CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8088|Reply: 0

Hedgehog tak tahan panas

[Copy link]
Post time 28-12-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode

PLAT penyejuk untuk membantu landak mini menyejukkan badan.

Selain hamster dan guinea pig, hedgehog (landak mini) adalah antara haiwan kecil eksotik yang menjadi pilihan ramai untuk dipelihara.

Namun, walaupun bersaiz kecil, tetapi ia tetap mempunyai keperluan dan kemahuan tersendiri.

Sebagai pemilik dan penjaga, anda perlu menyediakan sangkar, diet serta kebajikan lain supaya haiwan berkenaan tidak stres atau kemurungan.

Ini kerana membela bukan sekadar bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal dan makanan, sebaliknya turut membabitkan kualiti kehidupannya.

Untuk landak mini contohnya, tempat tinggalnya memerlukan persekitaran, alat permainan dan suhu yang sesuai iaitu antara 23 hingga 25 darjah Celsius.

Menurut perkongsian info di Hedgehog Care Malaysia, jika suhu persekitaran melebihi 28 darjah Celsius, ia boleh terkena strok haba.

Disebabkan itu haiwan comel ini perlu dielakkan daripada terbiar di luar rumah sama ada di balkoni atau tempat kereta, jika tiada penyaman udara, ia juga boleh diletakkan dalam bilik berkipas yang memiliki pengudaraan baik.

Seeloknya, sediakan 'cooling plate' iaitu plat yang diperbuat daripada aluminium yang dapat menyerap kesejukan dan ketika berasa terlalu panas, ia boleh berbaring di atasnya.

Untuk sangkar pula, sebaiknya jenis mudah dicuci, tidak menyerap bau, mempunyai ruang luas dan senang dialihkan.

Jangan sesekali menggunakan laci plastik atau sangkar hamster untuk landak mini kerana saiznya lebih kecil dan dapat memberi tekanan kepada haiwan berkenaan.

Begitupun, haiwan comel ini tidak sesuai dipelihara kanak-kanak atau remaja bawah 18 tahun yang masih bergantung harap kepada ibu bapa untuk perbelanjaan harian.

Ini kerana jika ia sakit, harga rawatan di kilnik veterinar bukan murah dan penjagaan haiwan ini memerlukan komitmen kewangan yang bukan sedikit.

Dari segi penjagaan badan, ia perlu dimandikan dengan syampu yang tidak mengeringkan kulit dan boleh dilatih menggunakan tandas di ruang simpanannya.

Selain itu, landak mini juga tidak sesuai dipelihara pelajar yang tinggal di kolej atau asrama universiti.

Kebanyakan universiti dan kolej mempunyai peraturan ketat mengenai haiwan peliharaan dan anda juga perlu menghormati rakan sebilik.

Individu yang sering berpindah-randah kerana bekerja atau menetap jauh daripada akses kepada klinik haiwan juga tidak sesuai memelihara landak mini.

Ini kerana perjalanan yang berterusan pada masa panjang tidak sesuai untuk haiwan itu dan kebanyakan haiwan peliharaan lain.

Sementara itu, individu yang mempunyai alahan terhadap haiwan tertentu juga tidak digalakkan untuk membela landak mini.

Ini kerana sekiranya ada alahan terhadap bulu haiwan misalnya, anda juga cenderung mendapat alahan dengan haiwan terbabit.

Apa pun, sebelum mendapatkan haiwan untuk dibela, pastikan anda tidak terburu-buru membuat keputusan.

Pertimbangkan sewajarnya komitmen masa, tenaga dan bajet yang diperlukan sebelum mengambil haiwan peliharaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061188 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list