View: 26959|Reply: 38
|
[Dunia]
Erab Mendonia.... Tak Ada Selekoh Langsung . Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km
[Copy link]
|
|
Jalan raya, khususnya lebuh raya sering terasa lurus kerana agak jarang kita temui sebarang selekoh tajam semasa dalam perjalanan.
Hakikatnya, kebanyakan lebuh raya yang dibina tidak berbentuk lurus disebabkan beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, penempatan manusia dan sebagainya.
Jadi perkara ini menyebabkan impian untuk membina laluan lurus untuk jarak mencecah ratusan kilometer sebenarnya terbatas.
Namun begitu, tahukah anda di Arab Saudi sebenarnya ada jalan yang sangat lurus, tanpa sebarang selekoh langsung.
Lebuhraya terlurus tanpa selekoh, sepanjang 255 kilometer
Lebuh Raya 10 terletak wilayah timur Arab Saudi ini berjara kira-kira 255 kilometer (km).
Jalan lurus berkenaan menghubungkan bandar Haradh, sebuah bandar yang terkenal dengan minyak dan gas asli dengan bandar Al Batha.
Al-Bathaa adalah sebuah bandar yang berdekatan dengan sempadan Emiriah Arab Saudi (UAE).
Selain itu, Lebuh Raya 10 ini menghubungkan Lebuhraya 75 di kawasan Haradh dengan Lebuh Raya 95 di timur Arab Saudi.
Matlamat asalnya dibina khusus sebagai laluan peribadi mantan Perdana Menteri dan Raja Arab Saudi
Pada awalnya, lebuh raya ini dibina sebagai laluan peribadi untuk mantan Perdana Menteri merangkap Raja Arab Saudi iaitu Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud.
Kini, jalan ini kerap digunakan untuk membawa kargo dari kawasan tengah dan barat Arab Saudi ke negara jiran, UAE.
Laluan yang merentasi padang pasir Rub Al-Khali ini sangat lurus tanpa sebarang selekoh ke kiri ke kanan mahupun bukit ataupun cerun.
Diiktiraf oleh Guinness World Record
Lebih menakjubkan, 'kelurusan' lebuh raya ini turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR).
Menurut GWR, pemandu memerlukan masa selama 2 jam 25 minit untuk memandu merentasi lebuh raya berkenaan.
Sebelum ini, rekod jalan lurus terpanjang di dunia telah dipegang Lebuh Raya Eyre di Australia dengan panjang kira-kira 146 kilometer.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tertidur la masa memandu jawabnye |
|
|
|
|
|
|
|
boleh autocruise
|
|
|
|
|
|
|
|
dio5774 replied at 8-1-2024 06:54 PM
boleh autocruise
Best juga kalau autocruise, entah entah boleh sampai syurga terus |
|
|
|
|
|
|
|
dio5774 replied at 8-1-2024 06:54 PM
boleh autocruise
iols paling takut on cruise mesti kaki standby je kat brek
dari nak rileks blh jadi stress plak |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nak buat selekoh?? Apa punca keperluan selekoh??? |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 8-1-2024 06:42 PM
Tertidur la masa memandu jawabnye
Mandu sambil tengok tiktok lee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uitttt seram kalau memandu kalau keta kita je on the road time tu. 255km… tapi mesti ada rnr n station minyak kan… but still sunyi n seram utk drive sensorg atau dgn kawan2 tp keta kita je on the road |
|
|
|
|
|
|
|
Ini agaknya highway yang menjadi focus jalan cerita sebuah filem di Netflix hari tu. Sepasang adik beradik lelaki dan perempuan naik kereta lalu highway ni nak pi kahwin di negara jiran ke macamana. Sepanjang jalan tu penuh dugaan orang jahat, mental, binatang berbisa dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini jalanraya yg berpotensi menyebabkan kemalangan. jalan lurus tak ada kereta didepan mesti rasa nak pecut... kalau tak ikut rasa hati tu bolehlah selamat kut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni klau bawak Bugatti Chiron x terasa lajunya |
|
|
|
|
|
|
|
drive kat highway plus KL - Melaka pun aku da ngantuk, ini pulak sampai 200++ km |
|
|
|
|
|
|
|
Tesla tersenyum manis
|
|
|
|
|
|
|
|
terliur mat rempit baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Distance seerti KL - penang saja... Ereb mampu drives tanpa rasa sleepy.... Harap tiada unta/wild animal cross the road...
Ada 1 freeway somewhere pada 1 spot di medina or mecca.. quite mysterious kata nya kereta mampu self driving tanpa auto pilot... Drivers hanya release streering saja |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada RnR mcm kat malaysia..tepi2 ada sawah ke gunugn ganang ke okla cuci mata...kot straight gurun je...bole ngantuk dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
wahh ni kalau menteri tourism kita kreatif, dia suggest la kat pak arab ni pertandingan ride , peserta dari malaysia ni ramai, konvoi2 motor banyak, boleh la buat motor wikang ke hapa banyak, boleh la buat konvoi kat arab ni
maka hubungan malaysia dan arab pun erat macam adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
Better buat speed train. rasanya amik masa 45 minit je kalau trek lurus macam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|