View: 14683|Reply: 36
|
[Tempatan]
Lakukan pemutihan pelarian Rohingya, hantar ke Bhasan Char
[Copy link]
|
|
Lakukan pemutihan pelarian Rohingya, hantar ke Bhasan Char
[email protected].
GAMBAR fail, pelarian Rohingya yang tiba di perairan Pineung, Aceh di Indonesia pada 16 November lalu.FOTO AFP
Kuala Lumpur: Malaysia seharusnya mengambil pendirian tegas terhadap pelarian Rohingya dengan tidak membenarkan mereka masuk dan berkumpul di negara ini.
Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, ini disebabkan pelarian Rohingya terlalu ramai di negara ini sehingga mereka mengawal ekonomi, keras kepala, mempunyai kartel dan membuat jenayah.
"Bila dia (pelarian etnik Rohingya) masuk, kita kena patuh dengan UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian). Lagi susah kita. Jadi, jalan yang terbaik adalah jangan bagi dia masuk dan berkumpul dengan yang ada di Malaysia ini.
"Kalau boleh, yang ada di Malaysia ini juga perlu kita buat pemutihan agar yang masuk tiada dan (yang sedia ada) dalam Malaysia ini perlahan-lahan kita keluarkan seperti mereka yang tidak mempunyai dokumen dan membuat jenayah," katanya kepada Harian Metro hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Mizan turut tidak bersetuju sekiranya negara ini membuka penempatan baharu untuk pelarian Rohingya seperti yang pernah dibuat sebelum ini di Pulai Bidong.
Menurutnya, ini disebabkan tidak ada keperluan untuk membukanya dan sekiranya dilaksanakan, lebih banyak pelarian akan datang ke negara ini.
Beliau berkata, isu pelarian Rohingya ini perlu diselesaikan di negara itu atau jiran yang bersebelahan.
"Contohnya Bangladesh buat satu pulau Bhasan Char. Pulau itu mempunyai semua fasiliti. Ada sekolah, koloni dan hospital untuk Rohingya. Jadi, kerajaan sepatutnya bekerjasama dengan Bangladesh dan Myanmar agar pelarian ini pergi ke situ.
"Mungkin, kita perlu beri bantuan apa yang patut seperti dari segi pendidikan atau pengetahuan tentang TVET (Pendidikan Teknikal dan Pendidikan Vokasional) dengan UNCHR dan apa sahaja entiti supaya mereka ini menjadi satu masyarakat yang mampu berdikari selepas keluar dari pulau itu," katanya.
Katanya, kerajaan Malaysia seharusnya membantu Bangladesh agar Bhasan Char ini menjadi tempat yang sesuai untuk pelarian Rohingya.
"Kita bantu Bangladesh apa yang kita boleh tolong untuk jadikan kawasan itu lebih menarik, sesuai dan kondusif. Jadi, pelarian ini tidaklah datang ke Malaysia," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergi us melting pot sanalah.
Kalau tak pun, mintak suaka kat australia sana. Bangjat mungkin sudi advocate.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju buat penempatan untuk mereka, kat bangladesh atau mana asal mereka, bagi pendidikan kot la boleh baiki mana yang patut. Yang penting UNCHR kena buka mulut jangan diam, yang teruk buat kerja orang bawahan, orang atasan mana? Kenyang makan donation ke apa?
Kemudian selesaikan la hal kerakyatan mereka, kalau tak, esok mereka buat jenayah satu masalah pula, tolak sana sini, selagi bukan orang berekepenting mati dorang bunuh, selagi tu la korang tutup mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita bg la duit..supaya dia tak merompak kita...mmm...seolah olah SEPERTI ITU.
#Merompak-paksaan
#Bagi duit-derma/sedekah
#Persamaan:duit kita tetap dpt kt depa jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg kita mau...bhashan char utk rohingya2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit tuk rohingya vs takde duit tu rakyatnya sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni bukan pelarian tapi PATI. |
|
|
|
|
|
|
|
Suh unchr tu bg tiket ke us dan sekutunya kt derang.... |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 5-1-2024 04:10 PM
Setuju buat penempatan untuk mereka, kat bangladesh atau mana asal mereka, bagi pendidikan kot la bo ...
Itu la..unchr ni asyik la nak kutip donantion...potongan gj bulanan pun ada kan?untung le deme...tp in return apo pemegang2 kad unchr ni bg balik kt kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan taakat rohingya je..pekerja asing ni ramai nor dah...heran aku dgn majikan ni or polisi gomen ni...pttnya msk sini by kontrak.abis kontrak hantar balik... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn buka peluang mereka utk tinggal terus di negara ini atas alasan pelarian, dilindungi unhcr ni... ni lah sbnrnya punca knp kebanjiran pelarian masuk tanpa sekatan.. ingat!! boleh berbuat baik tp jgn terlalu memanjakan sampai satu ketika mereka spt berkuasa sedangkan negara ni punya rakyatnya sendiri yg masih perlu dibantu. dan mmg tahu kan yg ada kt sini semua mengalu2kan sedara mara mrk yg masih di myanmar utk dtg secara haram sbb kt sini sng nk mintak sedekah, xboleh ditangkap walopon langgar undang2... masih kita nk bertoleransi lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelarian aka pati pati ni nanti end up macam makcik madam kemboja tu lah kan? Dulu dulu jadi pelarian, lepas 30 40 50 tahun jadi tuan pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas 200 tahun generasi ke 3/4 mintak jadi PM pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya setiap pendatang yg duduk sini, kena bayar RM1000 sorg setiap tahun. Satu family ada laki, bini, anak 3 org, jadi RM5000 setahun. Duit nak menetap je.. tak masuk charge lain utk permit/visa apa jadah tu. Tu cara kalau gomen nak sgt carik income. Sesenang je dpt duit. |
|
|
|
|
|
|
|
kad un tu sendiri pon diorang boleh je main tipu2 buat sendiri uolsss print kat kedai pastu laminate. nokkkk...it's all about bisnes lah. Satu kepala berapa ribu orang tu dapat. Takda demand, takdala supply. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn pendapat prof ni. Antara solution yg boleh direalisasikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang macam ni patut dilantik jadi ketua/ menteri.. ni lantik yang bangang, berkurun3 silih berganti, berbangang bangang sampai ke sekarang tak leh nak tetap pendirian negara atas isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
rohingya ni cita2 dieorg nak ic biru, pastu kalu boleh nak status bumiputra nak masuk uitm ipta keje kjaan. pastu nak becki kturunan nak kawen dgn melayu..modus operandi sgt |
|
|
|
|
|
|
|
kita perlu beri bantuan apa yang patut seperti dari segi pendidikan atau pengetahuan tentang TVET (Pendidikan Teknikal dan Pendidikan Vokasional) dengan UNCHR dan apa sahaja entiti supaya mereka ini menjadi satu masyarakat yang mampu berdikari selepas keluar dari pulau itu
dah buat kan?
btw he mentioned Pulai Bidong, apa khabar graduan pulau bidong sekarang ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
It should be good. Dia menyumbang kepada ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan. Yang jadi masalah kalau mereka buat taik jadi beban ja.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|