CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12660|Reply: 1

[Dunia] Bedah siasat sahkan Sinead O'Connor mati atas sebab semulajadi

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode


Polis mengesahkan kematian penyanyi Irish, Sinead O’Connor, 26 Julai tahun lalu disebabkan “atas sebab-sebab semulajadi.”

Menurut Polis Metropolitan London kematian penyanyi itu tidak dianggap mencurigakan selepas dia didapati tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Tenggara London. Sinead berusia 56 tahun.

Ini kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Koroner Southwark yang mendapati Sinead meninggal dunia atas sebab semula jadi.

AP melaporkan, penyanyi itu yang memulakan kerjayanya dengan membuat persembahan jalanan di Dublin, mencipta kemasyhuran di seluruh dunia apabila mempersembahkan lagu saduran berjudul Nothing Compares 2 U - oleh penyanyi asal, Prince - yang diterbitkan pada 1990.

Sinead juga tidak merahsiakan penyakit mentalnya sejak dia dimasukkan ke hospital. Ia susulan anak lelakinya, Shane yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2022.

Penyanyi itu juga terkenal kerana pelbagai kenyataannya yang  dianggap berunsur politik termasuk pada 1992 apabila dia mengoyakkan gambar Pope John Paul II sewaktu bersiaran langsung di rancangan televisyen Saturday Night Live.

Ia satu protes dilakukan terhadap penderaan seksual membabitkan gereja Roman Katolik.

Beribu-ribu peminat membanjiri jalan-jalan di Bray, bandar Ireland yang menjadi kediaman Sinead sewaktu upacara pengebumian penyanyi itu pada Ogos tahun lalu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar dan penyanyi terkenal Bono, U2.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 05:41 PM | Show all posts
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059942 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list