CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14072|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Mangsa di Kelantan berkurangan kepada 7,379

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Mangsa di Kelantan berkurangan kepada 7,379


ORANG ramai mendapatkan pelbagai karpet yang dilelong selepas banjir yang melanda di Pekan Rantau Panjang baru-baru ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Kota Bharu: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pagi ini yang menyaksikan penurunan jumlah mangsa banjir di Kelantan kepada 7,379 orang, setakat 8 pagi, berbanding 9,667 orang, malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 2,284 keluarga itu berlindung di 25 PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Kuala Krai.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas adalah 4,339 orang daripada 1,275 keluarga yang berada di 10 PPS.

Di Tumpat pula, 10 PPS masih dibuka yang menempatkan 2,545 orang mangsa membabitkan 885 keluarga, diikuti Jeli (428 orang daripada 108 keluarga) di dua PPS, dan 67 orang daripada 16 keluarga di tiga PPS di Kuala Krai.

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, hanya satu sungai yang masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 9.54 meter (m).

Tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu (1.84 m), Sungai Kelantan di Kuala Nal, Kuala Krai (24.47 m) dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai (35.14 m), manakala empat sungai lepasi paras waspada.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... urangan-kepada-7379

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051522 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list