CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8847|Reply: 0

[Dunia] Ini indon.....Muka cantik, bilik tong sampah

[Copy link]
Post time 12-1-2024 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Muka cantik, bilik tong sampah

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -bilik-tong-sampah/

Oleh KOSMO
11 Januari 2024, 6:00 pm


Pemilik bilik sewa terkejut melihat keadaan bersepah, kotor dan dipenuhi sampah-sarap. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah bilik sewa yang dihuni seorang wanita berada dalam keadaan berselerak,  kotor dan dipenuhi sampah, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsi  pemilik bilik sewa tersebut di platform TikTok, dia berkata, penghuninya  ialah seorang pelajar perempuan yang cantik dan sentiasa berpakaian menarik.

Namun, dia tidak menyangka sikap sebenar penyewa tersebut berbeza dengan penampilannya  setiap hari.

“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik,  pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci,” kata pemilik tersebut.

Dalam video itu, periuk nasi dilihat di atas lantai dalam keadaan  tidak dibasuh bersama  sisa nasi yang sudah kering.

Turut kelihatan  adalah batu lesung masih basah serta piring dengan sisa lauk yang belum dibuang.

Antara sampah lain seperti bungkusan makanan, plastik serta kesan kotor makanan pada permaidani selain almari pakaian turut berisi sampah.

“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata pemilik  itu menerusi komen pada hantaran tersebut.

Video itu menerima pelbagai komen netizen.

“Almari pakaian dijadikan tong sampah,” kata seorang netizen.

“Terus usir sahaja kakak,” kata pengguna media sosial  lain. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.199813 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list