CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36681|Reply: 13

[VIDEO] Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai menangis

[Copy link]
Post time 30-12-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai menangis


Tangkap layar hantaran @yusry__ di akaun TikTok.


PETALING JAYA – Kegigihan seorang budak lelaki berniaga sambil ditemani adik perempuannya di Taman Robina, Butterworth menimbulkan rasa kagum pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik @yusry__ di akaun TikTok, kanak-kanak lelaki itu menjual pelbagai jenis makanan antaranya seperti sate ikan, otak-otak serta minuman.

Seorang wanita dilihat bertanya mengenai jualan kanak-kanak itu sebelum menghulurkan sedikit bantuan dan meminta dua beradik itu pulang kerana cuaca buruk.

“Ini perniagaan saya sendiri. Ibu sakit dan ayah sudah meninggal dunia. Saya balik sekolah terus datang kedai untuk cari makan.

“Adik saya rajin sebab dia mahu masuk universiti,” kata kanak-kanak itu.

Tindakan wanita berkenaan membuatkan kanak-kanak perempuan itu memeluk abangnya setelah melihat lelaki berkenaan menangis atas bantuan diberikan.

Sehingga kini, video itu telah menerima lebih 1.8 juta tontonan, 188,100 ribu tanda dan 8,151 komen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata sebak melihat kesabaran budak lelaki itu mencari rezeki.

“Berjurai-jurai air mata aku bila adik dia peluk abang dia, aku ni lembut tau,” komen Fariez Hyun.

“Saya pernah ada di situasi adik ini. Masa itu meniaga teman mak, saya macam adik dia tekad dalam hati nak banggakan mak. Alhamdulillah, sekarang saya pensyarah universiti,” komen Sis Nadh.

“Aku tengok sambil air mata aku mengalir. Sedih tengok. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki adik tu dan panjangkanlah umur mereka Ya Allah,” komen Zahar Arif. – KOSMO! ONLINE





Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... uat-ramai-menangis/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadok siapa bantu diorang ni mohon bantuan zakat dan jkm kah? Aduh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 03:26 AM | Show all posts
sedih ai tgk video nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
liyamariska replied at 1-1-2024 03:26 AM
sedih ai tgk video nih...

Itulah potong bawang sungguh. Rasa nak terbang terus kat kedai tu…SG doakan keluarga ni bahagia, Allah murahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Semoga nanti korang bersatu 1 keluarga kat akhirat nanti. Kesian kecik2 dah galas tugas cari rezeki. Jgn putus asa dik. Jaga diri elok2
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 09:03 AM | Show all posts
Awal pagi dah potong bawang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 05:20 PM | Show all posts
aduhh risaunya tgk kanak2 tanpa pemantauan org dewasa. kesiannya nasib korang nak. mudah2an ada lah pihak berwajib cari dorang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 06:15 PM | Show all posts
Adakah kisah ini sebuah realiti atau didramatisekan?  Budak lelaki tu umur berapa. Punya kedai/warong  sendiri kah?  Katanya emak sakit, habis tu sapa yg belikan semua barang2 modal jualan.  Sape pasangkan tenda, agkut meja kerusi dari rumah ke tapak jualan? Ada adiknya yg masih kecil menemani bersama tapi ada video diperlihatkan remaja penjual tinggalkan kedai untuk berjualan kpd orang2 sekeliling.  Boleh ke dia tinggalka adik2ya juga kedainya tanpa pengawasan?  Buka bermaksud nak perlekehkan
inisiatif remaja tersebut blj meniaga, ttpi pengolahan dn jalan cerita belum kemas.
Aku nak percaya ke tidak kesah begini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:55 AM | Show all posts
nolya replied at 2-1-2024 06:15 PM
Adakah kisah ini sebuah realiti atau didramatisekan?  Budak lelaki tu umur berapa. Punya kedai/waron ...

siap ada dapur utk masak kat situ, sapa pasang gas, sapa masak sate nya, kuahnya sapa buat?


takkan org2 kat situ sorang pun tak ambil peduli?
tak heran ke dorang tgk 2 org budak je buat keje?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 11:17 AM | Show all posts
justchu replied at 3-1-2024 08:55 AM
siap ada dapur utk masak kat situ, sapa pasang gas, sapa masak sate nya, kuahnya sapa buat?

Itu sebabnya aku skeptikal dgn kesah yg dipaparkan.  Boleh pulak ada orang memvideokan? Dah pakat awal2 ke?
Makanya aku bertanya sekali lagi, nak percaya tak kesah adik tu begitu? Sekadar nak meraih simpati saja ke atau demi konten?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:55 PM | Show all posts
adik tu pacak sendiri khemah, gantung banner kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 04:17 PM | Show all posts
asal meniaga mesti sedih..
mesti last choice pekerjaan..
sebab tunggu offer gomen..

bagi la semangat kt adik tu meniaga..
adohh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaflah, kalau ada org dewasa di sebalik ni (yg menyediakan semua kelengkapan berniaga tu) mmg i tak rasa kesian langsung. Bukan sbb adik2 ni, tp sbb org tua/ dewasa tersebut mengeksploitasi budak2 tu. Ianya samada dia sendiri malu nk berjual atau nak org cepat kesian. Banyak lagi cara lain, kesian kat budak2 seumur tu. I jadi geram sbb dh jumpa byk kes mcm ni. Cth kt LRT Masjid Jamek selalu terjumpa 2 org kanak2 sebaya adik jual dan duduk kt tepi tangga. Org tuanya ada je rupanya, dok tak jauh dr situ. Kenapa dorg tak bersama2 sekali jual? Kalau tujuan nk ajar anak berdikari/ berniaga pun bukan tu caranya. Geram je tengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 04:18 PM | Show all posts
sedih tgk vidio ni..terpikir juga seperti komen2 di atas..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 03:59 AM | Show all posts
Shoot video dr jauh tapi suara clear betul sbb ada microfon sepit kat baju..so mmg scripted dan staged ni..nak tahu genuine atau tidak kena siasat lah sampai ke rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.160330 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list