CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36599|Reply: 0

[Terengganu] Murid Terengganu terjejas banjir dibenar berpakaian biasa ke sekolah

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Guru-guru membersihkan banjir di SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Murid dan pelajar Terengganu yang terjejas banjir gelombang ketiga diberi kelonggaran berpakaian biasa sewaktu sesi persekolahan dibuka semula pada Selasa depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bersimpati dengan kemusnahan besar dialami mangsa terjejas ekoran musibah banjir berkenaan.

“Kami sedia maklum sebahagian murid dan pelajar tidak mempunyai lagi pakaian seragam untuk ke sekolah akibat rosak sewaktu banjir.

“Mereka boleh hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa asalkan sopan dan sesuai pada Selasa nanti (sewaktu sesi persekolahan dibuka),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Disember lalu telah menjejaskan lebih 11,000 penduduk di kesemua lapan daerah di negeri ini.

Setakat ini, lebih 700 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Nerus dan Marang.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, kerja-kerja pembersihan sekolah-sekolah yang dinaiki air dan dijadikan PPS sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, setakat ini, lima sekolah masih dijadikan PPS iaitu empat di Dungun dan sebuah di Marang. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/2023/12 ... n-biasa-ke-sekolah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.130456 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list