CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31795|Reply: 0

[Terengganu] Guru wanita ditemukan mati dalam rumah sewa

[Copy link]
Post time 2-1-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Guru wanita ditemukan mati dalam rumah sewa


Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my



GAMBAR HIASAN




Kuala Terengganu: Guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru di sini, petang semalam.

Mangsa yang berusia 50-an ditemukan seorang lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan dalam keadaan berbaring di tepi dinding pada 5.30 petang.

Sebelum itu, lelaki berusia 30 tahun bersama ibunya ke rumah berkenaan untuk meminta duit sewa bulanan selepas cubaannya menghubungi mangsa sejak lebih seminggu lalu gagal.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, lelaki terbabit memberi salam namun tiada sahutan dari dalam rumah berkenaan.

Ketika membuka tingkap, lelaki terbabit terhidu bau busuk dan dia yang mengesyaki kejadian buruk menimpa mangsa segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada 5.45 petang.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan jiran mangsa tentang bau kurang menyenangkan yang datang daripada dalam rumah berkenaan.

"Sebaik tiba ke lokasi kejadian, kami menemui mayat seorang wanita di dalam rumah yang dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

"Mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut," katanya.



Disiarkan pada: Januari 2, 2024 @ 3:46pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list