CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30355|Reply: 369

Mampukah Panglima Awang mencapai kutipan box office 45 juta?

[Copy link]
Post time 4-1-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by cicicumel at 4-1-2024 03:27 PM

Sequel Mat Kilau yg berjaya mencatat kutipan hampir 100 juta akan menemui penonton tidak lama lagi.




Antar review positif :

REVIEW AWAL PENDEKAR AWANG

Malam tadi, saya sempat ikut serta menonton tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, dari Studio Kembara. Sekuel kepada Mat Kilau (2022).

Isteri saya kata, beliau lebih menyukai filem Mat Kilau, ia lebih menyentuh, katanya.

Tapi secara peribadi, saya merasakan Pendekar Awang jauh melangkaui Mat Kilau dari banyak aspek sebenarnya.

Pertama, dari sudut plot penceritaannya, nyata lebih kemas. Tidak ada kelompongan dalam sebab dan akibat pengkisahan. Ini, bagi saya, adalah kelemahan paling besar filem Mat Kilau sebelum ini (plot tiba-tiba atau serkap jarang), sehingga mengganggu penghayatan naratif cerita. Di satu babak, orang-orang kampung marah kepada Mat Kilau kerana menyebabkan kehidupan mereka susah apabila Mat Kilau membuatkan Omputeh marah, dan orang-orang kampung tidak mahu membantu Mat Kilau dalam perangnya melawan Omputeh; tiba-tiba di adegan akhir pula, orang-orang kampung semua bersemangat turun perang bersama-sama Mat Kilau melawan British. Langsung tak konsisten dan bercanggah, serta tiada paparan yang menerangkan mengapa orang-orang kampung bertukar fikiran akhirnya untuk bangkit melawan.

Kecanggungan plot sedemikian tidak wujud dalam Pendekar Awang. Naratif besarnya hingga ke plot-plot kecilnya mengalir lancar. Dari gambaran para ulama nusantara di Mekah mengutus surat meminta pendekar, ulama dan pembesar di alam Melayu bangkit berjihad menentang Inggeris, hingga ke Tok Gajah dicari dan dikejar British berserta lasykar Sikhnya, yang membawa ke pertempuran dalam hutan ala guerilla, semuanya digaul kemas.

Tapi yang paling menggugah, bagi saya, adalah sinematografinya. Sangat cantik dan jauh melangkaui kualiti dalam Mat Kilau. Temaram kehijauan di hutan, setting rumah kampung, dengan latar kabus yang menambah elemen misterius di tengah malam, permainan cahaya antara gelap dan terangnya silih berganti, semuanya diadun padu, sampaikan sebagai penonton, menimbulkan rasa macam nak masuk ke dalam scene. Ini memang tahap pencapaian baharu dalam filem Malaysia.

Jujurnya saya bukanlah peminat filem aksi (saya lebih cenderung kepada filem-filem bergenre drama). Tapi filem Pendekar Awang ini penuh dengan aksi, kebanyakannya perang guerrilla bersenapang dan panah serta berkuda, jadi saya boleh jangkakan para peminat genre sebegini pasti akan menyukainya.

Filen ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Januari 2024 (Khamis depan).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Review awal filem Pendekar Awang:

1. Alhamdulillah berkesempatan menonton tayangan perdana filem Pendekar Awang. Terima kasih Studio Kembara atas jemputan.

2. Secara peribadi saya merasakan filem ini lebih baik daripada filem sebelumnya iaitu Mat Kilau. Scene perlawanan yang terlalu kerap menyebabkan konteks cerita kurang timbul. Penceritaan filem Pendekar Awang ini pula jelas memaparkan konteks pertembungan besar yang sedang berlaku, dan bagaimana ianya memandu motif watak-watak yang dipaparkan.

3. Saya juga sukakan ketelitian dalam beberapa aspek prop iaitu pakaian, kenderaan, senjata, set-set rumah yang dibina. Bagi saya ini adalah langkah yang baik, sebelum ada kajian lebih teliti dilakukan untuk filem-filem akan datang.

4. Tiada gegar-gegar? Ya filem ini tiada gegar-gegar, aspek sinematografinya juga "canggih". Katanya Penerbit ada mendapatkan bantuan pembuat siri "Ertugrul" wallahualam saya kurang pasti. Jika benar, ia kerjasama yang baik.

5. Ada satu watak yang sebenarnya lagi menonjol berbanding Pendekar Awang dalam filem ini. Ianya memberikan perspesi baru terhadap rupa paras orang Melayu, bukan sahaja pandai berlawan, tetapi juga bijak dan strategik dalam bermain kuasa dengan musuh. Aspek ini boleh diketengahkan dalam filem-filem seterusnya studio kembara. Ini akan memberikan satu nilai tambah baru kepada bangsa Melayu selain aspek kepahlawanan dan kejantanan yang ingin ditonjolkan.

6. Akhir sekali, filem ini berjaya mengingatkan kita tentang apa yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di sana (P). Pertembungan orang Melayu hakikatnya berlaku dalam skala pertembungan peradaban sama seperti yang dialami oleh negara-negara Islam yang lain.

Penerbit berulang kali menceritakan tentang sistem "khilafah uthmaniah" yang pernah menaungi umat Islam. Tahun ini adalah tahun ke 100 Umat Islam tanpa ayah dan ibu yang menjaga mereka di dalam pentas antarabangsa.

Usaha yang baik, semoga lebih banyak penerbit-penerbit baru yang muncul selepas ini membawakan tema yang serupa.

Kredit: Asyraf Farique

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni komen awal Zhaflog..maksudnyer??? Heheeh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu asalkan bukan syamsul yusof directornya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 4-1-2024 03:31 PM
Ni komen awal Zhaflog..maksudnyer??? Heheeh

Zhafvlog punya komen kadang X boleh pakai.
Dan muka sembam dia turn off untuk meols menonton review dia. Done bodyshame.
Masa dia kasi infinity stars kat Mat Kilau pun..mehhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nant dah tgk iols bg review iols..ikut review org tak best sebab citarasa org lain2..expectation org pun lain2.. but masa ni biar je dorang dengan ulasan dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 4-1-2024 03:37 PM
Zhafvlog punya komen kadang X boleh pakai.
Dan muka sembam dia turn off untuk meols menonton revi ...

Yup betul..zhavlog tu kekadang over ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 4-1-2024 03:50 PM
Yup betul..zhavlog tu kekadang over ..

Mmg over. Cm dia sorg je bgs. Dia sorg je pndai.bosan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 4-1-2024 07:37 AM
Zhafvlog punya komen kadang X boleh pakai.
Dan muka sembam dia turn off untuk meols menonton revi ...

thank you la wakilkan aku body shamingkan beliau..
dulu aku percaya jugak review dia tapi lepas dia kena invite tengok tayangan perdana..lepastu interview pelakon sana sini terus rasa review beliau acah2 je..paling teruk mat kilau..sampai sekarang aku menyesal pergi tengok..so sorry awang walaupun ada kaka faz.. masih tak mampu nak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sakurazura at 4-1-2024 04:16 PM

Meols suka baca review dari random people. Yg memang review sebab dia tengok best dan xde kepentingan apa2. Kalau dari mulut influencer ke, content creator ke meols susah nak purcaya. Dah banyak kali terkena bhai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 4-1-2024 03:31 PM
Ni komen awal Zhaflog..maksudnyer??? Heheeh

Alahh.. zhaf dulu bagi matkilau cemerlang kot.. tapi ramai bagi bad review plan..ahahah.. X boleh caya jgk.. sebb ikut taste penonton jgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 4-1-2024 03:37 PM
Zhafvlog punya komen kadang X boleh pakai.
Dan muka sembam dia turn off untuk meols menonton revi ...

Si zhaf tu siape sbnrnya? Mmg dia sangat berpengaruh ke konon2 hasil review dia tu mampu menaikkan/menjatuhkan sesebuah filem?
Perasan je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tulip-rain replied at 4-1-2024 04:37 PM
Si zhaf tu siape sbnrnya? Mmg dia sangat berpengaruh ke konon2 hasil review dia tu mampu menaikkan ...

YouTuber buat review film
Mmg cari makan buat video YT
Influencer haruslah perasan ada kultus sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:56 PM | Show all posts
nak tengok fazura, tapi still trauma dengan sound system mat kilau sebelum ni

bunyi mesin tebu kat pasar malam lagi aman rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ada scene bersemut tak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 04:59 PM | Show all posts
boleh asalkan bukan sole sole pengarah dia nanti meols nak tengok gak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 05:00 PM | Show all posts
halah review pun, masa mat kilau memasing review kemahen
sampai ada yg pg tgk 3-4 kal isatu family

bila kita yg tgk sndiri yampon sendu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 4-1-2024 03:49 PM
Nant dah tgk iols bg review iols..ikut review org tak best sebab citarasa org lain2..expectation org ...

Ko perlu perlu tengok dulu baru bagi review keww?

Bukan atas context  peks dah mula berlendir sebaik tahu si kejong terajui pilem ini tak boleh terus bagi rating 5* skg keww?

Ececececececece

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 4-1-2024 04:52 PM
YouTuber buat review film
Mmg cari makan buat video YT
Influencer haruslah perasan ada kultus sen ...

Jgn lupa pakai double padding...takut heavy flow lendirnyer sebaik habis 1 jam 53min of the show...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tulip-rain replied at 4-1-2024 04:37 PM
Si zhaf tu siape sbnrnya? Mmg dia sangat berpengaruh ke konon2 hasil review dia tu mampu menaikkan ...

Kuang ajar dia kheunz? Si kejong hebat macam iteww dia kata lakonan SIKIT KAYU....

Macam aku nak carutkheun je dia tau...


How dare him to make such remarks..

Huh


Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.151523 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list