CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6110|Reply: 0

[Kelantan] Rumah tinggi, mangsa banjir tak pindah

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Hashim Mahmud, 48, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Jambu yang dinaiki air sehingga 0.7 meter tapi mereka tujuh beranak tidak berpindah disebabkan rumah yang dibina agak tinggi. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Tumpat: Majoriti penduduk di lebih 10 kampung di sini tidak berpindah ketika banjir walau paras air semakin meningkat.

Selain mempunyai bot sendiri untuk memudahkan pergerakan, rata-rata penduduk membina rumah agak tinggi bagi mengelakkan kediaman dimasuki air.

Bagi penduduk Kampung Kuala Jambu, Hashim Mahmud, 48, dia membina rumah lebih satu meter (m) tinggi dengan air hasil limpahan Sungai Golok dan Rantau Panjang mencecah 0.7m di perkarangan rumahnya.

"Setiap tahun memang kami tidak berpindah kerana keadaan banjir tidak berubah dan air tidak pernah masuk ke dalam rumah disebabkan ia sudah dibina agak tinggi.



"Untuk pergerakan termasuk keluar mencari makan juga saya mempunyai bot sendiri dan boleh dikatakan majoriti penduduk kampung ada bot atau perahu sendiri walau hanya digunakan setahun sekali (banjir)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hashim yang juga kakitangan kerajaan berkata, untuk mengelakkan kerap bergerak dalam banjir, dia membeli stok makanan sekali seminggu untuk keperluannya tujuh beranak.

Selain Kuala Jambu, kampung lain yang terjejas akibat limpahan Sungai Golok serta aliran dari Rantau Panjang ialah Kampung Kubang Sawa, Naga Ibu, Bendang Pak Yong, Simpangan, Teluk Jering, Kajang Sebidang dan Jejulok.

Setakat ini seramai 1,775 mangsa banjir di daerah ini ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1, SK Pengkalan Kubor 2, SK Bunohan, SK Geting, SK Kubang Batang, SMK Chabang Empat dan SMK Geting.

Seorang lagi penduduk Kampung Kuala Jambu, Siti Zulaikha Yusof, 23, pula, dia bersama ibu serta abangnya juga jarang berpindah walau air sudah memasuki kediaman mereka.

Siti Zulaikha berkata, selain kampungnya, Kubang Sawa dan Naga Ibu antara kampung yang terawal menerima limpahan air Sungai Golok dan Rantau Panjang menyebabkan mereka perlu membuat persiapan awal.

"Rumah saya tidak dibina tinggi dan setiap kali banjir memang air akan masuk sehingga paras 0.2m tapi kami membuat pangkin dalam rumah yang membolehkan kami berlindung.

"Bagaimanapun jika air makin tinggi, kami berpindah juga sama ada ke rumah kakak yang terletak berhampiran atau Masjid Kubang Sawa, di sini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-banjir-tak-pindah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.059126 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list