kenapa nak bercerai?” – Bukan kerana orang ketiga, namun sudah tiada rasa. Punca dari perasaan tak puas hati yang disimpan

[Copy link]
Post time 27-12-2023 10:22 PM | Show all posts |Read mode
“Kenapa nak bercerai?” – Bukan kerana orang ketiga, namun sudah tiada rasa. Punca dari perasaan tak puas hati yang disimpan


Sebanyak lima permohonan cerai diterima daripada pasangan Islam dalam tempoh satu jam setiap hari di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu. GAMBAR HIASAN


Bukan kerana orang ketiga, namun bila hati sudah tiada rasa, sukar untuk bertahan dalam sebuah hubungan. Perkongsian Farizal Radzali dari kes mahkamah yang dikendalikan cukup membuka mata akan realiti kehidupan suami isteri. Ulasnya banyak kes perceraian yang berlaku, pasangan yang datang kelihatan cukup mesra dan keputusan dibuat atas persetujuan bersama tanpa campur tangan pihak ketiga.

Ulasnya, walaupun pasangan ini hidup sebagai suami isteri namun banyak perkara dilakukan sendirian sehingga perasaan sayang semakin pudar dan tawar. Malah perasaan tidak puas hati yang tidak terluah yang disimpan berpuluh tahun menjadi punca kepada perceraian.

“Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, takde gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.

Siap kadang bila masuk 1 famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce. Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya mmg tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul. ????

Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri dan seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni? Dan suami jawab, ya saya sanggup, saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.

Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah tiga anak sebanyak RM500 je, hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je untuk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.

Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas dan saling bertolak ansur.

Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”

Jawapannya…..

“Tiada persefahaman”

“Tak sehaluan”

Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, takde masalah, kenapa nak bercerai?

Tak semua yang kita lihat di mata kasar, adalah apa yang sebenarnya berlaku.

Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.

Ada seorang suami tu, katanya, dia dan isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.

Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri mcm jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.

Takde istilah rindu dah. Jumpa, jumpa la. Tak jumpa pun takpe. Ada hal penting, wassup je.

Risau? Pandailah si dia jaga diri.

Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.

Jawapannya, entahlah. Takde rasa apa-apa pun.

Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri.

Senang cakap, suami/isteri tu ada dengan takde, sama je. Takde beza.

Kenapa ini terjadi?

Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain, yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.

Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak.

Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.

1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun. Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.

Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.

Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka dan duka. Teman susah dan senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai dan menghargai. Jika semua tu dah takde, apa guna lagi sesuatu hubungan.

Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.

~Farizal Radzali~”


Sumber:https://utusantv.com/2023/06/05/ ... hati-yang-disimpan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 02:41 AM | Show all posts
Sangat² betul artikel ni... Iolss skrg dlm fasa berserah.. tidur asing mmg dh bertahun².. dh puas berendam air mata. Byk kali bincang nk cerai tp fikir anak² nk membesar.. tkde komunikasi. Masak utk anak² nk makan je..suami jarang sgt makan. Apatah lg nk makan bersama. Suami 24 jam dgn fone dan lptop kecuali tidor je..itupun terjaga beberapa kali utk tgk telefon. Masa PKP lg la..org lain pulun buat anak sbb kuarintin.. kami ttp dgn cara masing².. dah 14 tahun mcm ni. Takde istilah bilik tidur bersama.  
Btul sgt.. bila dlm keadaan kita seksi tu..cpt² larikan diri masuk blik sndiri... Ada masalah saya tk cari suami..saya cr org luar mcm kawan kerja.. ada satu masa sgt tertekan dgn bebanan tmpat kerja.. saya berjinak dgn apps omi.. cr kawn utk lepaskan stress d tmpat kerja.. dlm hati sya tahu mmg bersalah buat mcm tu...tp at the same time rasa lega dpt share cerita dgn org lain. Dlm omi tu biasanya ramai suami org kan... Tau je la cara diorg mengayat.. tp sy berkawan skdar utk teman sembang je.. yr la malam² tido seorang, x tau nk buat apa, nk cr teman sembang..bila kantoi, suami mengamok..nk bbercerai.. tp bincang² tak jadi sbb anak tgh mmbesar.. suami kawal apps dlm fone i.. no more dating apps skrg.. i malam² tido bertemankan bantal besar dan sofa..bantal besar dn sofa buat i rasa selmat.. ada masa mimpi menakutkan.. i bangun..istigfar dn cpat² peluk bantal utk hilangkam rasa takut, rasa sedih.. x sbar tggu siang sbb nk cpt ke tmpat kerja.... Berapa lama nk mcm ni pun i tak tahu..usia 35.. i masih gmbira bila diri dpt perhatian..malangnya bukan dr suami.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo sebegitu kah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 10:42 AM | Show all posts
Diamje replied at 22-2-2024 02:41 AM
Sangat² betul artikel ni... Iolss skrg dlm fasa berserah.. tidur asing mmg dh bertahun².. dh puas  ...

I pun ada kawan mcm ni. Nampak mesra sangat tapi hanya dia and suami saja yg tahu.
Tapi both of them rela nak berpisah secara baik sebab nak cari happiness masing2. Kalau masih terikat suami isteri takut dosa pula kalau ada orang ke 3.

Tapi baca kes you ni. I rasa your husband masih sayang kan you. Dia masih ada perasaan cemburu bila tahu you ada app dating.
mcm kawan I ni langsung tak ada perasaan cemburu. Tapi they still baik. Cuma perasaan sayang and cemburu tu dah tak ada.

Your age baru 35 tahun. Masih muda and banyak plan you boleh fikir for masa depan you.
Take care.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 22-2-2024 02:41 AM
Sangat² betul artikel ni... Iolss skrg dlm fasa berserah.. tidur asing mmg dh bertahun².. dh puas  ...

Korang takleh bercerai ke?

Mcm masing2 menyeksa diri tanpa sebab je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 22-2-2024 02:41 AM
Sangat² betul artikel ni... Iolss skrg dlm fasa berserah.. tidur asing mmg dh bertahun².. dh puas  ...

Lamanya 14 tahun.. & masih muda. then kenapa stay?

i dulu pun pernah mengalami fasa tawar hati kat hb. Tapi i paksa hb buat sampai i suka balik kat dia muka tak malu kekdg mmg terpaksa lah buat decision yg taknak menyusahkan keadaan. Anak2 1 hal, financial 1 hal, penerimaan keluarga kita/ kawan2 1 hal, masa depan pun 1 hal. One thing for sure tak ramai peremouan yg boleh (successfully) hadapi penceraian . tapi tak bermakna tak cerai boleh bahagia tanpa usaha. Buat lah keputusan yg jitu. Kalau nak stay dgn marriage, kena usaha sampai berkasih sayang both sides ... kalau dah tak boleh nak selamatkan juga, MOVE ON ... cepat2 decide, jgn hidup sesia yach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul...sekarang pun dlm fasa tidur asing dengan suami dan hati pun dah tawar setawar²nya...hanya anak² jadi penawar...stay pun sbb anak²...klu tak dah lama cerai rasanya...tapi after raya ni baru tgh study cara² tuntut cerai
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
betul.. i dalam fasa tawar hati.. semua gadget punya pasal.. i redha je apa nak jd lepas ni.. Insya Allah i boleh survive berdua dgn anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 10:02 AM | Show all posts
Diamje replied at 22-2-2024 02:41 AM
Sangat² betul artikel ni... Iolss skrg dlm fasa berserah.. tidur asing mmg dh bertahun².. dh puas  ...

cakapla dgn dia, fix us or bercerai and find happiness. be brave dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091405 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list