CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26609|Reply: 0

[Dunia] Lelaki Culik Isteri Rakan Selepas Bertahun ‘Stalk’ & Mengurat

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki telah ditahan selepas didakwa menculik isteri rakannya di sebuah hotel di wilayah Chon Buri, Thailand.

Menerusi laporan Thaiger News, pihak polis menerima laporan mengenai seorang wanita hilang pada 5 Januari.

Menurut suami mangsa, dia mempercayai bahawa rakannya, Kong yang melakukan perbuatan tersebut kerana suspek sering mengintai dan cuba mengurat isterinya selama bertahun-tahun, walaupun mereka sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Polis berjaya mengesan suspek menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), di mana Kong mengugut mangsa dengan pistol dan mengarahkannya untuk menaiki motosikalnya.

Rakan sekerja mangsa berlari ke seberang jalan untuk menyelamatkannya tetapi dia terpaksa berundur apabila Kong mengacukan pistolnya ke arahnya.

Walau bagaimanapun, polis mengesan isyarat Kong dan menemuinya dalam perjalanan ke sebuah hotel di wilayah Chon Buri.

Pihak polis segera melakukan serbuan di lokasi kejadian untuk menangkapnya, namun suspek cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah polis beberapa kali.

Polis akhirnya berjaya menahan suspek dan menyelamatkan mangsa dengan selamat.

Mangsa berkata, suspek telah mengancam untuk membunuhnya dan rakannya dalam perjalanan dari Chachoengsao ke Chon Buri.

Malah dia turut bimbang Kong akan dibebaskan sementara dan kembali untuk mencederakan dia dan keluarganya.

Kong akan menghadapi pertuduhan lanjut berkaitan pemilikan senjata api dan melepaskan tembakan, tetapi pegawai masih belum mengeluarkan butiran pertuduhan itu.

Sumber: Thaiger News

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072247 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list