View: 7792|Reply: 0
|
[Johor]
2 kapal pengangkut ditahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur
[Copy link]
|
|
Dua kapal pengangkut yang ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur - Foto ihsan Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Dua kapal pengangkut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, semalam.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal pertama berdaftar di Basseterre itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia jam 1 tengah hari pada kedudukan 8.0 batu nautika timur Tanjung Siang di sini.
Kapal kedua pula yang didaftarkan di Majuro, katanya ditahan pada kedudukan 11.8 batu nautika timur Tanjung Lompat di sini, pada jam 1.10 tengah hari.
"Ketika pemeriksaan, nakhoda kedua-dua kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Kapal pengangkut berdaftar di Basseterre itu turut disiasat di bawah Seksyen 361 (1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak memiliki insurans wajib," katanya.
Nurul Hizam berkata, sepanjang tahun lalu, Op Jangkar Haram merekodkan 88 tangkapan dengan jumlah denda keseluruhan RM2.21 juta.
Justeru, beliau mengingatkan pengusaha perkapalan atau nakhoda kapal supaya mematuhi peraturan dan prosedur kerana usaha mengekang aktiviti bersauh secara haram akan digiatkan tanpa kompromi.
Pihaknya turut menasihatkan orang ramai terutama komuniti maritim lebih berwaspada dengan perubahan cuaca dan mengutamakan keselamatan berikutan fasa monsun timur laut.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-di-perairan-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|