CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6246|Reply: 0

[Dunia] Trak bawa 200 anjing untuk ke pusat penyembelihan di indon

[Copy link]
Post time 9-1-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Trak bawa 200 anjing untuk ke pusat penyembelihan

https://www.hmetro.com.my/global ... pusat-penyembelihan

AFP

Disiarkan pada: Januari 8, 2024 @ 12:12pm


FOTO HIASAN

Jakarta: Polis Indonesia menggagalkan cubaan sebuah trak membawa lebih 200 anjing menuju ke pusat penyembelihan, menurut pihak berkuasanya.

Tindakan itu menandakan kejayaan terbaharu kumpulan aktivis yang menentang tabiat memakan daging anjing.

Kenderaan itu ditahan lewat malam pada Sabtu di bandar Semarang di Pulau Jawa, di mana anjing itu ditemukan di atas trak berkenaan, dengan kaki serta mulutnya terikat.

Pihak berkuasa menahan lima individu yang mengurus trak berkenaan, dijangka akan dituduh di bawah peraturan kebajikan haiwan. Mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun.

"Kami mendapat maklumat mengenai perkara ini sejak sebulan lalu, namun hanya malam ini kami berjaya menggagalkan penghantaran 226 anjing ini," menurut Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar kepada pemberita pada Sabtu lalu.

Indonesia antara negara masih membenarkan penjualan daging anjing dan kucing, namun kempen menentang tabiat itu semakin mendapat tempat, dengan beberapa bandar termasuk Semarang mengenakan larangan terhadap perdagangannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Irwan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, anjing berkenaan dalam perjalanan ke bandar jiran Surakarta, di mana ia akan disembelih dan dagingnya akan dijual untuk dimakan di Jawa Barat.

Aktivis kebajikan haiwan, Christian Yosua Pale dari Animals Hope Shelter Indonesia (AHSI) berkata, mereka membuat laporan polis berkaitan aktiviti perdagangan daging anjing, bulan lalu.

"Saya menerima maklumat buat pertama kalinya pada 23 Disember daripada salah seorang pengikut media sosial. Dua minggu lalu, mereka berjaya melarikan diri daripada pengawasan saya.

"Anjing dan kucing, bukan haiwan ternakan. Jadi, ia tidak boleh dijadikan makanan kepada manusia," katanya.

Tahun lalu, pasar haiwan terkenal di Indonesia di Sulawesi sudah menghentikan penjualan daging anjing dan kucing, selepas aktivis mendesak supaya dihentikan perdagangan dan penyembelihan kejam ke atas haiwan berkenaan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075523 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list