CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6551|Reply: 0

[Terengganu] Terpaksa beli tangki air

[Copy link]
Post time 11-1-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Rahim Razak mencuci tangki air besar yang baru dibelinya hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: "Saya terpaksa keluar modal sendiri beli tangki air besar untuk mengisi air kerana penat berulang-alik setiap hari mengangkut air," kata Abdul Rahim Razak.

Abdul Rahim, 63, yang tinggal di Perumahan Awam Kos Rendah Pengkalan Nyireh 2, Limbongan berkata, jika diikutkan harga tangki bernilai RM210 agak besar baginya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, namun disebabkan krisis gangguan air di kawasan Limbongan serta beberapa kawasan Bukit Keluang sudah berlarutan lebih dua minggu dia terpaksa membuat keputusan membelinya.

"Saya baru saja beli tangki air ini hari ini dan cuci tangki menggunakan air boring (pacang) yang diambil daripada rumah kawan namun air ini agak berbau serta kekuningan tidak boleh digunakan untuk memasak.



"Selalunya saya berulang-alik mengangkut air dari rumah keluarga mentua yang tinggal di Gong Kepas kira-kira enam kilometer daripada kawasan ini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Katanya, tangki air yang dibelinya itu boleh mengisi kira-kira 1,500 liter air dan boleh menampung keperluan untuk kegunaan dua hingga tiga hari berbanding sebelum ini hanya mengisi dalam baldi serta bekas kecil.

"Jika diikutkan saya sudah tinggal di sini sejak berbelas tahun dan ini kali pertama gangguan air berlaku dalam tempoh yang sangat lama.

"Terdapat lebih 200 penduduk yang tinggal di kawasan ini dan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi menampung keperluan keluarga," katanya.

Katanya, dia berharap gangguan bekalan air disebabkan kebocoran paip berhampiran Jambatan Kampung Lampu dapat diselesaikan secepat mungkin serta tidak berlarutan sehingga Ramadan.

Sementara itu, suri rumah, Nora Mohd, 55, berkata, gangguan bekalan air itu turut menjejaskan urusan sehariannya untuk memasak serta mencuci pakaian.

"Saya terpaksa mengeluarkan belanja lebih membeli dua botol air mineral botol besar berkapasiti lima liter untuk memasak serta air minuman.

"Setiap dua hari sekali saya mengeluarkan belanja RM20 semata-mata membeli air mineral untuk memastikan air digunakan untuk makan minum daripada sumber air bersih," katanya.

Katanya, sumber air lain seperti air telaga, air dari tangki statik serta air diambil daripada badan bukan kerajaan (NGO) digunakan untuk mandi serta mencuci pakaian.

Berdasarkan kenyataan Syarikat Air Terengganu (SATU), gangguan bekalan membabitkan Tangki Air Bukit Keluang menjejaskan 2,670 akaun pengguna membabitkan 11 kampung dijangka berlarutan selama 21 hari.

Menurutnya, ia berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu dan gangguan bekalan air berlaku sementara kerja pembaikan dilakukan kontraktor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ksa-beli-tangki-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053223 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list