CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25254|Reply: 3

[Dunia] Rombongan indon berkelah, makan tepi lebuh raya

[Copy link]
Post time 3-1-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Rombongan berkelah, makan tepi lebuh raya

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... an-tepi-lebuh-raya/

Oleh KOSMO!
3 Januari 2024, 9:00 pm


Kumpulan tersebut duduk dengan santai di bahu jalan selepas memberhentikan kenderaan mereka. – Instagram

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan individu yang makan di bahu jalan  di sebuah lebuh raya di Indonesia, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam video tersebut, kumpulan dikatakan pelancong tempatan itu santai  duduk di bahu jalan selepas memberhentikan kenderaan mereka.

Sedang enak menikmati makanan, sebuah kereta peronda  polis menghampiri lalu mengarahkan mereka supaya  beredar.

“Sila kemaskan semua barangan anda dan makan di kawasan rehat yang lebih selamat,” kata anggota polis.

Kumpulan itu kemudian mengemas barangan mereka, namun salah seorang didengari berkata: “Mahu makan pun tak boleh.”

Mendengar keluhan itu, anggota  polis berkenaan memberikan penjelasan secara tegas mengenai bahaya yang menanti akibat perbuatan mereka.

“Bukan salah makanan tetapi tempat ini dilarang (untuk makan) kerana ia berbahaya,” kata polis.

Plaza tol Cipali yang berada hampir dengan lokasi tersebut dilaporkan sering berlaku kemalangan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Berani betul makan bekal yang dibawa di situ,” kata seorang netizen.

“Berpiknik di tol,” kata pengguna lain. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 10:37 PM | Show all posts
banyak pulak kisah lawak indon. ko tunggu sis ejal. bang pris tgh berkeringat korek2 berita keburukan msia utk counter attack thread2 uols
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kaum2 ni kena lenyek dengan treler yang terbabas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:49 AM | Show all posts
bugil..bugil..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.374710 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list