CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16535|Reply: 11

[Dunia] Wakil waris kesultanan Sulu lawan Malaysia dipenjara 6 bulan

  [Copy link]
Post time 9-1-2024 01:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 9-1-2024 07:00 AM

PETALING JAYA: Penimbang tara Gonzalo Stampa yang terbabit dalam tuntutan waris Kesultanan Sulu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Madrid, Sepanyol semalam di atas pertuduhan menghina mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mahkamah memutuskan Stampa dihukum penjara enam bulan dan dilarang untuk mengamalkan tugas sebagai penimbang tara untuk tempoh setahun.

Azalina kemudiannya menyifatkan keputusan itu sebagai satu kejayaan bagi Malaysia dalam mempertahan kedaulatan tanah air.

“Usaha Kerajaan Madani dalam menangani dan menghentikan penipuan Sulu tidaklah sia-sia. Kami berterusan dalam perjuangan untuk keadilan, dan akan meneruskan usaha kami untuk membatalkan Final Award ( Anugerah Akhir),” katanya dalam akaun X hari ini.

Pada 11 Disember 2023, Stampa selaku penimbang tara yang bertanggungjawab menganugerahkan pampasan sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu, dituduh di Mahkamah Madrid atas dakwaan jenayah.

Dia menghadapi tuduhan jenayah menghina mahkamah yang serius serta amalan profesion tanpa kelayakan.

Terdahulu, Malaysia kini dilaporkan dalam proses membatalkan award akhir AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh Stampa dalam kes yang dibawa oleh lapan individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Pada 6 Jun lalu, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar anugerah yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Stampa dalam kes yang difailkan oleh lapan individu itu.

Stampa telah memberikan anugerah akhir sebanyak AS$14.9 bilion kepada kumpulan itu dan Malaysia terpaksa menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkannya di mahkamah Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Malaysia melakar satu lagi kejayaan apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada 27 Jun menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan anugerah akhir tersebut di negara itu.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah akhir itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).

Pada 2019, kumpulan itu dilaporkan telah memulakan tindakan perundangan di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 03:15 AM | Show all posts
selayaknyalah sis
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:20 AM | Show all posts
hahaha...apa kau rasa? siabu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:27 AM | Show all posts
Ini yang kita nak dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
It makes my day..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapalah yang bagi idea kepada Sulu ni dulu2 ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke si izah  anak bapok tua ke yg pergi deal dgn pihak sulu tu duloo
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 09:35 AM | Show all posts
Kah kah kah kan... asal boleh ..
dulu masa pembangkang, beria suruh kerajaan bayar kat Sulu..
Adoiyai.. dunia dunia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 9-1-2024 09:20 AM
Bukan ke si izah  anak bapok tua ke yg pergi deal dgn pihak sulu tu duloo

kannnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:27 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 9-1-2024 09:20 AM
Bukan ke si izah  anak bapok tua ke yg pergi deal dgn pihak sulu tu duloo

harapkan saka tua atok ko...kereta terbang ujung2 yg disibukkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni dia pengkhianat bangsa & tanahair kita..

Polis takde telor nak siasat persengkokolan PH dengan terrorist Sulu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 9-1-2024 09:20 AM
Bukan ke si izah  anak bapok tua ke yg pergi deal dgn pihak sulu tu duloo

BUKAN        
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.376717 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list