CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10161|Reply: 0

[Dunia] Terowong rahsia ditemui di bawah rumah ibadat Yahudi di New York

[Copy link]
Post time 11-1-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Terowong rahsia ditemui di bawah rumah ibadat Yahudi di New York

https://www.bharian.com.my/dunia ... -yahudi-di-new-york

Januari 10, 2024 @ 6:09pm


Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) menemui terowong yang dibina secara haram. - FOTO AGENSI

WASHINGTON: Lebih 10 penganut Yahudi mahzab Hasidik ditahan selepas terbabit dalam pertempuran dengan polis di sebuah 'synagogue' (rumah ibadat Yahudi) bersejarah di New York, lapor Agensi Berita Anadolu pada Selasa.

Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) menemui terowong yang dibina secara haram di bawah Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di Crown Heights, Brooklyn.

NYPD telah melancarkan siasatan. Bagaimanapun, motif penggalian terowong di bawah rumah ibadat Yahudi itu masih tidak jelas.

Sementara itu, video yang tular di platform media sosial X menunjukkan ahli 'synagogue' keluar dari terowong dengan pergelutan berlaku ketika mereka mengelak daripada ditahan polis.

Beberapa tilam juga ditemui di dalam terowong.

Jurucakap Chabad Lubavitch menerusi hantaran di X berkata sekumpulan pelajar pelampau pernah memecah beberapa dinding di hartanah bersebelahan dengan 'synagogue' untuk memberi mereka laluan ke rumah ibadat itu walaupun tidak dibenarkan.– BERNAMA-ANADOLU

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064935 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list