CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10066|Reply: 0

[Dunia] 'Virus COVID-19 masih kekal ancaman, berubah dan membunuh' - WHO

[Copy link]
Post time 11-1-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
'Virus COVID-19 masih kekal ancaman, berubah dan membunuh' - WHO

https://www.bharian.com.my/dunia ... ah-dan-membunuh-who

Januari 11, 2024 @ 7:27am


Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

GENEVA: Hampir 10,000 kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada Disember lalu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran bahawa virus itu kekal sebagai ancaman utama.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata data daripada pelbagai sumber menunjukkan peningkatan penularan bulan lalu, didorong oleh perhimpunan sepanjang tempoh cuti Krismas dan oleh varian JN.1, yang kini paling kerap dilaporkan di seluruh dunia.

"Walaupun COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global, virus itu masih menular, berubah dan membunuh," katanya.

Selain hampir 10,000 kematian yang dilaporkan kepada WHO bulan lalu, terdapat peningkatan 42 peratus dalam kemasukan ke hospital dan peningkatan 62 peratus kemasukan ke unit rawatan rapi, berbanding November.

Bagaimanapun, angka itu berdasarkan data kurang daripada 50 negara, kebanyakannya di Eropah dan Amerika.

"Sudah pasti terdapat juga peningkatan di negara lain yang tidak dilaporkan.

"Sama seperti kerajaan dan individu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit lain, kita semua perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19.

"Walaupun 10,000 kematian sebulan jauh lebih rendah daripada kemuncak pandemik, tahap kematian yang boleh dicegah ini tidak boleh diterima," katanya.

Sehubungan itu, Tedros menggesa kerajaan untuk mengekalkan pengawasan dan penjujukan virus serta memastikan akses kepada ujian, rawatan dan vaksin yang berpatutan dan boleh dipercayai.

"Dan kami terus menyeru individu untuk divaksinasi, untuk menguji, memakai pelitup muka di mana perlu dan memastikan ruang dalaman yang sesak mempunyai pengudaraan yang baik," katanya.

Tedros mengisytiharkan penamatan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada Mei 2023, lebih tiga tahun selepas virus itu mula-mula dikesan di Wuhan, China, pada akhir 2019. - AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list