CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8798|Reply: 93

[Dunia] Indon pertimbang teruskan projek tembok laut, halang jakarta tenggelam dengan lebih cepat

[Copy link]
Post time 11-1-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia pertimbang teruskan projek tembok laut

https://www.hmetro.com.my/global ... -projek-tembok-laut

Agensi


JAKARTA sering dilanda banjir berikutan sebahagian ibu kota Indonesia itu semakin ‘tenggelam’. FOTO fail AFP

Jakarta: Indonesia mempertimbangkan untuk meneruskan rancangan membina tembok laut bagi menghalang ibu negaranya daripada tenggelam pada kadar lebih cepat.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, projek memakan masa sehingga 2040 itu memerlukan tiga fasa pembinaan, dengan dua peringkat pertama bernilai 14.04 bilion dolar Singapura (RM49.01 bilion).

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa peruntukan sebenar diperlukan untuk fasa ketiga.

Walaupun idea itu dilontarkan selama lebih sedekad, cadangan untuk membina tembok laut, baru-baru ini, dihidupkan semula apabila Jakarta dilaporkan menjadi megacity yang paling cepat tenggelam.

"Ia apabila ibu negara tenggelam sebanyak 25 sentimeter (sm) setahun..." kata Airlangga seperti dilaporkan Bloomberg.

Jakarta menjadi tempat tinggal kepada lebih 10 juta penduduk. Bandar raya di Pulau Jawa itu menyaksikan beberapa kawasan tanahnya 'menurun' sehingga empat meter antara 1997 hingga 2005.

Pakar meramalkan satu pertiga daripada ibu negara itu mungkin 'tenggelam' menjelang 2050, jika dibiarkan.

Banjir di pantai Jakarta dianggarkan menyebabkan kerugian 2.1 trilion rupiah setahun yang berpotensi meningkat kepada 10 trilion rupiah setiap tahun, dalam dekad akan datang.

Untuk memperlahankan bandar raya itu daripada 'tenggelam', Indonesia mengehadkan pengekstrakan air bawah tanah serta mewujudkan ibu kota baharu di hutan Borneo, dengan kos 45 bilion dolar Singapura (RM157.09 bilion) yang dipanggil Nusantara.

Indonesia akan memilih pemimpin baharu pada 14 Februari ini dan masih belum diketahui sama ada pengganti Presiden Joko Widodo akan meneruskan projek infrastruktur besar-besaran itu.

Menteri Pertahanan Prabowo Subianto berkata, masalah dihadapi tembok laut itu memerlukan kira-kira 40 tahun untuk disiapkan.

"Masalahnya ialah sama ada pemimpin politik mempunyai fokus, pemikiran dan keupayaan untuk melihat melalui projek itu.

"Ini tanggungjawab kami," katanya yang mendahului sebagai calon presiden menerusi tinjauan pengundi untuk pilihan raya presiden, ketika pelancaran pelan tembok laut itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 02:28 AM | Show all posts
Sedot air bawah tanah tak terkawal.
Kelantan pun bakal ikot sama jika terlalu bergantung sangat dgn air bawah tanah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 12-1-2024 02:28 AM
Sedot air bawah tanah tak terkawal.
Kelantan pun bakal ikot sama jika terlalu bergantung sangat dgn  ...

Boleh explain x kenapa klau sedut makin cpt tenggelam? Adakah air tu bantu tempat tu “terapung”?

Btw projek ni mkn masa 40 thn. Sempat ke siap sblm jakarta tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Indon takde empangan dan loji air? Hampir semua rumah pakai air bawah tanah. Siap pakej cacing merah lagi. Sistem paip dia pun hampir tak wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu ikut sejarah..sedut bwh tanah tu start dari zaman belanda.80% kawasan main ssdut bwh tanah..belanda cuma buat 20,% je pakai sistem paip.tu yg jadi gini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 12-1-2024 02:28 AM
Sedot air bawah tanah tak terkawal.
Kelantan pun bakal ikot sama jika terlalu bergantung sangat dgn  ...

Kelantan mungkin lambat lagi atau x berlaku kot. Bandar KB pon xdelah padat mana pon. Berlainan dgn jakarta, kependudukan sangat2 padat dan perumahan nya x tersusun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2024 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 12-1-2024 05:36 AM
Kenapa Indon takde empangan dan loji air? Hampir semua rumah pakai air bawah tanah. Siap pakej cacin ...

Tunggu si malu maluin tu jawab
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jakarta tu lama2 kalau tkde perancangan khusus mmg tenggelam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tenggelam. Kasi lingkup indon2 babu jongos yg terpaling bodow tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 12-1-2024 06:11 AM
Kelantan mungkin lambat lagi atau x berlaku kot. Bandar KB pon xdelah padat mana pon. Berlainan dg ...

Kalau tak silap aku pernah terbaca yang kadar penggunaan air bawah tanah di malaysia ni rendah. Lebih banyak bergantung kepada air sungai untuk bekalan air domestik. Lori rawatan air pun pakai air sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:28 AM | Show all posts
What a slump....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:46 AM | Show all posts
MissVixen replied at 12-1-2024 05:36 AM
Kenapa Indon takde empangan dan loji air? Hampir semua rumah pakai air bawah tanah. Siap pakej cacin ...

adik meols sejak April last year kot mmg every 2 months kena gi ofis Jakarta, stay sana seminggu...setiap kali pergi mesti dia akan kena food poisioning, walau dia jaga makan..mkn kat hotel, proper restaurant...tapi still kena jugak...boss dia pun sama...kitorang syak air sana...haritu dia di balik papan pun sama jugak...mkn kat hotel jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 12-1-2024 08:46 AM
adik meols sejak April last year kot mmg every 2 months kena gi ofis Jakarta, stay sana seminggu.. ...

Ada kemungkinan lah tu. SG dulu pergi Jakarta mmg elak makan street food. Hanya makan di hotel dan resto nasi padang yg proper tu, balik kena juga food poisoning…dulu boleh la guna teori perut kita ni x tahan. Tapi lepas kena beberapa kali, rasa mmg kualiti makanan dan minuman sana

Suggest adik midori beli air mineral botol yg proper (tu pon kadang2 diorg ciplak dan refill) dan bawak la bekal makanan dr malaysia. X sanggup food poisoning dah, kalau teruk boleh mati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 10:00 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 12-1-2024 09:48 AM
Ada kemungkinan lah tu. SG dulu pergi Jakarta mmg elak makan street food. Hanya makan di hotel dan ...

dulu pergi sana, my mom tanya jgk, orang Indo sendiri takde pulak kena cirit birit mcm kita yg sesekali melancong ni kan. ktorg anggap, perut diorg dah immune
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 10:52 AM | Show all posts
antikorok replied at 12-1-2024 02:28 AM
Sedot air bawah tanah tak terkawal.
Kelantan pun bakal ikot sama jika terlalu bergantung sangat dgn  ...

kelantan tu mungkin akan terjadi sink hole...bina rumah besar esok2 hilang tengelam sebab banyak sangat sedut air bawah tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 12-1-2024 02:05 PM
midori888 replied at 12-1-2024 08:46 AM
adik meols sejak April last year kot mmg every 2 months kena gi ofis Jakarta, stay sana seminggu.. ...


Minum air mineral dalam botol 1.5liter je. Beli dari kedai betul atau senang beli sekotak besar terus dari kedai macam indomaret, alfamart tu. Air galon yang dalam bekas besar tu kadang2 kotor. Dia isi air tapis balik, bukan dia basuh pun bekas tu. Ais pun kadang2 bongkah ais besar tu dia tolak atas lantai kedai makan berkerak sebelum dipecahkan dan masuk dalam air minuman.   Lama2 perut adik uols tu kebal la kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tengok dokumentari tahun lepas kut
ada certain rumah tu memang dah tenggelam
ada pulak pemisah dengan laut hanyalah tembok yang didirikan

aku xleh imagine kalau semua ditembok
hujan + tembok pecah apa akan jadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon takde syabas, puncak niaga ke?


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 12-1-2024 02:01 PM
Minum air mineral dalam botol 1.5liter je. Beli dari kedai betul atau senang beli sekotak besar te ...

Kat sesetengah hotel bagi air mineral brand danone dalam botol kaca. Kat dinding tu siap ada tempat buka penutup botol.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-1-2024 02:08 PM
Kat sesetengah hotel bagi air mineral brand danone dalam botol kaca. Kat dinding tu siap ada tempa ...

Air mineral botol kaca tu pihak hotel top up sendiri. Diorang ada cara untuk letak penutup botol kaca tu. Elok beli sendiri je air mineral botol plastik. Kalau air reverse osmosis atau air tapis hotel sediakan pun aku tak minum. Indon pun kadang2 bagi air botol biasa letak sticker nama hotel tu pun aku tak minum jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.221487 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list