|
View: 11069|Reply: 22
|
[Tempatan]
Ya Allah, benar-benar malu-maluin! Kahwin kontrak dengan lelaki asing untuk elak stigma (Wanita Melayu bayar pria Thailand, Bangladesh dan Myanmar alias Rohingya sebagai peneman!)
[Copy link]
|
|
|
Edited by Friska at 8-1-2024 12:03 PM

IDA dan Jahangir di kedai mereka di Kota Bharu. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
Kahwin kontrak dengan lelaki asing untuk elak stigma
Januari 8, 2024 @ 11:07a
Kota Baru: Wanita di Kelantan terutama janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin.
Wanita ini yang majoritinya stabil dari segi kewangan akan menawarkan kepada bakal pasangan mereka elaun bulanan, tempat tinggal, kereta, motosikal serta peluang perniagaan.
Ganjaran ini yang adakalanya sebahagian daripada perjanjian perkahwinan yang dikenali sebagai perkahwinan kontrak apabila pasangan secara tidak rasmi berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu sehingga lima tahun.
Data imigresen yang diperoleh The New Straits Times menunjukkan, 17,137 permohonan dibuat penduduk Kelantan untuk pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan asing mereka pada 2022 berbanding 17,036 tahun lalu.
Daripada jumlah itu, purata 12,000 pemohon ialah wanita yang memohon pas untuk suami warga asing setiap tahun.
Data imigresen juga menunjukkan majoriti pasangan asing di Kelantan terdiri daripada warga Thailand diikuti lelaki Bangladesh dan Myanmar.
Sumber Imigresen berkata, kahwin kontrak bukanlah amalan baharu berikutan tahun lalu sahaja, Jabatan Imigresen mendapati ramai lelaki warga asing berkahwin dengan wanita tempatan untuk tujuan sama dan menikmati faedah seperti tempat tinggal, pekerjaan serta elaun.
"Dalam kontrak biasanya bertahan lebih tiga tahun, wanita kebanyakannya janda kaya dan anak dara tua bersetuju membayar warga asing dengan jumlah tertentu setiap bulan.
"Suami baharu mereka kemudiannya akan ditugaskan untuk menguruskan perniagaan isteri atau peluang baharu," katanya.
Sumber itu berkata, semakan menunjukkan, wanita itu memilih keputusan itu kerana kesunyian serta mengelak stigma masih belum berkahwin.
"Dalam temu bual jabatan ini dengan wanita mengenai sebab mereka berkahwin dengan warga asing, mereka menjawab lelaki Malaysia biasanya lebih suka berkahwin dengan wanita lebih muda.
"Lelaki warga asing pula tidak kisah selagi pasangan mereka stabil dari segi kewangan dan mereka mempunyai peluang untuk kekal di Malaysia lebih lama," katanya.
Seorang balu dari Paloh yang hanya ingin dikenali sebagai Ani,65, berkata, dia kehilangan suaminya akibat diabetes pada 2018 manakala tiga anaknya berkahwin dan berpindah.
Katanya, dia berkahwin dengan lelaki Myanmar berusia 38 tahun pada 2020 dan mengikat kontrak perkahwinan selama lima tahun.
"Saya tidak mempunyai sesiapa untuk membantu saya menjalankan perniagaan jadi saya bersetuju berkahwin dengannya kerana lebih banyak kebaikan daripada keburukan," katanya yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku.
Katanya, majlis perkahwinannya diadakan di Kampung Kota dengan dihadiri saudara mara dan rakan pengantin lelaki.
"Anak saya tidak kisah selagi saya ada seseorang untuk menjaga dan membantu saya menjalankan perniagaan," katanya.
Seorang lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sheila berkata, dia berkahwin dengan lelaki Indonesia kerana bosan dilabel sebagai anak dara tua.
Sheila yang mengusahakan sebuah restoran di Kota Baru berkata, kebanyakan tohmahan dilemparkan jiran dan kenalan.
"Saya sudah bosan dengan gosip itu. Ibu bapa saya berasa lega apabila saya berkahwin.
"Saya tak kisah asalkan saya jadi isteri orang," katanya suaminya lebih tua dua tahun daripadanya.
Sementara itu, lelaki Pakistan yang hanya mahu dikenali sebagai Jahangir berkata, dia sedar ada yang memandang perkahwinan antara warga asing dan wanita tempatan dengan curiga.
Jahangir berkata, dia berusia 22 tahun ketika berkahwin dengan isteri, Ida yang berasal Kelantan pada 2012 selepas mengenalinya melalui Facebook selama setahun.
Katanya, Ida seorang balu yang mempunyai lima anak dan 18 tahun lebih tua daripadanya.
Jahangir kini berusia 38 tahun berkata, cintanya mekar dan dia berpindah ke Kota Baru untuk mengahwininya.
Pasangan itu kini mengusahakan kedai runcit milik Ida serta mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun hasil perkahwinan mereka itu.
Ida pula berkata, lima anaknya menerima Jahangir sebagai bapa tiri mereka.
"Kami berkahwin kerana saling menyayangi. Dia suami dan bapa yang hebat kepada anak-anak saya.
"Ramai juga rakan Jahangir berkahwin melalui kaedah itu, malah kami pernah menghadiri beberapa majlis rakan kami melangsungkan perkahwinan kontrak.
"Tidak dinafikan, ada yang gembira manakala yang lain berpisah sebelum kontrak tamat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 8-1-2024 12:04 PM
Data imigresen yang diperoleh The New Straits Times menunjukkan, 17,137 permohonan dibuat penduduk Kelantan untuk pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan asing mereka pada 2022 berbanding 17,036 tahun lalu.
Daripada jumlah itu, purata 12,000 pemohon ialah wanita yang memohon pas untuk suami warga asing setiap tahun.
"Dalam kontrak biasanya bertahan lebih tiga tahun, wanita kebanyakannya janda kaya dan anak dara tua bersetuju membayar warga asing dengan jumlah tertentu setiap bulan. Data imigresen juga menunjukkan majoriti pasangan asing di Kelantan terdiri daripada warga Thailand diikuti lelaki Bangladesh dan Myanmar.
Kayaq pelacuran ya, tapi yang wanita bayar ke pria warga asing! Malu-maluin!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 8-1-2024 12:08 PM
Aduh, meledak di komentarnya!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Wanita Kelantan Ramai Kahwin Kontrak Dengan Warga Asing
January 8, 2024 - 10:09 AM
Wanita di Kelantan yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan kini mula beralih kepada warga asing untuk diambil sebagai pasangan bagi mengelak stigma tidak berkahwin. Kebanyakan mereka akan menyediakan segalanya kepada pasangan warga asing tersebut termasuk elaun bulanan, penginapan, kereta atau peluang perniagaan.
Menurut New Straits Times, ganjaran ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perjanjian perkahwinan atau kahwin kontrak di antara wanita tempatan dan lelaki warga asing. Kahwin kontrak pula bermaksud kedua pasangan berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu atau tidak lebih dari lima tahun.
Menerusi data imigrisen pada 2022, 17,137 permohonan dibuat oleh penduduk Kelantan untuk pas lawatan sosial jangka panjang untuk pasangan asing mereka. Daripada jumlah itu, purata 12,000 pemohon adalah wanita yang memohon pas untuk suami warga asing.
Difahamkan bahawa kahwin kontrak ini bukanlah amalan baharu di Kelantan dan kebanyakan mereka mensasarkan lelaki asing yang datang dari Thailand, Bangladesh dan Myanmar kerana kesunyian serta mahu mengelakkan stigma belum berkahwin.
Menerusi sumber NST, ketika ditanya mengapa tidak mencari lelaki tempatan, mereka menjawab kebanyakan lelaki tempatan lebih suka berkahwin dengan wanita yang lebih muda berbanding lelaki warga asing yang tidak kisah selagi pasangan mereka stabil dari segi kewangan dan mempunyai peluang untuk tinggal lebih lama di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So apa komen kerajaan negeri pasal nih? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
andartu2 dan janda2 malaysia sibuk berforum di cari.com  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sskjp mmg tak boleh jadi janda ke...dia org pandang hina ke kalau janda? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
#DengkiKe? Lebih lima premis perniagaan dimiliki warga Bangladesh dan Rohingya di bandar Kota Bharu
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5298647

WARGA asing berkumpul di perhentian kereta sewa dan stesen bas di sini menimbulkan kebimbangan masyarakat apabila mereka bukan sahaja berkunjung sebagai pembeli, malah turut memiliki premis perniagaan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Bandar Kota Bharu 'dibanjiri' warga asing
Januari 5, 2024 @ 8:26am
Kota Bharu: Kebanjiran warga asing di dalam bandar ini menimbulkan kebimbangan masyarakat apabila mereka bukan sahaja berkunjung sebagai pembeli, malah didakwa turut memiliki premis perniagaan di lokasi itu.
Tinjauan di sekitar bandar ini mendapati lebih lima premis perniagaan dimiliki oleh warga Bangladesh dan Rohingya. Antara premis yang dibuka oleh warga asing ini termasuk yang menjual barangan runcit, makanan, cincin dan permata.
Pada masa sama, lokasi berdekatan stesen bas dan kereta sewa itu dipenuhi warga asing terdiri daripada Bangladesh dan Rohingya sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan, 35, berkata, lebih lima premis perniagaan di kawasan itu pemiliknya adalah atas nama wanita tempatan yang difahamkan berkahwin dengan warga Bangladesh dan Rohingya.
Katanya, disebabkan kedai dimiliki oleh warga mereka, ramai warga Bangladesh dan Rohingya akan datang ke sini untuk membeli pelbagai barangan termasuk keperluan harian.
"Setiap hari, saya lihat puluhan warga asing akan datang ke sini dan jumlah akan bertambah ramai sehingga mencecah ratusan orang pada Jumaat.
"Ini berikutan warga asing ini yang bekerja di tapak pembinaan di sekitar Kota Bharu dan lokasi berhampiran akan datang ke sini untuk membeli barangan keperluan di kedai warga mereka," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, warga asing ini berkumpul di sini kerana mereka mudah untuk datang ke sini dengan menggunakan bas atau kenderaan perseorangan.
Katanya, bandar ini menjadi lokasi mereka berjumpa dengan rakan-rakan.
"Jika dahulu, kawasan ini meriah dengan kunjungan orang tempatan, malah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini lokasi ini menjadi tumpuan warga asing," katanya.
Peniaga sayur yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 55, berkata, situasi itu perlu dibendung oleh pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kebanjiran warga asing di sini.
"Pada Jumaat, kawasan ini seolah-olah bukan Kota Bharu, malah kita rasa seperti duduk di negara asing.
"Pertambahan warga asing ini sangat membimbangkan walaupun mereka tidak kacau dan ganggu kehidupan kita.
"Saya harap pihak berkuasa membuat pemantauan kerana mereka ini ada yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan ada juga yang tidak mempunyai sebarang dokumen," katanya.
Justeru di negeri selain Kelantan juga MOnya sama, ada janda dan andartu Melayu sponsor warga Bangladesh dan Rohingya.
Maka ndak heran sudah ada 200K warga Rohingya dan hampir 1 juta warga Bangladesh di Malaysia!
Ada yang bisa bantah?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
janda2 dan andartu2 porum taknak cari bangla, paki, rohingya ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar je la bangla indon kutip betina jongos... dah jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah rejek perempuan kaya gemuk muka berminyak jerawat hujung2 bangla tangkap buat bini jadi pewaris harta kekayaan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai abang Friskies.
Udah bijik-bijikin ke today? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 8-1-2024 09:49 PM
Aku paling pelik orang Kelantan, orang Kelantan yang kaya kaya berniaga kat Shah Alam dan Kuala Lumpur pun tak nak upah orang Kelantan kerja dengan diorg....diorang ambil orang Sumatera terutama dari Medan kerja dgn restoran diorang.
Padahal ramai budak muda Kelantan merantau, dan takde kerja.
Aku tahu pun lepas pergi ikut adik angkat aku ke restoran tempat kawan² adik angkat aku kerja |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
@friska
Sakit hati ke indon terpaksa bersaing dgn bangsa2 lain kat sini
Almaklum, drpd muka jawa pesek tak baiki genetic. Baik la sskjp kahwin ngan pakistan, bangla, myanmar@rohingya tu ada chance hidung mancung sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 8-1-2024 09:35 PM
Hai abang Friskies.
Udah bijik-bijikin ke today?
Bijik-bijikin ni amender? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bibik kak saripah cerita, sama je la warga yindon yg dtg sini..yg perempuan pun dah berlaki dkt yindon..tpi berboipren,kawen lain dgn warga asing dkt sini utk jadi peneman...semua warganegara dia sapu asalkan dapat ciknek..euwwww sundal tak beragak.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi malu saya Kakak, kalau berita ini sempat viral di Indonesia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan tak nak bagi lokal kerja...masalahnya nak gaji besor and tak setimpal ngan kerja....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 9-1-2024 12:30 PM
bukan tak nak bagi lokal kerja...masalahnya nak gaji besor and tak setimpal ngan kerja....
Memang betul, aku lagi suka dengan pekerja Indonesia, diorang pandai Appreciate...tapi cari yang muda² la...jangan tua sangat |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|