CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7769|Reply: 27

[Tempatan] Disember 2023 bagaikan bulan jenayah pembunuhan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Disember 2023 bagaikan bulan jenayah pembunuhan

https://www.bharian.com.my/berit ... -jenayah-pembunuhan

Oleh BERNAMA - Disember 28, 2023 @ 11:38am



KUALA LUMPUR: Penemuan mayat anak istimewa Zayn Rayyan Abdul Matiin berhampiran aliran anak sungai berdekatan blok rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada 6 Disember lepas, merupakan antara kes jenayah yang menarik perhatian ramai sebelum 2023 melabuhkan tirainya.

Sebelum itu ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 28, berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya semasa menaiki tangga Blok R ke rumah mereka selepas bermain di taman permainan apartmen berkenaan, 5 Disember lepas.

Biarpun pada mula awalnya diklasifikasikan sebagai kes budak hilang dan mati mengejut, namun hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu telah mendedahkan mangsa sebenarnya dibunuh berdasarkan kesan luka mempertahankan diri pada tubuhnya.

Mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan berhampiran aliran anak sungai berkenaan selepas polis mula giat memburu suspek terlibat dengan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sudah merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) serta meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi merungkai misteri kes pembunuhan kanak-kanak itu yang sehingga berita ini ditulis masih belum ada noktahnya.

Selain kes Zayn Rayyan, kes pembunuhan kejam secara tikaman dengan mangsa adalah ibu bapa pelaku sendiri turut berlaku pada tahun ini.

Pada 9 Disember lalu, sepasang suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki mereka dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Pasangan suami isteri berusia 82 dan 72 tahun itu ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Sumber berkata berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah pada sekitar pukul 7 malam.

Selain itu, angkara cemburu seorang wanita mati ditikam berkali-kali sehingga terkena jantung oleh teman lelakinya di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang, Selangor, 18 Disember lepas.

Negara juga dikejutkan dengan kes seorang anak lelaki berusia 47 tahun yang didakwa pada 28 Jun lepas di Mahkamah Majistret Muar kerana membunuh ibunya berusia 73 tahun di Taman Temiang Utama, Muar Johor pada 18 Jun 2023.

Terbaharu, gara-gara selisih faham seorang lelaki berusia 19 tahun mati dibunuh oleh abang teman wanitanya dan mayat mangsa ditanam di dalam semak di belakang rumah suspek di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada 23 Disember lepas.

Setakat ini, polis telah menahan seramai lapan orang termasuk tiga wanita yang berumur antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sementara itu, isu kebanjiran pendatang tanpa izin di negara sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk jenayah turut mendapat perhatian pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia apabila menyerbu "Mini Dhaka" di Jalan Silang, di sini pada 21 Dis lepas dan berjaya menahan 1,101 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan.

Operasi bermula 11 pagi dengan disertai 1,138 pegawai dan anggota daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) membabitkan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9) mendapat pujian orang ramai yang sudah muak dengan perangai besar kepala sesetengah warga asing di situ.

Pada tahun ini polis turut melakar beberapa kejayaan menumpaskan sindiket dadah dengan yang terbaharu membabitkan penahanan seorang lelaki bergelar "Datuk" yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dalam siri serbuan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna, pada Isnin lepas (25 Dis).

Lelaki itu yang turut menaungi sebuah badan bukan kerajaan bagi melindungi kegiatan jejayah yang dilakukan sejak 2015 itu ditahan bersama sembilan lagi anggota kumpulan sindiket itu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan pasukan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang media khas memaklumkan sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran.

Selain itu, polis juga berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di Melaka selepas merampas pelbagai jenis barang terlarang itu, dianggarkan bernilai RM6.94 juta susulan penahanan tiga lelaki berusia antara 27 hingga 51 tahun pada 18 Nov lepas.

Sementara itu, kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih lagi menjadi tumpuan apabila bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan ditahan polis pada 7 Julai dan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang disyaki memainkan peranan penting dalam penyelewengan dana 1MDB tiba dari Amerika Syarikat pada 8 Okt bagi membantu siasatan skandal itu, selepas dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York.

Susulan penahanan Loo itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada 16 Ogos lepas dilaporkan berkata lebih banyak aset melibatkan kes 1MDB akan dirampas dalam masa terdekat dan akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah.

Dalam pada itu, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima tampuk pimpinan baharu tahun ini selepas ketua masing-masing bersara wajib.

Pada 21 Jun lepas, Razarudin yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 23 Jun lepas bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang tamat perkhidmatannya.

Berselang tiga bulan, pada 6 Sept, ATM pula mendapat Panglima Angkatan Tentera Malaysia baharu yang ke-22 iaitu Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman selepas penyandangnya, Jen Tan Sri Affendi Buang bersara.

– BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Not just pembunuhan yang suicide pun ramai juga. A week before Xmas ada dalam 3,4 kes terjun jambatan Pulau Penang.

Ramai tak sanggup nak face 2024 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun bulan Disember biasanya akan ada tragedi menggemparkan Malaysia.
Tapi selalunya tragedi berkaitan dgn bencana alam tp tahun ni bencana alam tu ada tp tak gempak sangat hingga melibatkan byk kematian.
Ya ada banjir  dan tanah runtuh bagai tp setakat ni sblm 1/1 blm ada yg begitu menggemparkan seperti mana tahun2 sudah.

Tapi kita gempar dgn kejadian pembunuhan yg silih berganti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 28-12-2023 01:34 PM
Not just pembunuhan yang suicide pun ramai juga. A week before Xmas ada dalam 3,4 kes terjun jambata ...

10 tahun lalu iols takut sangat nak masuk tahun 2014 sampai post kat fb harap ianya ditangguhkan.

Rupanya ianya tahun yg sukar utk keluarga kami, 1/1 nenek iols meninggal dunia.
Lepas tu bulan 3 arwah mak plak meninggal. Jadi abah iols kehilangan 2 wanita penting dlm hidupnya dlm tempoh yg dekat.

Taktau napa kurang gemar ngn tahun2 genap ni.
Tahun 2020 je dah cukup sukar buat kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 03:14 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 28-12-2023 03:28 PM

Bakal masok ke tahun 2024 yakni tahun lompat.

Ada yg sambot hari lahir pada 29 Februari, 4 tahun sekali keteww?

Scottish purcaya hari lompat ni adalah hari malang gaytuhh


The Scottish believed that if you're born on the Leap Day, your life will have an everlasting stream of suffering



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 03:19 PM | Show all posts
Btw, dah macam cult pulek pemb*n*han pada bulan2 tertentu jadi banyak serope ada yg amal ajaran sesat kena b*n*h org huntok jadik korban sembahan kumpulan mata segitiga pulek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak baca hbis....
Yg polis langgar budak form5 tu di kira tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 28-12-2023 03:44 PM
Suchi replied at 28-12-2023 02:09 PM
10 tahun lalu iols takut sangat nak masuk tahun 2014 sampai post kat fb harap ianya ditangguhkan.
...


Its like year by year makin challenging kan?

Dulu i perasan selalu bulan Jan- Feb orang akan stress skit sebab awal tahun, masuk sekolah,pakai duit semua, kena renew what ever policy package kita ambik per year semua costly. Rite now i rasa sama jer. Bulan December selalu jadi bencana tu memang I perasan ada kata Wrath of God sebab celebrate Xmas entah la .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 28-12-2023 03:31 PM
Its like year by year makin challenging kan?

Dulu i perasan selalu bulan Jan- Feb orang akan stre ...

Ya semakin lama semakin sukar..

Iols pikir bulan december kan sbb perubahan iklim tu sebab byk tragedi bencana alam

Bab bunuh2 ni rasanya sepanjang tahun mmg ada kes pembunuhan.
Org hilang pun kemain ramai, kanak2 je beratus2 yg masih hilang tiada khabar berita.




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-12-2023 03:19 PM
Btw, dah macam cult pulek pemb*n*han pada bulan2 tertentu jadi banyak serope ada yg amal ajaran sesa ...

Risau plak
Sbb dekat taman iols tinggal dan tak jauh dr rumah iola ada sebuah rumah ni disyaki markas ajaran sesat.
Pihak surau la yg bitau dan minta kami berhati2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kan hada yang predict beksin kobid akan buat maknosia bertambah ganas. Masehka kau ingat si @blastoff punya teori?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-12-2023 07:14 AM
Bakal masok ke tahun 2024 yakni tahun lompat.

Ada yg sambot hari lahir pada 29 Februari, 4 tahun s ...

SIL aku lahir 29 Febuari. Jimat duit buat besday.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-12-2023 04:27 PM
Ya semakin lama semakin sukar..

Iols pikir bulan december kan sbb perubahan iklim tu sebab byk tr ...

Atau pun sebab I rasa mandatory death sentence dah abolish so criminal rasa its okay bunuh boleh lepas punya yang penting ada good lawyer and Judge? Tapi tak juga sebab criminal ni banyak jer yang jenis dari kalangan mental dan low income earner.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-12-2023 04:31 PM
Dulu kan hada yang predict beksin kobid akan buat maknosia bertambah ganas. Masehka kau ingat si @bl ...

5G dan Zombie. Boleh jadi juga. Neurodegenerative disorder.  Kalau perasan within vicinity Kota damansara+ Penchala kes bunuh and suicide.

5G is everywhere. I dont know. Its not funny kalau fikirkan ia nya betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 28-12-2023 08:46 AM
5G dan Zombie. Boleh jadi juga. Neurodegenerative disorder.  Kalau perasan within vicinity Kota da ...


Iya. Not funny anymore. Kan katanya boleh alter DNA bagai, boleh cause mental illness tambah teruk etc suma ni hada kajian kalau rajin google boleh ja jumpa papernya.

Aiols is expecting worse things to happen in 2024. Aiol cakap kat laki takut ah nak 2024 ni. Dia cam bodo tak faham aiols punya paranoia.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 06:20 PM | Show all posts
bukan tu je.. berita kematian kenalan2 pun this month tinggi betul...

rupanya budak yg jatuh tingkat 34 masa nak amek baju tu kelmarin pun anak kenalan gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-12-2023 04:55 PM
Iya. Not funny anymore. Kan katanya boleh alter DNA bagai, boleh cause mental illness tambah teruk ...

Takyah susah2 google sis.....tu benang Pure Blood ada jer kajian Dr and Scientist dalam tu . .   I bukan promo tau but benang tu masih ada view walau dah katup i curious forumer mana buka tu and cari apa dalam tu?

Tapi memang betul they estimate by 2025 yang ni lagi ler Prion terus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 28-12-2023 06:20 PM
bukan tu je.. berita kematian kenalan2 pun this month tinggi betul...

rupanya budak yg jatuh tingk ...

Kenalan you umur berapa tu? Sakit komobid atau sakit baru dua tahun kebelakangan ni?

Bulan Oct- Dec pun i perasan ramai betul artis meninggal dan ditidurkan, macam2 complication semua.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewah2..  Kes 302 polis gelek anak orang nak solat Jumaat sampai mati tarak??  Wartawan haprak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-12-2023 04:31 PM
Dulu kan hada yang predict beksin kobid akan buat maknosia bertambah ganas. Masehka kau ingat si @bl ...

Yg aku igt antibek kata yg ambil vaksin bakal mati by 2023. Heheheheh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.095079 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list