CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8240|Reply: 1

Rumah ikan laga Cik Man

[Copy link]
Post time 28-12-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

BETTA persephone 'Johor'.

IKAN laga asli antara ikan air tawar yang hanya boleh ditemui di lokasi tertentu di negara ini.

Antara spesies ikan laga asli yang cukup terkenal di negara ini kerana memiliki karakter, warna dan anatomi tersendiri termasuk betta bellica, betta pugnax, betta livida dan betta macrostoma.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui ada dua jenis ikan laga asli yang dibezakan melalui cara pembiakan iaitu sarang buih dan persenyawaan dalam mulut.

Biarpun dikategorikan sebagai antara hidupan air tawar yang lasak dan agresif.

Spesies ikan ini sangat rentan dan berdepan risiko kepupusan susulan habitat asalnya terutama di hutan paya gambut diancam pelbagai aktiviti manusia termasuk pembalakan dan pembangunan.

IKAN laga asli antara ikan air tawar yang hanya boleh ditemui di lokasi tertentu di negara ini.

Antara spesies ikan laga asli yang cukup terkenal di negara ini kerana memiliki karakter, warna dan anatomi tersendiri termasuk betta bellica, betta pugnax, betta livida dan betta macrostoma.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui ada dua jenis ikan laga asli yang dibezakan melalui cara pembiakan iaitu sarang buih dan persenyawaan dalam mulut.
Biarpun dikategorikan sebagai antara hidupan air tawar yang lasak dan agresif.

Spesies ikan ini sangat rentan dan berdepan risiko kepupusan susulan habitat asalnya terutama di hutan paya gambut diancam pelbagai aktiviti manusia termasuk pembalakan dan pembangunan.

Menyedari perkara itu, seorang guru memelihara dan membiak pelbagai spesies ikan pelaga asli di rumahnya di Alor Setar, Kedah sebagai antara usaha konservasi supaya hidupan akuatik ini terus kekal di negara ini.

Kini, Abdul Rahman Ali Akbar Mustika, 26, yang turut mesra disapa Cik Man memiliki pelbagai koleksi laga asli termasuk ditempatkan di sebuah bilik dinamakan sebagai Rumah Cik Man.

Cik Man berkata, dia mula meminati pelbagai spesies ikan laga asli sejak kecil.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2023 09:09 AM | Show all posts

SEBAHAGIAN koleksi ikan laga asli milik Cik Man.

Katanya, minat terhadap hidupan ikan air tawar ini turut mendorongnya bertugas selama dua tahun di Institut Penyelidikan Perikanan di unit ikan hiasan.

"Sejak kecil saya minat dengan ikan pelaga asli dan apabila meningkat dewasa, saya jadikan hidupan akuatik unik ini sebagai antara haiwan peliharaan.

"Kini saya memiliki pelbagai koleksi spesies ikan laga asli termasuk betta imbellis, betta brownorum, betta livida, betta ocellata dan betta hipposideros," katanya.

Selain itu, dia turut memelihara ikan laga asli sebagai salah satu usaha konservasi untuk menyelamatkan ikan berkenaan yang diancam kepupusan di habitat asalnya.

"Ikan ini bersifat endemik dan hanya berada di kawasan tertentu. Justeru itu saya mengambil inisiatif sendiri membiakkan ikan ini sebelum sebahagiannya disimpan di bank konservasi.

"Apabila ikan sudah matang, saya lepaskan semula ke habitat asal untuk menjamin kelestarian ikan," katanya.

Katanya, keunikan ikan laga asli sudah pasti terletak pada warna, anatomi badan dan karakter yang agresif.

"Apabila sudah tiba masanya, ikan ini mempamerkan warna yang lebih menyerlah dan mengembangkan badan serta siripnya yang mampu menarik perhatian ramai.

"Keadaan ini memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, apabila ikan yang dipelihara sejak kecil sudah menunjukkan potensi sebenar.
"Jadi, tidak hairan ada ikan betta dari spesies jarang ditemui seperti macrostoma yang masih ditawarkan pada harga sehingga RM600 sepasang. Biarpun sudah lama di pasaran, harganya masih stabil berbanding betta siam dan campuran," katanya.

Menurut Cik Man, untuk memelihara ikan pelaga asli, seseorang itu memerlukan ilmu dan pengalaman yang mendalam berkenaan hidupan akuatik ini.

"Ikan ini sesuai untuk dipelihara mereka yang sudah lama atau kategori pertengahan berkecimpung dalam bidang penternakan ikan.

"Saya tidak galakkan bagi yang baharu berjinak-jinak untuk terus memelihara ikan pelaga asli kerana ia memerlukan penjagaan yang teliti dan rapi daripada segala aspek termasuk penjagaan air dan makanan. Kesilapan boleh mengakibatkan ikan ini dijangkiti penyakit dan mati," katanya.

PROSES mengeluarkan anak daripada mulut induk betta ocellata secara manual untuk tujuan penyelidikan.
Mengulas lanjut berkenaan penjagaan ikan pelaga asli, air adalah aspek utama yang perlu dititikberatkan untuk memastikan ikan terus sihat.

"Berbanding spesies ikan lain, ikan laga memerlukan sifat air yang mempunyai nilai asidik dengan PH yang betul iaitu sekitar 3.5 hingga 5.5. Untuk mengekalkan keasidan air, pemilik boleh menggunakan daun ketapang.

"Ikan ini juga cenderung diberi makanan hidup seperti jentik-jentik, kutu air dan cacing sutera berbanding makanan rumusan seperti pallet," katanya.

Cik Man berkata, pemilihan saiz tangki dan akuarium juga boleh mempengaruhi tumbesaran ikan pelaga asli selain daripada cara penjagaan yang betul.

"Untuk ikan pembuat sarang buih, saiz tangki satu kaki hingga dua kaki sudah memadai kerana saiznya yang kecil.

"Berbeza dengan betta pengeram mulut, ia memerlukan saiz akuarium besar dan kapasiti air yang tinggi. Ikan ini memerlukan tahap kebersihan air yang tinggi dan sentiasa mengalir," katanya.

Ditanya perancangan masa hadapan, Cik Man berhasrat mengembangkan lagi penternakan ikan pelaga asli dengan menambah spesies baharu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053036 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list