View: 12052|Reply: 10
|
Berebut Beli Ikan Siakap 90 Sen Sekor
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Lebih 400 pelanggan sanggup beratur panjang seawal pukul 6 pagi semata-mata untuk mendapat ikan siakap yang dijual pada harga murah 90 sen seekor di Kampung Kuala Ibai di sini hari ini.
Tawaran 1,000 ikan siakap pada harga murah tersebut habis licin dibeli dalam tempoh kurang 40 minit sebaik premis menjual hasil laut yang baru beroperasi berkenaan dibuka pada pukul 8 pagi.
Foto: Kosmo
Sauffian Sauji, 36, berkata, harga istimewa itu sempena pembukaan cawangan terbaharu dan keempat kedai, Ikang Flyover diusahakannya.
“Saya sediakan 6,000 kilogram (kg) ikan siakap hari ini dengan 1,000 ekor pertama dijual pada harga istimewa, 90 sen.
“Setiap pelanggan hanya dihadkan untuk membeli maksimum enam ekor bagi ikan siakap harga istimewa itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kedai Ikang Flyover, Kuala Ibai di sini hari ini.
Sauffian berkata, baki ikan siakap yang tinggal pula dijual pada harga RM10 untuk tiga ekor atau RM4 atau RM6 seekor mengikut saiz.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
rm 1o utk 3 ekor tu masih murahhhh..tapi nape jauhhhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut u worang meniaga tada kaya-WaLu |
|
|
|
|
|
|
|
ikan favourite tu. sedap makan. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kecek je siakap dlm gambo tu
2 mgu lps beli siakap dkt 12 ringgit saiz sederhana
mahal tp dap2
|
|
|
|
|
|
|
|
mur2 nya uols. ala why so jauhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
untung org ganu dpt beli ikang murah |
|
|
|
|
|
|
|
Murah tu.. sini siakap sekilo rm26 tapi sedap la rasanya. Sebelum ni beli kat pasaraya kuat betul rasa lumpur |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la 90 sen, size pn besar tapak tgn jurrr.. baca la post² kt grp fb k.trg/marang, berbelas post pasal kedai ni, mengganggu lalu lintas sampai stuck sejam kt jalan ni. Mmg marketing dia mcm ni. N ni bukan kali pertama pn dia bt mcm ni..
https://www.facebook.com/share/Z5DTEzaFQPyhmmTy/?mibextid=xfxF2i
https://www.facebook.com/share/CSgVKQiXQT79aZFv/?mibextid=xfxF2i |
|
|
|
|
|
|
| |
|