CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33008|Reply: 1

[Dunia] Kawasan hijau di Makkah bertambah 600 peratus dalam 5 bulan

[Copy link]
Post time 6-1-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Kawasan hijau di Makkah bertambah 600 peratus dalam 5 bulan

https://www.bharian.com.my/dunia ... ratus-dalam-5-bulan

Januari 6, 2024 @ 1:37pm


Projek penanaman pokok di sepanjang Landasan Kereta Api Haramain. - Foto AGENSI

RIYADH: Pusat Pembangunan Penanaman Tumbuhan dan Menangani Kegersangan Gurun Kebangsaan mengumumkan peningkatan 600 peratus kawasan hijau di Makkah dalam tempoh lima bulan lalu.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, perubahan yang berlaku antara Ogos hingga Disember 2023 itu disebabkan oleh peningkatan kadar hujan mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Makkah.

Analisis data penderiaan jauh (remote sensing) angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan hijau dilitupi tumbuh-tumbuhan di Makkah pada Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi.

Keluasan kawasan hijau itu meningkat pada bulan berikutnya akibat peningkatan hujan sehingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu.

Menjelang Disember 2023, kawasan dilitupi tumbuh-tumbuhan menjangkau 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah Makkah yang sebahagian besarnya di kawasan pergunungan dan tanah tinggi.

Parasnya seiring dengan pesisiran pantai Laut Merah dengan ketinggian yang berubah-ubah antara 500 hingga 2,600 meter.

Ini turut merangkumi kawasan sekitar Makkah, Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais.

Pusat kebangsaan itu turut mengkaji status tumbuhan liar dan di lokasi projek penanaman semula selain mengesan perubahan muka bumi, kiraan taburan hujan dan kesihatan tumbuhan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penderiaan jauh

Ini menyumbang kepada pencapaian sasaran projek penanaman pokok di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi.

Pusat berkenaan turut merumus kaedah melindungi tumbuhan di seluruh negara selepas mengkaji jenis tumbuhan liar yang sedia ada dan membangunkan keupayaan bersedia serta menangani musim kemarau. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 03:40 PM | Show all posts
Wow baguslah. Masalah kebuluran dan bekalan makanan manusia akan semakin kurang. harap semua gurun di kawasan-kawasan gurun afrika sana akan menjadi subur

aku malas nak kaitkan dengan kejadian2 mistik. sebab ianya baik untuk manusia maka perlu diterima secara positif

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.471296 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list