CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 44996|Reply: 66

[Tempatan] Ada yang hangus dalam insiden letupan bunga api dekat Pusat Peranginan Lexis Hibiscus, Port Dickson, petang semalam

[Copy link]
Post time 1-1-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 1-1-2024 12:12 PM



NEGERI SEMBILAN 01/01/2024.

Insiden letupan bunga api dekat Pusat Peranginan Lexis Hibiscus, Port Dickson, petang semalam.

Menurut sumber awam, beberapa orang kakitangan sedang membuat persiapan untuk persembahan bunga api ambang tahun baru sebelum bunga api tersebut meletup.

Seorang kakitangan menjadi mangsa, namun keadaan mangsa tidak diketahui.

Sumber: Media sosial / Aplikasi X senyum itu percuma






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2024 02:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 04:42 PM | Show all posts

Tangkap layar video tular yang memaparkan insiden bunga api meletup di atas bumbung sebuah hotel baru-baru ini.

Bunga api tiba-tiba meletup atas bumbung hotel
Oleh KOSMO!
1 Januari 2024, 3:54 pm

PETALING JAYA – Penyewa sebuah hotel di Port Dickson petang semalam gempar apabila bunga api yang sedang dipasang di atas bumbung tiba-tiba meletup.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, insiden tersebut berlaku ketika kakitangan hotel tersebut membuat persiapan sempena sambutan ambang tahun baharu.

Difahamkan terdapat seorang mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut hasil tinjauan Kosmo! di media sosial, namun sehingga kini keadaan mangsa tidak dapat dipastikan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menggesa pihak hotel tersebut mengeluarkan kenyataan secepat mungkin bagi membela nasib mangsa yang terlibat.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Kalau hendak pasang bunga api, kena ada pelan yang tersendiri. Bukannya main suruh seorang pekerja pasangkan. Hari ini adalah hari malang buat hotel tersebut,” kata Shah.

“Bukankah kerajaan sudah halang sebarang bunga api sebagai tanda solidariti bersama Palestin? Itulah, bakar mercun lagi,” kata Ej.

“Moga nasib pekerja tersebut terbela. Harap ada tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan,” kata Hafizi.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 1,100 tanda suka dan 220,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 04:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2024 12:29 PM | Show all posts
Setelah 2 hari, baru hotel bikin statement!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 12:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2024 12:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 12:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2024 12:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila....siapala arahkan kakitangan ni...harap bukan umur 20an...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 12:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:27 PM | Show all posts
tbh, video tu nampak mcm sehalus semut, taktau siapa yg jadi mangsa, siapa yg terbakar, siapa yg meletup and so on. tapi si "waris" beriya memberitahu kulur kilir tu mangsa adalah family dia tak ke automatik org tau siapa identity mangsa. ermm ntah la nokkk.. kang kata IQ lemah lagi sentap. hihihihi.


lagi pon aku tak paham, video nampak asap mcm ni pon di kata aib. hihihi bukan nya perakam tu zoom in zoom out mangsa sambil padankan muka pon
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu sikit sikit terhina...sikit sikit aib....

Dah guna budaya Barat, Jepun, Korea..tiba tiba terhina, aib...

Aib jangan lah guna twitter penyokong Yahudi tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 12:30 PM | Show all posts
_blackbird replied at 1-1-2024 12:27 PM
tbh, video tu nampak mcm sehalus semut, taktau siapa yg jadi mangsa, siapa yg terbakar, siapa yg mel ...

Iya Bang, aneh jadinya. Bisa jadi keluarga jadi malu karena korban bikin kerja ndak ikut SOP, katanya pasang bunga api/mercon sambil ngerokok. Makanya gencar minta delete video sama foto.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:39 PM | Show all posts
Friska replied at 1-1-2024 12:30 PM
Iya Bang, aneh jadinya. Bisa jadi keluarga jadi malu karena korban bikin kerja ndak ikut SOP, kata ...

ok gituh. makasih ya kang mas friska
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2024 12:42 PM | Show all posts

Lebih sadis lagi, kemalangan leputan bunga api ini ndak dianggap sama Lexis Hibiscus Port Dickson. Di FB ndak ada kata takziah atau ucapan belasungkawa buat korban. Postingnya cuman "no firework".


https://www.facebook.com/lexishibiscuspd/


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 1-1-2024 12:42 PM
Lebih sadis lagi, kemalangan leputan bunga api ini ndak dianggap sama Lexis Hibiscus Port Dickson. D ...

Mangsa ni siapa? Ada detail tak?..lexis hibiscus pun menolak adanya firework. Mana budak ni dpt peralatan. Siapa yg suruh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2024 01:01 PM | Show all posts

Tangkap layar video kejadian seorang lelaki maut selepas terkena letupan bunga api di sebuah pusat peranginan terkenal dekat Port Dickson.

[VIDEO] Tragedi ambang tahun baharu, lelaki maut terkena letupan bunga api di Port Dickson
Oleh ADRIANA MROON AMBROSE
Isnin, 01 Jan 2024

SEORANG lelaki maut selepas terkena letupan bunga api di sebuah pusat peranginan terkenal dekat Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman media sosial dan aplikasi Telegram, mangsa yang juga dipercayai pekerja hotel berkenaan sedang membuat persiapan ambang tahun baharu 2024 semasa kejadian itu berlaku.

"Insiden letupan bunga api dekat pusat peranginan Port Dickson, petang semalam (Ahad).

"Menurut sumber awam, beberapa orang kakitangan sedang membuat persiapan untuk persembahan bunga api ambang tahun baru sebelum bunga api tersebut meletup," tulisnya.

  

Perkara tersebut turut disahkan oleh ahli keluarga mangsa yang meminta orang awam agar tidak menyebarkan gambar mangsa.

"Minta maaf, saya keluarga kepada arwah. Minta tolong padam video dan gambar ini. Ini semua aib pada si arwah. Minta jasa baik," tulis @nrlsyzsyfqh.

Pada masa sama rakaman video tragedi malang itu turut tersebar di media sosial.

Melalui rakaman video tersebut, kelihatan bunga api tersebut secara tiba-tiba meletup dan beberapa orang kakitangan hotel dilihat berlari menyelamatkan diri.

Impak daripada letupan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa ataupun pusat peranginan berkenaan. — Majoriti

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 1-1-2024 12:30 PM
Iya Bang, aneh jadinya. Bisa jadi keluarga jadi malu karena korban bikin kerja ndak ikut SOP, kata ...

Ooo
Pasang sambil merokok ke?patutla..
Benda senang Meletup Gini pung nak handle sambil merokok
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 01:15 PM | Show all posts
sana sini aib situ aib
baik buang je camera hp semua haramkan terus
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 01:16 PM | Show all posts
cuba kalau yg kne bukan islam xde nya nak sebut aib aib aib
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
annoyingnya komen family aib sana sini, ape tah aib, nampak mayat kelabu asap camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 02:11 PM | Show all posts
certified pyrotechnician ke yang buat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.371113 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list