CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10756|Reply: 2

“Saya memang tunggu perkara ini ditimbulkan” – Rafizi

[Copy link]
Post time 30-12-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
“Saya memang tunggu perkara ini ditimbulkan” – Rafizi


Rafizi

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan tohmahan kononnya pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah satu pembaziran kerana melibatkan kontrak beratus juta ringgit.

Rafizi malah menegaskan tidak berasa terkejut apabila ada suara sumbang yang membuat tuduhan demikian kerana beliau memang menunggu perkara itu ditimbulkan.

“PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.

“Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan “consultant” dan kontraktor luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, PADU merupakan pangkalan data maklumat di peringkat isi rumah yang meliputi bilangan isi rumah, rekod pendapatan, tanggungan anak isi rumah mengikut peringkat pendidikan, lokasi isi rumah dan bilangan kenderaan isi rumah.

Ia juga merangkumi rekod bantuan yang telah diterima dari jabatan kerajaan di dalam isi rumah dan maklumat-maklumat lain yang boleh membantu menentukan pendapatan boleh belanja setiap isi rumah.

PADU sekaligus membantu kerajaan dalam mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan selain menjadi penyelaras data antara agensi-agensi sedia ada.

PADU akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 sebelum dibuka selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada rakyat mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, PADU dibangunkan oleh penjawat awam menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta.

Justeru, katanya, ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru diperkenalkan oleh kerajaan.

Tambah beliau, PADU dibangunkan dari Mei hingga Disember 2023 sekaligus mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem dikendalikan oleh pihak swasta daripada segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.

Ujar beliau, PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.

“PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan. Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada dalam kalangan penjawat awam.

“Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada perkhidmatan awam daripada kerajaan kepada rakyat. Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam,” katanya.

Terdahulu, beliau menerangkan, tempoh tiga bulan untuk rakyat mengesahkan dan mengemaskini data dalam PADU bagi memastikan data kerajaan itu adil kepada rakyat kerana data PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak.

Tambah beliau lagi, proses membina PADU melibatkan pembangunan sistem data yang paling besar pernah dibuat oleh sektor awam yang mungkin juga paling besar dalam sejarah negara.

“Ia melibatkan berpuluh perincian data (nama, umur, jantina, isi rumah dan lain-lain) bagi setiap 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data di dalam PADU,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ditimbulkan-rafizi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 07:29 PM | Show all posts
“Ia melibatkan berpuluh perincian data (nama, umur, jantina, isi rumah dan lain-lain) bagi setiap 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data di dalam PADU,” katanya
--------------------
saya kira PADU harus disokong dengan sistem security cyber terbaik, untuk melindungi data Masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:55 PM | Show all posts
dia menunjukkan sikap keyakinan diri yang besar. semoga terbaik pada akhirnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056624 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list