CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21455|Reply: 10

[Jenayah] Nina Norhaslinda Mazlan, 44, suri rumah tidak mengaku campak anak kucing dari tingkat satu

  [Copy link]
Post time 5-1-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode

Nina Norhaslinda (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan mencampak anak kucing dari tingkat satu sebuah flat di Cheras, sehingga menyebabkan haiwan itu mati, bulan lalu.

Suri rumah tidak mengaku campak anak kucing dari tingkat satu
Oleh NOOR AZLIDA ALIMIN05 Januari 2024 01:59pm

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencampak anak kucing dari tingkat satu sebuah flat di Cheras, sehingga menyebabkan haiwan itu mati, bulan lalu.

Nina Norhaslinda Mazlan, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu, di koridor tingkat satu, hadapan sebuah rumah di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini pada jam 7.35 pagi, 25 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah seksyen 29(1) akta sama, yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Fadzilah Abdul Karim mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

"Ia berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di balai polis berdekatan," katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tanpa dikenakan syarat tambahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
POKOKNYA POKOK KELAPA SAWIT.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:06 PM | Show all posts
Sopan ja penampilan. Mustahil la pembenci kucing macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hine di dunia, hine di akhirat.  Jijik!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
apehal ko jd pembunuh time pagi2? org cari rezeki pagi2 ko wat jahat lak pagi2. mental ke apa pmpn ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental perempuan ni. Mana anak dia sila campakkan jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah bila hanya Islam pada penampilan, bukan pada akhlak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2024 12:18 PM | Show all posts
Pakai jilbab sok Islami tapi kejam sama kucing!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik ko gelek mat rempit sis.takdenya denda sampai 100k.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 6-1-2024 12:52 PM
Baik ko gelek mat rempit sis.takdenya denda sampai 100k.

Betul jugak...elok je terlepas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 6-1-2024 10:15 AM
Begitulah bila hanya Islam pada penampilan, bukan pada akhlak

yer laaa ostazahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051794 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list