CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25487|Reply: 0

[Terengganu] Agih ikan air tawar untuk mangsa banjir

[Copy link]
Post time 29-12-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Agih ikan air tawar untuk mangsa banjir


Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my



Khairudin Hassan, 46, (tengah) dari Kampung Pengkalan Ajal dan Nordin Embong, 57, bersama tangkapan mereka. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI




Hulu Terengganu: Kekurangan bekalan bahan mentah di kawasan banjir mendorong tiga penduduk bekerjasama menangkap ikan air tawar untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Kampung Pengkalan Ajal di Ajil antara kampung yang terjejas banjir malah 99 peratus kawasan kampung itu ditenggelami air setiap tahun.

Penduduk, Khairudin Hassan, 46, berkata, memandangkan semua kawasan di kampung itu terjejas banjir penduduk tidak dapat memperoleh bekalan bahan mentah di kedai seperti biasa.

"Kami mengambil inisiatif menahan pukat di Sungai Berang dan kawasan ladang kelapa sawit yang ditenggelami air untuk menangkap ikan yang dihanyutkan arus.

"Lebih 20 kilogram ikan air tawar pelbagai jenis berjaya diperoleh setiap hari dan diberikan percuma kepada penduduk selain ikan yang bersaiz besar dijual dengan harga yang murah berbanding biasa.

"Ikan lampam, ikan baung, ikan keli lembik, ikan haruan, ikan temperas dan ikan puyu antara ikan yang sering diperoleh untuk diagihkan kepada penduduk," katanya ketika ditemui ketika menangkap ikan di Sungai Berang, hari ini.

"Biasanya penduduk sudah sedia maklum dan menunggu kami mendaratkan ikan untuk mendapatkan bekalan ikan yang segar.

"Selain mendapat keseronokan menangkap ikan sungai, aktiviti itu secara tidak langsung membantu penduduk yang juga mangsa banjir mendapatkan bekalan bahan basah," katanya.

Sementara itu, Nordin Embong, 57, berkata, dia menggalakkan anak muda yang berpengalaman dengan aktiviti menangkap ikan di sungai untuk turun ke sungai menangkap ikan.

"Aktiviti itu bukan saja dapat membantu penduduk setempat yang terjejas banjir mendapatkan bekalan bahan mentah untuk dimasak malah memberi pulangan lumayan kepada mereka," katanya.



Disiarkan pada: Disember 29, 2023 @ 10:27am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065005 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list