View: 15478|Reply: 30
|
Azar Azmi 'hilang' dari radar industri hiburan
[Copy link]
|
|
Pelakon Azar Azmi, 35, yang 'hilang' secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan sememangnya kini dirasai peminat, termasuk penggiat seni tanah air terutama mereka yang pernah bekerjasama dengannya.
Apatah lagi, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi pernah mencipta sensasi untuk babak 'panas' ketika melakonkan watak antagonis, Juita dalam drama Nur 2 bersama Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam yang diterbitkan Radius One pada 2019 lalu.
Penerbit dan pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin dihubungi berkata, kehilangan Azar yang secara tiba-tiba daripada industri hiburan adalah satu kejutan kerana tidak diketahui apa punca sebenarnya.
"Dia (Azar) menghilang secara tiba-tiba dan tak tahu kenapa? Hilang dari radar dan saya mulanya ingatkan mungkin dia tengah sibuk 'shooting' dengan produksi lain. Tapi, lepas setahun tengok dia tetap tidak ada dalam industri, memang menyepilah.
"Secara jujurnya, saya pun tak berapa rapat sangat dengan Azar dan dia pun baru sekali bekerja dengan saya ketika drama Nur 2 itu. Terus-terang cakap, bagi saya Azar adalah salah seorang pelakon yang berbakat besar.
"Rasa sayang pula kalau tiba-tiba dia memang 'menyepikan' diri. Apapun, kalau betul Azar ambil keputusan menyepi dari industri seni, saya rasa kita kenalah hormati keputusan dia. Doakan yang baik-baik saja untuk Azar," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shahrulezad, sebagai individu yang melihat Azar seorang pelakon wanita berbakat tanah air, semestinya amat merugikan sekiranya wanita itu betul-betul 'angkat kaki' meninggalkan industri begitu saja.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi satu perkongsian video dihasilkan oleh seorang peminat Azar di TikTok yang mendoakan kesejahteraan buat pelakon berkenaan walau di mana juga dia berada.
Rata-rata komen wargamaya pula menyifatkan kehilangan Azar sebagai misteri dan kelibatnya dalam lakonan amat dirindui kerana berupaya melakonkan pelbagai watak sama ada baik dan jahat dengan berkesan.
Meninjau juga di akaun Instagram milik Azar, didapati kemaskini terakhir hantaran dibuatnya pada 6 Mei 2022, manakala difahamkan kali terakhir dia muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.
Mengenai kisah peribadinya, Azar pernah bertunang dengan penerbit filem yang berstatus bapa tunggal, Hafiz Rozlan pada 1 Disember 2019, namun mereka bagaimanapun difahamkan putus tunang sejak 10 Februari 2020.
Selain Nur 2, drama lain pernah dibintangi Azar selama aktif berlakon ialah Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mmg hilang betul2 ye..xde ke yg pernah terserempak dgn dia time g groceries ke apa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan dia hilang lepas fizo kawen. Btw suka tgk azar ni berlakon dan lakonan nya best |
|
|
|
|
|
|
|
nampak kat tt, katanya dah kawin dan ada anak, taktaulah mungkin juga betul atau salah
tak salah dia ni anak yatim piatu kan, pernah tgk dulu dia buat video rindu org tua dia, moga yg baik2 je buat beliau |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 3-1-2024 09:16 AM
nampak kat tt, katanya dah kawin dan ada anak, taktaulah mungkin juga betul atau salah
tak salah di ...
Iols Ada baca Komen yg Sama kt fb ..tp kesahihannya xpasti |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 3-1-2024 09:15 AM
Perasan dia hilang lepas fizo kawen. Btw suka tgk azar ni berlakon dan lakonan nya best
Lepas dgn fizo tak terus hilang ..dia Ada try nak rapat dgn ex tunang Zara zya..Lepas Dari Tu baru dia terus hilang .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes orang hilang ke? Takde kawan2 nak buat report pulis? |
|
|
|
|
|
|
|
sayang eh dia ni
mcm tiba2 hilang menyepi..padahal dia berlakon best sgt
harap yg baik2 lah utk dia |
|
|
|
|
|
|
|
suka sangat drama Cinta Fatamorgana tu. One of the best malay drama ever made kot sebab walaupun ada kontroversi sikit, tapi isi cerita tu sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg takde khabar langsung ke? sedara mara semua? ke mmg dia dah quit. btol ke dia frust ngan fizo tu? fizo pon until now terus kunci mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni walaupun muka dia muka bikin, tapi meols minat dia sbb la konan dia best.
Ada satu drama bersiri dia berlakon dgn Lah VE.
Ala2 islamik jugak lah. Best gila kot lakonan dia. Takde pegang2, takde apa. Tapi dia sbg bini Lah, sampai. Kalau dia dah kawin, semoga awak berbahagialah. Aaminnnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Dejavu "kehilangan" julia rais dulu2. Rasanya org yg post psl kehilangan ni org industri yg tau apa sebab dia hilang. Cuma nk minta netizen korek. Pdhl netizen pun x perasan hilang ke ada |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 3-1-2024 09:16 AM
nampak kat tt, katanya dah kawin dan ada anak, taktaulah mungkin juga betul atau salah
tak salah di ...
Ada baca kat iG bgtau dia beranak kat kpj tahun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya off segala social media, cut off dgn org industri n jalani kehidupan mcm biasa....Ntah2 ada jd jiran kita2 ni tp sbb kita pn xtau
|
|
|
|
|
|
|
|
yang i baca komen tu dia claim family azar azmi ni... dia bgtau dia dah bahagia & dah ada anak.. dia jalani hidup mcm org biasa je skrang...
|
|
|
|
|
|
|
|
pwincezboom replied at 3-1-2024 01:46 PM
yang i baca komen tu dia claim family azar azmi ni... dia bgtau dia dah bahagia & dah ada anak.. d ...
Tu la rasa betul la kot komen yg bgtau dia bersalin kat kpj tu tahun 2022 rasanya.. komen tu pun tak tau dr sape baca kat iG je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon mmg menjadi.. xde control2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shahman86 at 3-1-2024 02:44 PM
Jangan kau cakap kau kena sihir pula..asyik sihir aje..kkdg terfikir juga camne dia survive ye? Takkan tak keluar rumah,pergi kedai, jalan2 ni semua.melainkan kalau kau ddk oversea mungkinlah org tak kenal kau.dah mcm julia rais pula kehilangan yg jd tanda tanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|