CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5247|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki 70 tahun ditahan bersama pistol, pil yaba

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Rampasan pistol jenis Kuzey GN19 bersama kelopak dan peluru hidup serta sejumlah pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Arang, Rantau Panjang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Warga emas berusia 70 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan sejumlah pil yaba dalam serbuan di rumahnya di Kampung Gual Arang, Rantau Panjang, dekat sini, pagi semalam.

Serbuan dibuat jam 5.30 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan dijalankan di bilik menjumpai sepucuk pistol jenis Kuzey GN19 bersama kelopak dan 10 butir peluru hidup.

"Turut ditemukan adalah 80 biji pil yaba dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM6,680.



"Susulan itu, satu tangkapan lagi dibuat di Kampung Gual Machang, Rantau Panjang membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga anak warga emas terbabit serta penghuni bilik penemuan barang kes," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek warga emas yang bekerja sendiri tidak memiliki rekod lampau namun anaknya mempunyai satu rekod lampau bersabit dadah.

Menurutnya, siasatan lanjut dibuat bagi mengetahui pembabitan warga emas itu dengan sindiket pengedaran dadah atau tidak.

"Dalam usia sebegitu, kita percaya ada sindiket di belakangnya dan mungkin suspek bertindak sebagai 'mastermind' dan menggunakan jaringan hubungannya.

"Kedua-duanya ditahan reman selama seminggu bermula semalam hingga 16 Januari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

"Untuk hukuman bersabit senjata api, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, Ops Tapis Khas yang dijalankan bermula 1 Januari hingga semalam, seramai 913 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen ADB 1952, Akta Racun 1952 dan ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Menurutnya, tangkapan membabitkan usia 14 hingga 70 tahun termasuk tiga penjawat awam membabitkan kesalahan memiliki dadah dan ketum.

"Sepanjang operasi itu, kita membuat rampasan dadah bernilai RM262,891.54 dengan sitaan harta RM271,600," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-pistol-pil-yaba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057660 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list