CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21503|Reply: 0

[Pahang] Tiga kali pindah jenazah redah banjir

[Copy link]
Post time 28-12-2023 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kali pindah jenazah redah banjir


Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my



JENAZAH seorang wanita dipindahkan sebanyak tiga kali daripada van jenazah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh ke atas trak tentera. FOTO Amir hamzah Nordin




Jerantut: Jenazah seorang wanita dipindahkan tiga kali dari van jenazah ke trak tentera berikutan laluan di Kampung Paya Garok, Jalan Jerantut-Felda Padang Piol, dekat sini, dinaiki air.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, van jenazah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh tidak dapat meneruskan perjalanan kerana laluan di kawasan itu ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter sejauh kira-kira 100 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar Haris Salleh Hamzah yang turut serta menguruskan jenazah berkata, sebaik tiba di Kampung Paya Garok, van yang membawa jenazah Zaiton Mohamad, 66, tidak dapat melalui kawasan yang digenangi air.

"Jenazah yang dibawa menggunakan van jenazah Hospital Hoshas dipindahkan ke trak tentera untuk menyeberangi kawasan digenangi air, kemudian dipindahkan sekali lagi ke van jenazah dari Felda padang Piol.

"Alhamdulillah pengurusan jenazah selamat dilakukan dengan kerjasama tentera, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat penghulu dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya ketika ditemui, hari ini.

Arwah Zaiton meninggal dunia di Hoshas akibat penyakit radang hati pada 11.35 malam tadi dan jenazah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Felda Padang Piol hari ini.



Disiarkan pada: Disember 28, 2023 @ 10:49pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list