CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6805|Reply: 0

Pelumba Rali Dakar alami kecederaan serius

[Copy link]
Post time 8-1-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode

FALCON terbabit dengan kemalangan ketika perlumbaan hampir ke penghujung. FOTO Reuters

Al Duwadimi, Arab Saudi: Penunggang motosikal Sepanyol, Carles Falcon dibawa ke hospital menggunakan helikopter selepas mengalami kecederaan serius ketika bertanding dalam saingan Rali Dakar di Arab Saudi.

Dia terbabit dengan kemalangan apabila terhempas sewaktu beraksi di pusingan kedua rali berkenaan.

Perlumbaan berkelajuan tinggi merentas batu bergerigi dan kawasan pasir berliku di padang pasir hampir menuju ke penamat apabila penunggang berpengalaman dari Tarragona itu terbabit dengan kemalangan.

"Sejurus dimaklumkan oleh pelumba lain yang mengekorinya, penganjur perlumbaan menghantar sebuah helikopter perubatan untuk membawa mangsa.



"Dia dikhabarkan mengalami kecederaan serius dan kini sedang di rawat di hospital Al-Duwadimi," kata penganjur perlumbaan ASO.

Falcon, menunggang untuk Twintrail Racing Team, berada di tempat ke-76 selepas peringkat pembukaan Sabtu lalu.​
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-kecederaan-serius
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062329 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list